Sistem Reproduktif Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/12/2019 . 5 minit bacaan
Share now

Apakah itu sistem reproduktif wanita?

Sistem reproduktif wanita termasuk faraj, uterus, tiub fallopian dan ovari. Berbeza dengan lelaki, sistem ini terletak kesemuanya di bahagian pelvis. Bahagian luar organ reproduktif wanita disebut sebagai vulva, yang bermaksud penutup. Terletak di antara kaki, vulva melitupi bukaan ke dalam faraj dan organ reproduktif lain yang terletak di dalam badan.

Kawasan berdaging di atas bahagian atas bukaan faraj digelar mons pubis. 2 pasangan flap kulit yang digelar labia mengelilingi bukaan faraj. Klitoris, iaitu satu organ sensori kecil, terletak di hadapan vulva dimana lipatan labia bertemu. Di antara labia adalah bukaan uretra dan faraj. Apabila perempuan menjadi matang dari sudut seksual, labia luar dan mons pubis dilitupi oleh bulu ari-ari.

Faraj ialah tiub berongga dan berotot yang memanjang daripada bukaan faraj kepada rahim. Panjang faraj ialah sekitar 8 ke 12 sentimeter di dalam wanita dewasa. Disebabkan ia mempunyai dinding berotot, ia boleh membesar dan mengecut. Kebolehan untuk menjadi luas dan sempit membuatkan faraj mampu menampung objek sekecil tampon dan sebesar bayi. Dinding berotot faraj dijajari membran mukosa yang membuatkan ia dilindungi dan lembap. Faraj mempunyai beberapa fungsi seperti hubungan kelamin, laluan keluar bayi semasa bersalin dan laluan darah haid keluar dari rahim.

Lapisan nipis tisu dengan satu atau lebih lubang, yang dinamakan hymen (selaput dara) menutupi sebahagian dari bukaan faraj. Hymen kebiasaannya berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Kebanyakan wanita mendapati hymen mereka meregang atau koyak selepas hubungan kelamin pertama dan hymen mungkin berdarah sedikit. Sebahagian wanita yang melakukan hubungan seksual tidak mengalami banyak perubahan pada hymen mereka.

Faraj berhubung dengan uterus atau rahim  di serviks. Serviks mempunyai dinding yang kuat dan tebal. Bukaan serviks adalah sangat kecil. Sebab itu tampon tidak akan masuk ke dalam badan wanita. Semasa bersalin, serviks boleh mengembang untuk membolehkan bayi lalu.

Uterus berbentuk seperti buah pear terbalik dengan dinding yang tebal dan berotot. Malah, uterus mengandungi antara otot yang paling kuat di dalam tubuh wanita. Otot ini boleh berkembang dan mengecut untuk menampung pembesaran janin dan kemudian membantu menolak bayi keluar semasa bersalin. Semasa wanita tidak hamil, uterus hanya 7.5 sentimeter panjang dan 5 sentimeter lebar.

Di sudut atas uterus, tiub fallopian menghubungkan uterus dengan ovari. Ovari adalah 2 organ berbentuk bujur yang terletak pada bahagian atas kiri dan kanan uterus. Ia mempunyai misi untuk menghasilkan, menyimpan dan melepaskan telur ke dalam tiub fallopian di dalam proses yang dinamakan ovulasi. Setiap ovari berukuran sekitar 4 ke 5 sentimeter di dalam wanita dewasa.

Terdapat 2 tiub fallopian di mana setiap satunya melekat pada bahagian tepi uterus. Tiub fallopian adalah sekitar 10 sentimeter panjang dan lebarnya seperti sehelai spageti. Di dalam setiap tiub terdapat laluan kecil yang lebih sempit dari jarum menjahit. Di sebelah hujung lain tiub fallopian adalah bahagian berumbai yang kelihatan seperti corong. Bahagian berumbai ini melitupi di sekeliling ovari tetapi tidak sepenuhnya melekat padanya. Apabila telur keluar dari ovari, ia masuk ke dalam tiub fallopian. Sebaik sahaja telur di dalam tiub fallopian, rambut-rambut kecil di dalam dinding tiub membantu menolaknya menuju ke uters.

Ovari juga merupakan sebahagian dari sistem endokrin kerana ia menghasilkan hormon seksual wanita seperti estrogen dan progesterone.

Apakah yang dilakukan oleh sistem reproduktif wanita?

Sistem reproduktif wanita membolehkan wanita untuk:

  • Menghasilkan telur (ova);
  • Menjalani hubungan seksual;
  • Melindungi dan menyuburkan telur yang telah tersenyawa sehingga ia berkembang sepenuhnya;
  • Melahirkan anak.

Reproduksi seksual tidak boleh berlaku tanpa organ seksual yang digelar gonad. Walaupun kebanyakan orang fikir bahawa gonad sebagai testis lelaki, kedua-dua jantina mempunyai gonad. Tetapi bagi wanita, gonad mereka ialah ovari. Gonad wanita menghasilkan telur, manakala gonad lelaki menghasilkan sperma. Selepas telur disenyawakan oleh sperma, telur tersebut digelar zygote.

Apakah itu kitaran haid?

Kitaran haid berlaku apabila perempuan mula melepaskan telur sebagai bahagian dari kitaran bulanan. Dalam ovulasi, ovari menghantar satu telur kecil ke dalam salah satu tiub fallopian. Melainkan telur tersebut disenyawakan oleh sperma, telur tersebut akan mengering dan meninggalkan badan sekitar 2 minggu kemudian melalui uterus. Proses ini dinamakan haid. Darah dan tisu dari lapisan dalam uterus bergabung untuk membentuk aliran haid, dimana dalam kebanyakan perempuan berlaku dalam 3 ke 5 hari.

Sebelum kitaran ini, perempuan dan wanita kebiasaannya mengalami simptom fizikal dan emosi yang dinamakan sindrom prahaidl (PMS) seperti jerawat, perut berangin, sakit belakang, sakit payu dara, sakit kepala, sembelit, cirit-birit, mengidam makanan, depresi, mudah marah atau susah memberikan fokus atau mengawal stres.

Apakah itu persenyawaan dan kehamilan?

Jika seorang wanita dan lelaki melakukan hubungan kelamin dalam tempoh beberapa hari sekitar ovulasi wanita, persenyawaan boleh berlaku. Apabila lelaki berejakulasi, antara 1.5 ke 6.0 mililiter air mani masuk di dalam faraj. Antara 75 ke 900 juta sperma terdapat dalam jumlah air mani yang sedikit ini dan mereka “berenang” ke atas daripada faraj melalui serviks dan uterus untuk menemui telur di dalam tiub fallopian.

Dalam tempoh seminggu selepas persenyawaan berlaku, telur tersebut menjadi sel berganda blastosista. Saiz blastosista sekitar kepala jarum peniti dan ia adalah sel yang berbentuk corong dengan cecair di dalamnya. Blastosista menanam dirinya di dalam lapisan uterus yang dinamakan endometrium. Hormon estrogen menyebabkan endometrium menjadi tebal dan kaya dengan darah. Progesterone adalah hormon lain yang dilepaskan oleh ovarimenjadikan endometrium tebal dengan darah agar blastosista boleh melekat pada uterus dan menyerap nutrisi darinya. Proses ini dinamakan implantasi.

Apabila sel-sel dari blastosista mendapat nutirisi, fasa embrionik bermula. Sel-sel menjadi satu bentuk bulat leper yang digelar cakera embrionik yang akan berkembang menjadi bayi. Sel-sel luaran menjadi membran nipis yang menghasilkan bahagian luar bayi. Sel-sel tersebut berkembang-biak berjuta kali ganda dan bergerak ke posisi baru untuk menjadi embrio. Selepas sekitar  minggu, embrio bersaiz sekitar ibu jari orang dewasa tetapi hamper semua bahagiannya seperti otak dan urat saraf, jantung dan darah, perut dan usus, dan otot dan kulit telah terbentuk.

Semasa fasa janin iaitu 9 minggu selepas persenyawaan sehingga lahir, perkembangan berterusan ketika sel-sel berkembang-biak, bergerak dan berubah. Janin terapung di dalam cecair amniotik di dalam kantung amniotik. Janin tersebut mendapatkan oksigen dan nutrisi dari darah ibu melalui plasenta, iaitu satu struktur seperti cakera yang melekat pada lapisan dalam uterus dan berhubung dengan janin melalui tali pusat. Cecair amniotik dan membran berfungsi sebagai bantal yang melindungi janin dari hentakan dan sentakan pada badan ibu.

Kehamilan mengambil masa 9 bulan secara puratanya. Apabila bayi telah bersedia untuk lahir, kepalanya menekan serviks yang mula berkembang dan meluas untuk bersedia bagi bayi untuk memasuki dan melalui faraj. Mukus yang telah membentuk penyumbat di dalam serviks menjadi longgar dan keluar bersama cecair amniotik melalui faraj apabila air ketuban pecah.

Apabila kontraksi bersalinbermula, dinding uterus mengecut hasil rangsangan oleh hormon pituitari oksitoksin. Kontraksi tersebut menyebabkan serviks melebar dan mula terbuka. Selepas beberapa jam proses mengembang, serviks terbuka sehingga cukup bagi bayi untuk melalui serviks dan saluran kelahiran. Kepala bayi kebiasaannya keluar dahulu, tali pusat keluar bersama bayi dan dipotong selepas bayi disambut.

Fasa terakhir proses bersalin melibatkan menyambut plasenta yang kini dinamakan selepas bersalin (afterbirth).  Selepas ia telah terpisah daripada lapisan dalam uterus, kontraksi uterus menolaknya keluar bersama membran dan cecairnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Para Wanita, Awas Kalau Selalu Sakit Perut Jika Ada Fibroid, Ini Mungkin Petanda Ia Pecah!

    Bagi para wanita, mempunyai masalah fibroid bukan lagi perkara asing. Pun begitu, pernah tak terlintas di fikiran apa yang bakal  terjadi sekiranya ia pecah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/10/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

    Sebelum proses kelahiran bayi, bakal ibu perlu melalui pemeriksaan vagina. Namun adakah kaedah seluk faraj itu perlu dilakukan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

    Vaginosis bakteria adalah jangkitan faraj disebabkan pertumbuhan bakteria berlebihan dan boleh mencetuskan bau hanyir terutamanya selepas melakukan seks.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Dengar Terjadi Kepada Wanita Sahaja, Tapi Bolehkah Lelaki Juga Terkena Radang Pelvis?

    Ada satu persoalan yang timbul sama ada lelaki juga boleh terkena penyakit radang pelvis atau tidak? Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    warna zakar

    Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    haid dua kali sebulan

    “Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    tiub fallopio

    Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    ovulasi wanita

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan