Sesetengah wanita mungkin akan mengalami tompokan darah sebagai tanda awal kehamilan. Tetapi apakah perbezaan dan ciri ciri pendarahan implantasi atau haid?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Sesetengah wanita mungkin akan mengalami tompokan darah sebagai tanda awal kehamilan. Tetapi apakah perbezaan dan ciri ciri pendarahan implantasi atau haid?
Adakah pendarahan yang berlaku sebagai tanda wujud risiko untuk anda berdepan masalah kesihatan lain?
Ikuti kupasan Hello Doktor ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Antara ciri-ciri pendarahan implantasi adalah ia merupakan pendarahan ringan atau tompokan darah yang berlaku antara 7 hingga 14 hari selepas persenyawaan.
Selepas ovulasi dan ketika telur berjaya disenyawakan oleh sperma dalam tiub fallopio, embrio akan memulakan proses pembahagian dan membesar.
Dalam tempoh tersebut, lapisan dalaman rahim yang dikenali sebagai endometrium akan mula berubah.
Sepanjang proses kitaran haid, ia sudah pun menebal.
Tetapi lapisan ini perlu berkembang serta menjadi matang untuk melindungi dan menyuburkan embrio bagi tempoh sembilan bulan.
Sekitar 5 hingga 6 hari selepas persenyawaan, embrio akan bergerak melalui tiub fallopio dan memasuki rahim.
Embrio sudah mula memerlukan lebih banyak nutrien dan lapisan endometrium sudah cukup tebal untuk memberikan sokongan kepadanya.
Pada masa ini, embrio akan menempel pada endometrium, di mana ia akan bergantung pada tubuh ibu – buat kali pertamanya – bagi memenuhi keperluan nutrien dan oksigen.
Pendarahan implantasi berlaku ketika embrio bergerak ke dalam rahim, yang boleh menyebabkan saluran darah kecil pecah.
Kerana itulah akan muncul tompokan darah, sekali gus dianggap sebagai tanda awal kehamilan.
Ketika implantasi berlaku pada lapisan rahim, proses ini boleh mengganggu saluran darah kecil di tempat embrio masuk.
Umumnya, gangguan pada saluran darah yang berlaku tidak mendatangkan sebarang masalah kerana endometrium akan pulih dengan sendirinya.
Tetapi keadaan itu mungkin akan mengakibatkan sesetengah wanita mengalami tompokan darah ringan, yang berwarna merah jambu atau kecoklatan.
Biasanya sebagai ciri-ciri pendarahan implantasi, ia akan terjadi lebih awal daripada jangkaan kedatangan haid bulanan anda.
Baca juga:
Oleh sebab pendarahan yang berlaku dianggap sebagai antara tanda awal kehamilan, pastinya ada gejala akan dialami, seperti:
Simptom yang dialami hampir serupa dengan gejala ketika datangnya haid. Jadi, apakah ciri-ciri pendarahan implantasi yang membezakannya dengan haid?
Kebiasaannya pendarahan haid akan berlangsung untuk tempoh selama 3 hingga 5 hari. Pengaliran darahnya bermula dengan banyak dan semakin berkurangan.
Manakala tompokan darah implantasi ini biasanya berwarna coklat gelap atau hitam, yang bermakna darah lama, walaupun ada kalanya ia boleh hadir dalam warna merah jambu atau merah.
Tompokan darah yang dianggap tanda awal kehamilan ini juga tidak banyak. Anda mungkin akan melihat tompokan ringan atau beberapa titisan darah.
Tidak dinafikan, sukar bagi wanita untuk mengetahui perbezaan antara ciri-ciri pendarahan implantasi atau haid, kerana simptomnya sangat tidak jauh berbeza.
Namun, berikut dikongsikan 4 perbezaan utama yang boleh anda perhatikan.
Sememangnya tompokan darah yang dianggap sebagai ciri ciri pendarahan implantasi dan tanda awal kehamilan ini tidak langsung mendatangkan bahaya.
Pun begitu, jika terjadi pendarahan yang berlanjutan, ia mungkin petunjuk sesuatu serius mungkin sedang berlaku, lebih-lebih lagi ketika sedang berbadan dua.
Ada kalanya, hasil ujian kehamilan positif yang diikuti dengan pendarahan boleh menjadi petunjuk masalah kesihatan seperti keadaan kehamilan luar rahim, risiko kehamilan anggur atau keguguran awal.
Sekiranya anda mengalami pendarahan yang berterusan, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor dengan segera bagi mendapatkan lebih kepastian tentang keadaan diri.
Walau apa pun, cuba untuk tidak terlalu risau. Sekiranya pendarahan tersebut adalah ringan dan tidak berterusan bagi tempoh yang lama, semuanya akan baik-baik sahaja, okay?
Kami di Hello Doktor mendoakan agar proses kehamilan yang akan anda lalui berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen