2. Mengurangkan kegatalan di kawasan intim
Menurut petua orang tua-tua, air rebusan sirih boleh mengurangkan kegatalan pada kawasan faraj. Caranya mudah sahaja, cuma rebus daun sirih dan gunakannya untuk membasuh kawasan intim.
Walau bagaimanapun, pakar tidak mengalakkan penggunaan sebarang bahan asing, terutamanya untuk membasuh Miss V. Malah, kebanyakan wanita tidak perlukan pembersih intim untuk mencuci faraj. Air biasa sudah memadai.
Kawasan faraj kaum Hawa mempunyai pH yang tersendiri. Bakteria sihat di sekitar vagina perlukan persekitaran yang optimum untuk terus hidup. Jika bakteria ini mati, faraj berisiko mengalami kegatalan dan mungkin juga jangkitan.
Khasiat daun sirih untuk wanita 3: Mengurangkan jerawat

Siapa sangka, salah satu khasiat daun sirih untuk wanita adalah untuk merawat jerawat!
Tidak dinafikan, jerawat merupakan masalah yang sering melanda kaum Hawa. Ia boleh menyebabkan kita rasa malu dan tidak yakin terhadap diri sendiri.
Disebabkan sifat antibakterianya, daun sirih boleh digunakan sebagai pencuci muka. Rebus daun sirih sehingga mendidih. Kemudian, tunggu sehingga air menjadi suam.
Ratakan air tersebut pada kawasan muka. Biarkan selama 30 minit sebelum bilas wajah dengan air biasa.
Baca juga:
4. Menghilangkan masalah nafas berbau
Daun sirih juga dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau.
Anda boleh gunakan sirih dengan 2 cara. Cara pertama adalah dengan mengunyah sirih sehingga lumat. Biarkan ia dalam mulut buat seketika sebelum diluahkan.
Cara kedua, rebus beberapa helai daun sirih sehingga mendidih. Kemudian, kumur menggunakan air rebusan tersebut 2 kali setiap hari.
5. Mengurangkan kolesterol badan
Anda ingin berdiet dan mengurangkan kadar kolesterol dalam badan? Jika ya, cubalah kunyah daun sirih dengan kerap!
Daun sirih mengandungi eugenol, sejenis komponen yang dapat mengurangkan kolesterol yang dihasilkan oleh organ hati.
Tahap kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan risiko penyakit jantung meningkat.
Kesan sampingan daun sirih untuk wanita

Walaupun ia selalu digunakan secara turun temurun, namun daun sirih juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan.
Malah, individu yang selalu mengunyah daun sirih mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kanser mulut.
Selain itu, penggunaan air rebusan sirih pada faraj juga mungkin akan mendatangkan bahaya yang tidak diingini. Malah, ia akan mengubah pH pada kawasan intim dan meningkatkan risiko jangkitan.
Jadi, sebelum guna daun sirih, fikir dulu masak-masak ya. Benar, ada banyak khasiat daun sirih untuk wanita. Walau bagaimanapun, jangan sesekali gunakannya untuk merawat apa-apa jenis penyakit tanpa nasihat doktor.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen