Bahkan tiub yang tersumbat juga tidak mempunyai sebarang gejala kecuali jika tersumbat kerana cecair (hydrosalpinx), yang mungkin mengakibatkan rasa ketidakselesaan pelvis.
Peratusan untuk mengandung dengan 1 tiub fallopio dan 1 ovari turut bergantung kepada parameter kesuburan lain dan kesihatan pasangan secara keseluruhan.
Memahami kitaran haid
Wanita dengan hanya 1 tiub fallopian yang berfungsi perlu mengetahui kitaran haid secara tepat.
Ini kerana ia akan memberikan petunjuk lebih baik mengenai tempoh ovulasi, sehingga dapat melakukan hubungan seks dengan sewajarnya.
Jika berasakan tiub anda mungkin mempunyai masalah tetapi tidak begitu pasti, maka prosedur hysterosalpingogram(HSG) X-ray, boleh dilakukan bagi mendapatkan kepastian. Ujian laparoskopi juga boleh dilakukan.
Dapatkan rundingan dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan pilihan prosedur yang bersesuaian.

Rawatan kesuburan bagi wanita dengan 1 tiub fallopio
Pilihan rawatan akan bergantung kepada hasil pemeriksaan.
Tiub tersumbat biasanya diatasi melalui prosedur pembedahan dan anda mungkin tidak memerlukan rawatan kesuburan sama sekali.
Kuncinya adalah dengan mendapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada doktor pakar untuk mengetahui keadaan dan rawatan yang bersesuaian.
Jika pembedahan bukan pilihan rawatan yang terbaik atau prosedurnya tidak berjaya, doktor akan memberikan pilihan rawatan kesuburan yang berkaitan.
Sekiranya ovulasi yang berlaku normal dan jumlah serta kualiti sperma pasangan anda sihat, mungkin pencetus daripada ubat kesuburan atau inseminasi intrauterin (IUI) dapat membantu.
Doktor akan mengesyorkan rawatan kesuburan in vitro (IVF) sebagai pilihan terbaik seandainya anda mengalami perkara di bawah:
- Hanya sebelah ovari dan/atau 1 tiub fallopian tidak berfungsi
- Tidak mengalami ovulasi seperti biasa
- Mempunyai pelbagai faktor ketidaksuburan dan/atau jumlah/kualiti sperma pasangan rendah
Rawatan kesuburan
Memiliki hanya 1 tiub fallopio tidak bermakna peluang hamil anda tertutup sepenuhnya. Masih terdapat rawatan kesuburan yang boleh membantu mencerahkan peluang kehamilan anda.
Lakukan pemeriksaan dan rundingan doktor, ini adalah pilihan yang tepat bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.