7 Makanan Sesuai Diambil Wanita Sedang Datang Bulan, No 3 PALING Ramai Perempuan Suka!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap wanita mempunyai masalah yang berbeza-beza ketika datang bulan.

Ada yang akan mendapat senggugut. Tidak kurang juga, ada yang mengalami mood swing yang menjejaskan kualiti mood harian.

Namun, sudah pasti ramai yang rasa penat dan letih ketika datang bulan. Badan pula mesti rasa sakit-sakit.

Pening kepala juga bukan sesuatu yang asing ketika period.

Pasti anda tertanya-tanya jika ada cara untuk mengurangkan rasa sakit dan stres ketika period. Jangan risau! Kami ada jawapannya!

Tahukah anda, pemakanan semasa tempoh haid boleh memainkan peranan yang besar?

Ikuti artikel kami untuk tahu lebih lanjut tentang makanan yang PATUT anda ambil ketika datang bulan!

Makanan istimewa untuk wanita ketika period

Pada zaman ini, ramai wanita mempunyai kerjaya sendiri dan senggugut mungkin menjadi salah satu faktor untuk wanita sukar fokus semasa bekerja.

Jadi, ada di antara wanita tersebut yang mempunyai ‘makanan istimewa’ yang diamalkan pada waktu datang bulan.

Sebagai contoh, ada yang mengamalkan teh halia untuk mengurangkan senggugut. Ada juga yang makan coklat ataupun aiskrim untuk kurangkan rasa kejang perut.

Makanan ketika haid seperti ini mampu mengurangkan rasa sakit yang mengganggu wanita ketika period dan membantu memperbaiki mood supaya anda tidaklah beremosi sahaja semasa haid.

Namun, sebelum anda ambil aiskrim di dalam peti ais, cuba fikirkan jika anda boleh tukar tabiat pemakanan itu kepada sesuatu yang lebih sihat.

Ini ada 7 makanan yang lebih sihat dan boleh diamalkan semasa datang bulan.

7 makanan ketika haid yang PATUT anda amalkan!

datang bulan

1. Sayur-sayuran hijau

Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan brokoli mengandungi banyak vitamin dan juga kaya dengan zat besi. Disebabkan wanita kehilangan banyak darah ketika haid, anda mungkin rasa lemah, pening dan penat lebih daripada biasa.

Sayur-sayuran ini boleh membantu mengurangkan Premenstrual Syndrome (PMS) dan mengurangkan rasa letih ketika anda datang bulan.

2. Salmon

Ikan salmon mempunyai asid lemak omega-3 yang boleh mengurangkan rasa sakit ketika senggugut.

Selain itu, asid lemak omega-3 juga sangat bagus untuk individu yang mempunyai masalah mood swing ketika datang bulan.

Makan ikan salmon mungkin boleh membantu anda untuk mengawal simptom PMS seperti stres dan mood yang berubah-ubah.

3. Legakan PMS dengan makan coklat!

makanan ketika haid

Berita baik untuk penggemar coklat!

Menurut kajian, coklat gelap boleh melegakan sakit ketika datang bulan. Kaya dengan zat besi dan magnesium, kedua-dua komponen ini telah terbukti dapat meredakan PMS dalam kalangan wanita muda.

Anda juga boleh membaca:

4. Makan yogurt ketika datang bulan

Yogurt yang kaya dengan vitamin D dan kalsium dapat membantu anda untuk rasa lebih baik ketika datang bulan.

Menurut kajian, wanita yang mempunyai tahap vitamin D dan kalsium yang tinggi dalam badan akan kurang menghadapi sakit ketika haid.

Oleh itu, cuba amalkan pengambilan yogurt secara berkala. Sebagai contoh, anda boleh cuba Greek yogurt yang mempunyai 2 kali ganda protein daripada yogurt biasa.

Pengambilan yogurt juga akan membuatkan perut anda rasa lebih selesa. Yogurt mengandungi probiotik yang dapat membantu kesihatan perut.

5. Amalkan minum teh halia

makanan ketika haid

Teh halia selalu dikaitkan dengan keupayaannya untuk melegakan senggugut. Sebenarnya, halia mengandungi asid mefenamic yang bertindak sebagai ubat tahan sakit semula jadi.

Bahan antiradang ini juga boleh melegakan otot-otot yang kejang disebabkan senggugut.

6. Ayam sebagai sumber protein

Ayam juga mempunyai kandungan zat besi yang tinggi, sesuai untuk wanita yang sedang datang bulan.

Disebabkan ayam merupakan makanan yang mengenyangkan, ia boleh membantu anda untuk kurangkan rasa mengidam nak makan macam-macam!

7. Jangan lupa untuk minum banyak air

Paling penting sekali, jangan lupa minum air secukupnya. Minum air boleh mengurangkan risiko anda terkena dehydration headache, ataupun pening kepala disebabkan tidak cukup air.

Jangan ambil ringan soal datang bulan

Bukan mudah untuk jadi wanita pada abad ke-21 ini. Banyak cabaran yang perlu dihadapi sepanjang hari. Oleh itu, jangan biarkan sakit senggugut menghalang pergerakan aktif anda saban hari.

Pemakanan yang sihat pasti akan membantu kesihatan diri anda secara menyeluruh. Jika anda amalkan makan makanan sihat, bukan sahaja senggugut akan berlalu pergi, malah anda juga pasti lebih sihat dan bertenaga!

Apa yang penting, jaga pemakanan anda semasa datang bulan. Makanan ketika haid di atas hanyalah satu cadangan untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa haid.

Berjumpalah dengan doktor jika ada sebarang kebimbangan pada diri anda semasa datang bulan!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

Pernah mengalami keputihan berwarna coklat apabila apabila hampir dengan hari haid? Jika ya, anda mungkin tertanya-tanya sama ada ia normal atau sebaliknya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Cepat Hamil, Lakukan Hubungan Intim Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Berkesan Ke?

Adakah wanita boleh hamil selepas haid tamat 1 hari dan seks dilakukan pada waktu ini? Jom kita klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/11/2020 . 3 minit bacaan

Haid Wanita Boleh Terganggu Jika Mengalami Demam Denggi? Adakah Ini Tanda Bahaya?

Sehingga kini, demam denggi masih berlaku dan mencatatkan bilangan kes yang tinggi. Tetapi persoalannya sekarang, adakah ia boleh mempengaruhi haid pesakit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 11/11/2020 . 3 minit bacaan

Tak Selesa Setiap Kali Datang Haid, Perut Mesti Kembung! Bagaimana Ingin Cegah?

Ramai wanita mengalami perut kembung terutamanya ketika haid. Namun, berita baik bagi kaum Hawa kerana simptom ini sebenarnya dapat dikurangkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 05/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

darah haid berketul

Darah Haid Berketul Sebesar Ibu Jari? Ada Yang Normal & Ada Juga Disebabkan Masalah Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
mitos haid wanita

Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
sakit senggugut wanita

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan
ubat haid tidak teratur

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan