home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Yogurt Boleh Buat Badan Langsing? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Makanan Kaya Probiotik

Yogurt Boleh Buat Badan Langsing? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Makanan Kaya Probiotik

Tahukah anda, antara salah satu fungsi probiotik adalah dapat melangsingkan tubuh badan? Ya, dan tujuan ini boleh dicapai melalui makanan kaya probiotik. Apakah makanan probiotik?

Apa maksud probiotik?

Probiotik adalah mikroorganisme hidup seperti bakteria baik yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada tubuh badan kita.

Ia boleh diperoleh daripada sumber makanan yang difermentasi atau ditapai. Ada juga suplemen yang boleh membekalkan anda dengan probiotik.

Antara fungsi probiotik yang diketahui ramai adalah menguatkan sistem pertahanan badan selain baik untuk fungsi pencernaan tubuh.

Namun, ada juga kajian yang menyatakan bahawa probiotik boleh membantu dalam menurunkan berat badan manusia.

Bagaimana makanan probiotik boleh membantu melangsingkan tubuh?

makanan probiotik

Bagaimana makanan probiotik mempengaruhi berat badan manusia masih belum dapat difahami dengan baik.

Namun, probiotik dilihat boleh mempengaruhi selera makan dan penggunaan tenaga melalui pengeluaran asetat, propionat, dan butirat, yang merupakan asid lemak rantai pendek.

Probiotik tertentu juga dianggap dapat menghalang penyerapan lemak makanan, yang kemudiannya meningkatkan pengeluaran jumlah lemak melalui najis.

Dengan kata lain, probiotik menjadikan tubuh anda menyerap hanya sedikit kalori daripada makanan yang dimakan.

Bakteria tertentu, seperti daripada jenis Lactobacillus, didapati berfungsi dengan cara ini.

Probiotik juga dapat mencegah berlakunya kegemukan melalui kaedah lain. Antaranya ialah:

  • Melepaskan hormon yang mengawal selera makan: Probiotik dapat membantu melepaskan hormon tertentu yang dapat membantu anda membakar lebih banyak kalori dan lemak
  • Meningkatkan jumlah protein pengawal lemak: Probiotik boleh meningkatkan tahap protein seperti angiopoietin 4 (ANGPTL4) yang mengurangkan penyimpanan lemak

Selain itu, dengan meningkatkan kesihatan lapisan usus anda, probiotik dapat mengurangkan keradangan sistemik dan melindungi tubuh anda daripada kegemukan dan penyakit lain.

Namun, lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami bagaimana ia berlaku dengan lebih baik.

Jenis probiotik yang berkesan mempengaruhi berat badan anda

Salah satu strain bakteria yang sangat berkesan ialah Lactobacillus gasseri. Lactobacillus gasseri menunjukkan beberapa kesan yang paling menjanjikan terhadap penurunan berat badan.

Banyak kajian yang dijalankan terhadap tikus mendapati, ia mempunyai kesan anti obesiti. Selain itu, kajian yang dilaksanakan terhadap orang dewasa juga menunjukkan hasil yang sangat positif.

Ada satu kajian yang dijalankan terhadap 210 orang dewasa yang mempunyai lemak perut dan mereka mengambil Lactobacillus gasseri selama 12 minggu.

Hasilnya, didapati strain bakteria tersebut mampu mengurangkan berat badan, lemak di sekitar organ, indeks jisim badan (BMI), ukuran pinggang, dan lilitan pinggul.

Selain itu, fungsi probiotik juga mampu menghilangkan lemak perut sebanyak 8.5%. Namun, apabila peserta berhenti mengambil probiotik, lemak perut tersebut kembali terbentuk dalam tempoh 1 bulan.

Selain Lactobacillus gasseri, terdapat juga jenis probiotik lain yang memberikan kesan yang sama terhadap lemak tubuh.

Ada satu kajian yang melibatkan pengambilan Lactobacillus dan Bifidobacterium, serta kumpulan plasebo.

Ia melibatkan sejumlah wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Hasilnya, wanita yang mengambil probiotik iaitu Lactobacillus dan Bifidobacterium kehilangan lebih banyak lemak perut berbanding mereka yang mengambil plasebo.

Jenis-jenis strain probiotik yang bermanfaat

fungsi probiotik

Probiotik yang paling biasa adalah daripada kumpulan Lactobacillus dan Bifidobacterium. Masing-masing mengandungi banyak bakteria yang berbeza.

Probiotik juga boleh mengandungi bakteria lain bersama dengan organisma lain, seperti yis Saccharomyces boulardii.

Bakteria yang lebih popular di pasaran dan yang paling banyak dikaji disebabkan oleh faedah kesihatannya ialah:

  • Lactobacillus acidophilus
  • Lactobacillus bulgaricus
  • Lactobacillus fermentum
  • Lactobacillus amylovorous
  • Lactobacillus gasseri
  • Lactobacillus rhamnosus
  • Bifidobacterium longum
  • Bifidobacterium bifidum

Walau bagaimanapun, usus manusia mengandungi beratus-ratus jenis mikroorganisma, yang berjumlah lebih daripada 100 trilion mikroba.

Tidak terdapat bukti yang menyatakan bahawa satu jenis probiotik dapat membantu seseorang menurunkan berat badan dengan lebih berkesan daripada jenis probiotik lain.

Hati-hati, ada juga strain bakteria yang menyebabkan pertambahan berat badan

Beberapa kajian juga ada mendapati bahawa strain probiotik tertentu boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Satu tinjauan mendapati bahawa kesan probiotik terhadap berat badan bergantung pada spesies dan jenis mana yang digunakan.

Sebagai contoh, satu strain Lactobacillus gasseri boleh membantu mengurangkan kenaikan berat badan, manakala strain yang lain boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Jenis makanan yang boleh diambil

Antara jenis makanan probiotik yang boleh anda ambil adalah seperti tempe, kimchi, yogurt, keju dan miso.

Makanan ini sangat kaya dengan bakteria baik yang bermanfaat untuk tubuh anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Abenavoli, L., Scarpellini, E., Colica, C., Boccuto, L., Salehi, B., Sharifi-Rad, J., Aiello, V., Romano, B., De Lorenzo, A., Izzo, A. A., & Capasso, R. (2019). Gut Microbiota and Obesity: A Role for Probiotics. Nutrients, 11(11), 2690. https://doi.org/10.3390/nu11112690

Ogawa, A., Kobayashi, T., Sakai, F., Kadooka, Y., & Kawasaki, Y. (2015). Lactobacillus gasseri SBT2055 suppresses fatty acid release through enlargement of fat emulsion size in vitro and promotes fecal fat excretion in healthy Japanese subjects. Lipids in health and disease, 14, 20. https://doi.org/10.1186/s12944-015-0019-0

Ferrarese, R., Ceresola, E. R., Preti, A., & Canducci, F. (2018). Probiotics, prebiotics and synbiotics for weight loss and metabolic syndrome in the microbiome era. European review for medical and pharmacological sciences, 22(21), 7588–7605. https://doi.org/10.26355/eurrev_201811_16301

https://health.clevelandclinic.org/could-probiotics-help-with-weight-loss/

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 15/12/2020
x