Masalah Kesihatan Lelaki, Ada 6 Penyakit Paling Kerap Berlaku Pada Kaum Adam

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 22/12/2020 . 5 minit bacaan
Share now

Kita sering bercakap berkenaan masalah kesihatan lelaki. Namun, kebanyakan topik hanya tertumpu kepada kesihatan seksual semata-mata. Bagaimana pula dengan masalah lelaki yang lain?

Lelaki lebih pendek umur berbanding wanita? Ini fakta mengenai masalah kesihatan lelaki

Statistik global menunjukkan bahawa lelaki cenderung untuk mempunyai jangka hayat yang lebih rendah daripada wanita.

‘Jurang kesihatan’ pada lelaki ini, seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkait rapat dengan beberapa faktor yang berbeza.

Kesemuanya bergabung lalu mendedahkan lelaki kepada pelbagai risiko kesihatan sepanjang hidup mereka. Apa yang menyebabkan jurang kesihatan ini?

Apakah faktor-faktor yang cenderung dialami oleh lelaki dan apa yang boleh dilakukan untuk mengatasinya? 

Jawapannya ada dalam artikel ini.

Masalah kesihatan lelaki paling lazim

Terdapat beberapa keadaan kesihatan yang lebih cenderung berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Berikut adalah 6 jenis masalah kesihatan lelaki yang sering berlaku.

#1. Penyakit jantung

Penyakit jantung adalah antara pembunuh nombor satu bagi kaum lelaki. Jantung adalah seperti otot lain. Jantung memerlukan darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien agar ia dapat berfungsi dengan baik.

Keperluan jantung ini disediakan oleh arteri koronari, yang bermula di dasar aorta dan menyebar ke seluruh permukaan jantung.

Ia kemudiannya akan pergi ke seluruh kawasan otot jantung.

Faktor risiko utama penyakit jantung (termasuklah strok dan penyakit vaskular periferal) adalah seperti merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol yang tinggi, diabetes, dan sejarah keluarga.

Walaupun seseorang tidak dapat mengawal sejarah keluarga mereka, tapi faktor-faktor lain masih lagi dapat dikawal dan risikonya dapat dikurangkan.

Kesemua faktor ini perlu dikawal bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. 

#2. Kanser paru-paru

Kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu bagi lelaki berbanding jenis kanser yang lain. Kes kanser paru-paru meningkat saban tahun.

Kebanyakan kanser paru-paru ini sebenarnya dapat dicegah. Ini kerana kebanyakan kes paru-paru sebenarnya berpunca daripada tabiat merokok.

Tabiat merokok boleh menyebabkan 90% daripada semua kes kanser paru-paru. 

#3. Kanser prostat

Kanser prostat pula boleh menjejaskan kelenjar prostat. Kanser prostat adalah antara jenis kanser yang paling biasa dalam kalangan lelaki.

Ia adalah penyakit penuaan dan jarang dijumpai pada lelaki yang berumur kurang daripada 50 tahun. 

#4. Kemurungan dan bunuh diri

Lelaki juga lebih cenderung untuk mengalami kemurungan dan membunuh diri berbanding kaum wanita. Lelaki lebih suka memendam atau tidak menceritakan masalah yang dialami kepada orang lain berbanding wanita.

Situasi seperti ini akhirnya akan menyebabkan lelaki lebih banyak mengalami kemurungan dan berniat untuk membunuh diri.

Menurut kajian yang dilakukan oleh American Foundation for Suicide Prevention, terdapat 3.5 kali ganda jumlah lelaki yang maut akibat bunuh diri berbanding wanita pada tahun 2017. 

#5. Kemalangan dan kecederaan

Center for Disease Control Amerika Syarikat menyenaraikan kecederaan yang tidak disengajakan sebagai penyebab utama kematian lelaki pada tahun 2006.

Ini termasuklah kes lemas, kecederaan otak traumatik, dan kecelakaan yang berkaitan dengan bunga api.

Pada tahun 2006, kadar kematian kenderaan bermotor bagi pemandu dan penumpang lelaki berusia 15 hingga 19 tahun adalah hampir dua kali ganda daripada wanita.

Daripada 5,524 jumlah kes yang dilaporkan mengalami kecederaan di tempat kerja, 95% daripadanya adalah lelaki.

#6. Penyakit hati, salah satu penyakit dalam masalah kesihatan lelaki

Organ hati membantu anda mencerna makanan dan menyerap nutrien. Ia juga menghilangkan bahan toksik kepada tubuh anda. Penyakit berkaitan hati merangkumi keadaan seperti:

Menurut American Cancer Society, penggunaan alkohol dan tembakau meningkatkan peluang anda untuk menghidap penyakit hati.

Tanda & simptom

kesihatan lelaki

Berikut adalah tanda-tanda atau simptom bagi penyakit yang disebutkan di atas ini.

#1. Simptom penyakit jantung

Aritmia

Aritmia adalah irama jantung yang tidak normal. Gejala yang anda alami mungkin bergantung pada jenis aritmia. Degupan jantung mungkin terlalu cepat atau terlalu perlahan. Gejala aritmia termasuklah:

  • Kepala melayang
  • Jantung berdebar-debar
  • Nadi perlahan
  • Berasa hendak pengsan
  • Pening
  • Sakit dada

Aterosklerosis

Aterosklerosis mengurangkan bekalan darah ke hujung kaki anda. Selain sakit dada dan sesak nafas, gejala aterosklerosis termasuklah:

  • Rasa sejuk terutamanya pada anggota badan
  • Rasa kebas terutama pada anggota badan
  • Kesakitan yang tidak dapat dijelaskan
  • Rasa lemah pada kaki dan lengan 

Penyakit arteri koronari (CAD)

CAD adalah pengumpulan plak pada arteri yang menggerakkan darah yang mengandungi oksigen ke jantung dan paru-paru. Gejala CAD termasuklah:

  • Sakit dada atau rasa tidak selesa
  • Rasa tertekan pada dada
  • Sesak nafas
  • Loya
  • Rasa senak perut

Kardiomiopati

Kardiomiopati adalah penyakit yang menyebabkan otot jantung membesar dan berubah menjadi kaku, tebal, atau lemah. Gejala keadaan ini termasuklah:

  • Keletihan
  • Kembung perut
  • Kaki bengkak, terutamanya pada pergelangan dan tapak kaki
  • Sesak nafas
  • Jantung berdebar atau berdenyut cepat

Jangkitan jantung

Istilah jangkitan jantung boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan seperti endokarditis atau miokarditis. Gejala jangkitan jantung termasuklah:

  • Sakit dada
  • Rasa sesak pada dada atau batuk
  • Demam
  • Menggigil
  • Ruam pada kulit

#2. Simptom kanser paru-paru

Antara simptom atau tanda-tanda awal seseorang itu mengalami kanser paru-paru ialah:

  • Batuk yang berlarutan atau semakin teruk
  • Batuk kahak atau darah
  • Sakit dada yang bertambah teruk ketika anda menarik nafas, ketawa, atau batuk
  • Suara serak
  • Sesak nafas
  • Berasa lemah dan letih
  • Kehilangan selera makan dan penurunan berat badan

#3. Simptom kanser prostat

Anda mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom jika mengalami kanser prostat. Namun, bagi kanser prostat yang kronik, ia mungkin menyebabkan beberapa simptom seperti berikut:

  • Mempunyai masalah ketika membuang air kecil
  • Menghadapi masalah berkaitan seksual seperti mati pucuk
  • Rasa sakit pada bahagian pelvis, dada dan juga belakang badan

Faktor risiko

masalah kesihatan lelaki

#1. Faktor risiko penyakit jantung bagi masalah lelaki

#2. Faktor risiko kanser paru-paru

  • Merokok
  • Sejarah keluarga yang mempunyai kanser paru-paru
  • Pernah mengalami kanser paru-paru
  • Pernah menjalani terapi radiasi pada bahagian dada

#3. Faktor risiko kanser prostat

Punca bagi kanser prostat tidak diketahui secara khusus. Namun, seperti kebanyakan jenis kanser yang lain, ia mungkin boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti sejarah keluarga atau pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia.

Sesetengah faktor mungkin boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser prostat. Antara faktor risiko kanser prostat ialah:

  • Umur yang lebih tua
  • Sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser prostat
  • Sesetengah etnik kaum
  • Obesiti
  • Perubahan genetik

Diagnosis & rawatan

#1. Penyakit jantung

Diagnosis bagi penyakit jantung dilakukan melalui pemeriksaan fizikal dan juga ujian darah. Selain itu, ia juga akan dilakukan melalui beberapa ujian seperti CT scan dan juga MRI.

Untuk kaedah rawatan pula, ia bergantung kepada jenis penyakit jantung yang anda alami.

Sebagai contoh, jika anda mengalami jangkitan jantung, doktor akan memberikan antibiotik bagi merawatnya.

Selain itu, ia juga mungkin dirawat melalui prosedur perubatan atau pembedahan, ataupun mengelakkan simptom menjadi lebih teruk. 

#2. Kanser paru-paru

Untuk diagnosis kanser paru-paru, ia biasanya melibatkan kaedah pengesanan imej seperti X-ray, MRI atau CT scan. Selain itu, kaedah biopsi dengan pengambilan tisu tertentu juga akan digunakan bagi mengesan sel kanser.

Rawatan kanser pula bergantung kepada individu dan juga jenis kanser yang dialami. Ia melibatkan pembedahan, kemoterapi dan juga terapi radiasi. 

#3. Kanser prostat

Untuk mengesan kanser prostat, beberapa ujian akan dilakukan. Ini termasuklah ujian antigen khusus prostat (PSA), ujian rektum digital (DRE), biopsi prostat dan juga pengimejan.

Kaedah rawatan bagi kanser prostat pula termasuklah pembedahan, terapi radiasi, krioterapi, terapi hormon, kemoterapi dan imunoterapi.

Bilakah perlu berjumpa doktor?

Bagi masalah lelaki yang dinyatakan di atas ini, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sejurus mengalami simptom-simptomnya.

Bagi kanser prostat pula, anda mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom yang jelas sehinggalah anda berusia.

Oleh itu, anda boleh terus berjumpa dengan doktor dan melakukan pemeriksaan awal untuk mengesannya.

Selain itu, bagi mengelakkan risiko masalah lelaki yang lebih tinggi, adalah lebih baik untuk anda mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Ini termasuklah berhenti merokok, makan makanan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selain Lemah Orgasme, Lelaki Kurang Hormon Seks Juga Selalu Murung! Check Tanda Ini Cepat

Kekurangan androgen adalah ketika tubuh mempunyai tahap hormon seks lelaki yang lebih rendah berbanding yang diperlukan, terutamanya testosteron.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Ambil Steroid Sebab Ingin Tampil Sasa, Kesannya Mungkin Akan Jejaskan Kesuburan Lelaki!

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kesan steroid terhadap kesuburan dan kesihatan lelaki? Jom klik dan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 04/01/2021 . 3 minit bacaan

Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

Perkahwinan bukan sahaja digalakkan bagi menghalalkan hubungan di antara dua individu bukan mahram, tapi ia juga baik untuk kesihatan anda..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Yang Ada Masalah Prostat & Pundi Kencing Boleh Cuba Senaman Ini!

Anda kerap membuang air kecil tapi tidak tahu sebab kerap kencing bagi lelaki? Jom klik artikel ini untuk tahu punca dan cara selesaikannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
lelaki macho

Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
tahap stres

Ini 7 Kesan Stres Terhadap Tahap Kesihatan Kaum Adam, Salah Satunya Lelaki Stres TAK TAMPAN

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
mati pucuk bagi lelaki

Hubungan Di Ranjang Terjejas, Ini 5 Penyakit Kronik Yang Boleh Buat Suami Mati Pucuk

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan