backup og meta

Kanak-Kanak Yang Obesiti Mungkin Kena Buat Rawatan Pintasan Gastrik! Kenapa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/08/2022

    Kanak-Kanak Yang Obesiti Mungkin Kena Buat Rawatan Pintasan Gastrik! Kenapa?

    Golongan kanak-kanak yang ada masalah obesiti kini mungkin kena buat rawatan pintasan gastrik jika pemakanan seimbang dan gaya hidup masih tidak mencukupi. Apakah ia? Terus baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Rawatan untuk masalah obesiti!

    Selalunya, pembedahan rawatan ini merupakan pilihan terakhir buat individu dewasa yang ada masalah kegemukan.

    Namun rawatan pintasan gastrik (gastric bypasses) dicadangkan sebagai rawatan pilihan awal kepada kanak-kanak yang mengalami obesiti bagi menangani isu kegemukan, berbanding pilihan rawatan terakhir bagi individu dewasa.

    Cadangan ini dibuat selepas beberapa kajian dilakukan dan menunjukkan bahawa rawatan pintasan gastrik ini merupakan satu pilihan yang selamat.

    Ia dapat membantu proses penurunan berat badan dengan lebih cepat dan bertahan lama.

    Malahan risiko untuk berdepan masalah diabetes dan tekanan darah tinggi juga tiada. 

    Penyelidik memberitahu, walaupun kebanyakan pesakit yang terlibat dalam kajian ini adalah remaja dan hanya seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, tetapi kaedah rawatan pintasan ini tidak menemukan sebarang masalah negatif dalam tumbesaran mereka. 

    pintasan gastrik

    Pilihan tepat lagi selamat?

    American Academy of Pediatrics (AAP) mengatakan lebih ramai remaja termasuklah kanak-kanak dengan obesiti, perlu diberikan pilihan untuk melakukan rawatan pintasan gastrik.

    Ini juga dapat membantu menghentikan tabiat makan secara berlebihan yang sering kali menjadi amalan gaya hidup harian.

    AAP juga mengesyorkan bahawa pembedahan yang memakan kos sehingga USD 20,000 sekitar RM83,690 ini harus dianggap sebagai satu pilihan yang selamat.

    Malahan pihak AAP juga mencadangkan bahawa ia perlu menjadi antara masalah kesihatan yang mendapat perlindungan insurans bagi golongan belia remaja. 

    Kesan sampingan rawatan pintasan gastrik

    Menurut penulis utama kajian, seorang profesor pediatrik di Duke University, Dr Sarah Armstrong, sememangnya kanak-kanak yang belum akil baligh belum cukup memahami implikasi pembedahan yang akan mengubah hidup mereka.

    “Individu yang menjalani rawatan ini mungkin akan berasa sakit secara fizikal jika mereka makan terlalu banyak atau mengambil makanan berlemak atau bergula dalam kuantiti yang tinggi.,” jelas beliau lagi.

    Walau bagaimanapun, bagi Dr Armstrong faktor usia tidak boleh dijadikan penghalang kepada rawatan yang berpotensi.

    Ini kerana kanak-kanak yang mengalami obesiti pada tahap kronik lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan apnea tidur.

    pintasan gastrik

    Masalah utama bakal dihadapi

    Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak merupakan masalah kesihatan utama yang mendatangkan kebimbangan ibu bapa, selain daripada penyalahgunaan dadah dan merokok.

    Melalui data terkini, terdapat 4.8 juta kanak-kanak di Amerika berusia 10 hingga 17 tahun berdepan masalah berat badan berlebihan.

    Obesiti adalah faktor risiko utama yang membawa kepada beberapa keadaan kesihatan kronik seperti diabetes jenis 2, strok, serangan jantung serta beberapa jenis kanser.

    Pencegahan adalah kunci utama

    Melakukan pencegahan sudah pasti merupakan perkara yang paling penting untuk dilakukan bagi mengelakkan kanak-kanak daripada mengalami masalah obes.

    Ini kerana berdasarkan kajian, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dengan berat berlebihan adalah empat kali ganda akan mengalami obesiti pada usia 14 tahun.

    Jadi sebagai ibu bapa, anda perlu memainkan peranan anda untuk mencegah masalah ini daripada berlaku kepada anak-anak.

    Sila pastikan pemakanan seimbang di samping amalkan gaya hidup yang sihat kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan