Kaum Adam perlu tahu ada banyak herba yang bagus buat kesihatan seksual mereka dan khasiat halia bara untuk lelaki juga tidak terkecuali. Persoalannya, apa manfaat yang halia merah ini boleh bawa kepada orang lelaki?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kaum Adam perlu tahu ada banyak herba yang bagus buat kesihatan seksual mereka dan khasiat halia bara untuk lelaki juga tidak terkecuali. Persoalannya, apa manfaat yang halia merah ini boleh bawa kepada orang lelaki?
Jom terus baca artikel ini untuk tahu!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Masalah lemah tenaga batin bukan satu perkara yang asing bagi lelaki. Mungkin ramai kaum Adam yang mengalami isu ini namun tidak mengakuinya disebabkan rasa malu atau takut tentang masalah mereka.
Antara masalah seksual yang paling biasa dialami lelaki adalah ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang serta lemah libido yang tiada sebarang tindakan atau rawatan lanjutan.
Disebabkan itu juga, tidak kurang ramai lelaki yang mengambil keputusan untuk mencuba kaedah perubatan alternatif tradisional jika ada masalah batin seperti melalui pengambilan herba.
Antara herba yang popular digunakan di dalam isu ini adalah ginseng, maca, yohimbine, ginkgo biloba dan tentu sekali halia tidak kira sama ada warna putih, kuning atau merah.
Namun, benarkah jika herba di atas termasuk halia bara bagus untuk rawat masalah batin lelaki?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa halia bara adalah salah satu daripada jenis tumbuhan yang paling sihat sama seperti adik-beradiknya yang lain juga.
Perbezaannya, halia dengan warna merah ini lebih sering digunakan di dalam ubatan tradisional dan bukan pula di dalam masakan seperti mana halia putih, kuning dan lain-lain.
Di dalam setiap sepinggan (30 g) halia merah ini, terkandung sekitar nutrisi seperti yang berikut:
Selain itu juga, ia kaya dengan sebatian aktif seperti shogaol, gingerol, zingeron dan banyak lagi yang dipercayai boleh digunakan sebagai kaedah perubatan tradisional alternatif.
Apa yang menjadi tanda tanya adalah benarkah wujud khasiat halia bara untuk lelaki atau ia sekadar omong-kosong? Sebenarnya, mungkin ada dan kami akan rungkaikannya untuk anda.
Selain bagus untuk membantu merawat masalah sistem penghadaman, otot, tulang dan sendi, halia ini juga baik buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, termasuk juga kaum lelaki.
Berikut adalah antara sebab kenapa halia merah ini dipercayai sangat bagus untuk orang lelaki:
Untuk pengetahuan anda semua, halia bara termasuk dalam makanan yang ada efek afrosidiak di mana ia boleh meningkatkan libido atau nafsu syahwat individu jika dimakan.
Dalam erti kata lebih mudah, ia boleh diumpamakan sebagai ubat viagra semula jadi. Pun begitu, kebergantungan kepada herba ini mungkin tidak disarankan oleh ramai pakar.
Dalam pada itu, makanan afrosidiak ini juga turut mampu melancarkan sirkulasi darah di dalam tubuh badan termasuk zakar sekali gus meningkatkan kemampuan lelaki ketika beraksi bersama pasangan.
Kesannya, masalah seperti ereksi tidak kuat atau ejakulasi pramatang mungkin dapat dirawat. Namun, itu tidak bermakna anda hanya perlu ambil herba ini jika bermasalah seksual.
Apa yang paling menarik adalah khasiat halia bara untuk lelaki yang paling utama adalah ia mungkin mampu memperbaiki kadar antioksidan dan aktiviti androgenik. Ini sekali gus akan meningkatkan kadar kesuburan kaum Adam.
Kajian yang dijalankan terhadap subjek makmal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan hormon testosteron, kuantiti serta kualiti sperma namun masih perlu kajian lanjut.
Berdasarkan kepada 3 khasiat halia bara untuk lelaki yang kami nyatakan di atas tadi, mungkin dapat disimpulkan bahawa ia memang bagus jika diambil sebagai makanan, minuman atau suplemen.
Pun begitu, jangan tidak tahu bahawa ia juga mungkin akan mendatangkan kesan sampingan tersendiri seperti sakit perut, kembung perut, mual, muntah atau cirit-birit apabila diambil terlalu banyak.
Selain itu juga, setiap daripada khasiat atau manfaat di atas tadi masih berada di fasa kajian dan perlu dikaji lebih lanjut lagi agar kita semua dapat benar-benar pasti tentangnya.
Konklusinya, tidak salah untuk memasukkan halia bara di dalam diet seharian selagi ia tepat pada kuantiti dan kualitinya. Jangan lupa, dapatkan nasihat dan informasi lebih lanjut daripada doktor.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen