backup og meta

Inginkan Hidup Yang Lebih Aktif & Sihat? Ini 5 Tip Penghidap Fibrosis Sista Boleh Amalkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 02/08/2021

    Inginkan Hidup Yang Lebih Aktif & Sihat? Ini 5 Tip Penghidap Fibrosis Sista Boleh Amalkan!

    Fibrosis sista (cystic fibrosis) atau CF, adalah penyakit genetik yang menyebabkan lendiran melekit terbentuk di paru-paru dan sistem pencernaan.

    Kondisi ini berupaya memicu jangkitan paru-paru dan masalah dengan pencernaan makanan.

    Simptom CF biasanya bermula pada usia awal kanak-kanak dan bersifat berbeza-beza bagi setiap individu.

    Malangnya, kondisi ini secara perlahan-lahan boleh bertambah parah dari masa ke masa, apabila paru-paru dan sistem pencernaan menjadi semakin rosak.

    Penghidap fibrosis sista perlu menjalani gaya hidup yang agak terhad, dipenuhi pengambilan ubat-ubatan dan lawatan ke hospital.

    Kesemua perkara yang terpaksa dihadap ini mungkin sedikit sebanyak menyekat kebebasan hidup mereka.

    Namun pada hakikatnya, semakin terkawal penyakit ini, semakin banyak kebebasan yang pesakit perolehi!

    Hari ini, ternyata penderita CF hidup lebih lama dan lebih sihat! Sekiranya anda menghidap CF, ubat-ubatan dan rawatan tersedia pastinya dapat bantu menguruskan penyakit ini.

    Anda juga boleh menjadi proaktif dan mengambil beberapa langkah, tidak kira besar atau kecil, yang dapat membawa perbezaan kepada kondisi yang dialami.

    Memandangkan bulan Mei merupakan Bulan Fibrosis Sista, kami di Hello Doktor akan berkongsi 5 tip yang boleh penderita CF amalkan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif!

    Tip-tip untuk penghidap fibrosis sista

    #1 Elakkan risiko kuman!

    Pesakit CF perlu sentiasa berwaspada dengan risiko dijangkiti kuman!

    Fibrosis sista mampu memicu lendiran tebal dan melekit terbentuk di paru-paru, mewujudkan persekitaran untuk kuman membiak.

    Hal ini boleh mewujudkan risiko terhadap jangkitan paru-paru, yang bakal mempengaruhi fungsi normal paru-paru anda.

    Bukan itu sahaja, penyakit genetik ini juga boleh menyebabkan penyakit paru-paru menjadi lebih parah!

    Ikuti tip ini untuk menghindari kuman dalam kehidupan seharian anda:

    cuci tangan

  • Kerap membasuh tangan dengan sabun dan air.
  • Jarakkan diri sekurang-kurangnya 6 kaki daripada individu yang sakit.
  • Elak lakukan aktiviti berhampiran pesakit CF, untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit.
  • Cuci dan steril peralatan perubatan anda dengan betul.
  • Jangan berkongsi barang yang mempunyai kontak dengan air liur; straw atau sudu garpu dengan orang lain, biarpun keluarga sendiri.
  • Elak terkena habuk atau kotoran.
  • Ikuti perkembangan vaksin, termasuk vaksin selesema. Minta ahli keluarga dan rakan untuk melakukan perkara yang sama.
  • #2 Bersenam

    Apabila menyentuh bab gaya hidup yang disyorkan buat penderita CF, senaman adalah nombor 1!

    Memperolehi senaman yang mencukupi boleh memberi kesan dramatik pada fungsi paru-paru bagi kebanyakan penghidap CF.

    Menurut pakar, bersenam setiap hari secara langsung dikaitkan dengan penurunan risiko untuk jatuh sakit dan mempunyai kesihatan paru-paru yang lebih baik.

    Tidak perlu memaksa diri lakukan senaman berintensiti berat, kalian boleh mulakan dengan aktiviti fizikal yang ringkas seperti brisk walking selama 20 hingga 40 minit sebagai titik permulaan!

    Secara perlahan-lahan, cuba selitkan aktiviti-aktiviti lain ke dalam rutin senaman anda.

    Manfaat lakukan senaman secara berkala buat penghidap CF bukan sekadar untuk fungsi paru-paru, malah turut merangkumi tulang yang lebih kuat, kesihatan jantung dan mood yang lebih baik!

    Sekiranya anda ingin bersenam di gim, ambil langkah berikut untuk mengelakkan jangkitan kuman:

    #3 Ambil cakna perihal kesuburan dan kesihatan seksual

    Pesakit CF lelaki memiliki komplikasi dengan vas deferens mereka. Ia adalah sebahagian daripada sistem pembiakan kaum Adam.

    Sperma bergerak melaluinya untuk keluar dari zakar semasa ejakulasi. Sebilangan besar lelaki dengan CF menghasilkan sperma yang sihat, tetapi malangnya, mereka tidak subur.

    Sekiranya anda seorang lelaki yang menderita penyakit genetik ini, usah bersedih kerana anda dan pasangan masih boleh menimang cahaya mata dengan bantuan teknologi reproduktif yang canggih!

    Kalian juga boleh meminta doktor untuk merujuk anda kepada pakar urologi, doktor yang pakar dalam bab organ pembiakan lelaki.

    Mereka dapat melakukan ujian untuk ketahui sama ada anda subur atau sebaliknya, dan bantu kalian mengambil langkah seterusnya untuk mendapatkan zuriat.

    #4 Amalkan diet seimbang

    Jika fibrosis sista menyebabkan lendiran melekit terkumpul di saluran pencernaan anda, ia berpotensi menghalang badan daripada menyerap nutrien yang diperlukan seperti lemak, vitamin, dan mineral.

    Oleh itu, diet CF memerlukan lebih tinggi kalori dan lemak berbanding diet biasa, tetapi ia masih harus kekal seimbang.

    Menurut pakar juga, penghidap fibrosis sista memerlukan kalori hingga 50% lebih banyak setiap hari.

    Pelan diet CF yang sihat harus merangkumi:

    • Buah-buahan
    • Sayur-sayuran
    • Bijirin penuh
    • Produk tenusu penuh lemak
    • Protein
    • Lemak sihat

    Untuk bantu menipiskan lendiran pada paru-paru, pastikan untuk minum banyak air dan kekal terhidrat!

    #5 Jaga kesihatan emosi

    depresi

    Apabila menghidap CF, kesihatan fizikal anda semestinya akan menjadi tumpuan. Tapi jangan lupa, kesihatan emosi anda juga sama pentingnya!

    Disebabkan anda menghidap penyakit kronik yang berterusan, kalian cenderung untuk alami tekanan perasaan dan kegelisahan, lantas membawa kepada risiko kemurungan!

    Sekiranya anda sedar mempunyai tanda-tanda kegelisahan atau kemurungan, segera dapatkan bantuan!

    Beberapa tanda yang boleh dikenal pasti termasuk:

    • Senang marah
    • Kesedihan
    • Tidak bertenaga
    • Rasa putus asa atau tidak berharga
    • Sukar menumpukan perhatian
    • Kerap menangis

    Pokok pangkalnya, kestabilan emosi diri harus dijaga dan tidak boleh dipandang enteng!

    Selalu perhatikan keperluan emosi anda, seperti meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang, lakukan aktiviti yang bantu anda berehat, dan sebagainya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 02/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan