Seperti yang diketahui umum, orang yang mempunyai berat badan berlebihan cenderung untuk mempunyai kolesterol yang tinggi, tetapi apakah tanda kolesterol tinggi bagi orang kurus?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Seperti yang diketahui umum, orang yang mempunyai berat badan berlebihan cenderung untuk mempunyai kolesterol yang tinggi, tetapi apakah tanda kolesterol tinggi bagi orang kurus?
Individu yang susah naik berat badan sering kali terlepas pandang dalam mengetahui berapa banyak lemak dan kolesterol yang ada dalam badan mereka.
Perkara ini mungkin menyebabkan mereka yang kurus teruskan pemakanan mengikut ‘selera tekak’ sahaja, kerana yakin dengan saiz badan yang kurus. Ini kerana mereka tidak melihat tanda kolesterol tinggi pada tubuh mereka.
Semakin tinggi tahap kolesterol anda, semakin tinggi risiko anda menghidap aterosklerosis, strok, serangan jantung dan tekanan darah tinggi walaupun anda kurus!
Jadi, ingat ya, walaupun berat badan anda normal, anda mungkin tidak sihat seperti yang difikirkan.
Kolesterol adalah sejenis lipid. Ia adalah bahan seperti lemak yang dihasilkan oleh hati anda secara semula jadi dan sangat penting untuk pembentukan membran sel, hormon tertentu, dan vitamin D.
Selain itu, kolesterol tidak larut dalam air, jadi ia tidak dapat melalui darah anda sendiri. Untuk bantu ‘membawa’ kolesterol, hati akan menghasilkan lipoprotein.
Lipoprotein adalah zarah yang terhasil daripada lemak dan protein. Ia membawa kolesterol dan trigliserida (jenis lipid lain) melalui saluran darah anda.
2 bentuk utama lipoprotein adalah lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL).
Sekiranya darah anda mengandungi terlalu banyak kolesterol LDL (kolesterol yang dibawa oleh lipoprotein berkepadatan rendah), ia dikenali sebagai kolesterol tinggi.
Apabila tidak dirawat, kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan, termasuk serangan jantung atau strok.
Di samping itu, individu berkolesterol tinggi biasanya tidak menimbulkan gejala. Itulah sebabnya penting untuk memeriksa kadar kolesterol anda secara berkala.
Kolesterol dibawa melalui darah anda, dan akan melekat pada protein. Gabungan protein dan kolesterol ini disebut sebagai lipoprotein.
Terdapat pelbagai jenis kolesterol, berdasarkan apa yang dibawa oleh lipoprotein, iaitu:
Profil lipid juga biasanya mengukur trigliserida, sejenis lemak dalam darah. Tahap trigliserida yang tinggi juga dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.
Faktor-faktor yang boleh anda kawal seperti tidak aktif, obesiti dan pengambilan diet tidak sihat akan menyumbang kepada peningkatan kolesterol dan kolesterol HDL rendah.
Faktor-faktor di luar kawalan mungkin juga berperanan, seperti susunan genetik boleh menghalang sel untuk membuang kolesterol LDL daripada darah dengan berkesan atau menyebabkan hati menghasilkan kolesterol terlalu banyak.
Perkembangan aterosklerosis adalah penyakit kronik vaskular yang progresif di mana plak akan berkumpul di dinding arteri.
Tanda kolesterol tinggi boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol berbahaya di dinding arteri anda.
Kemudian ia akan mengurangkan aliran darah melalui arteri anda, yang boleh menyebabkan komplikasi, seperti:
Anda mungkin berisiko mendapat kolesterol yang tinggi jika:
Tambahan itu, individu daripada semua peringkat umur, jantina, dan etnik boleh mempunyai masalah kolesterol yang tinggi.
Perubahan gaya hidup sihat akan dapat menurunkan kolesterol anda dan bantu mencegah daripada mempunyai kolesterol yang tinggi.
Untuk bantu mencegah tanda kolesterol tinggi, anda boleh:
Kolesterol terkandung dalam produk makanan bersumberkan haiwan, seperti daging, telur, dan tenusu.
Untuk membantu merawat kolesterol yang tinggi, doktor mungkin akan menyuruh anda untuk mengehadkan pengambilan makanan berkolesterol tinggi.
Contohnya, produk berikut mengandungi kadar kolesterol yang tinggi:
Kesimpulannya, anda mungkin tidak akan melihat tanda kolesterol tinggi pada tubuh badan anda, tidak kiralah anda gemuk atau kurus. Jadi, sebaiknya, lakukan pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala dan jaga pemakanan anda.
#UseHeartForEveryHeart #WorldHeartDay #HelloDoktor
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen