backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Vagina Keluar Angin Semasa Bersenggama? Ini Namanya Kentut Faraj, Nak Tahu Bahaya Ke Tak, Baca Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/05/2022

    Vagina Keluar Angin Semasa Bersenggama? Ini Namanya Kentut Faraj, Nak Tahu Bahaya Ke Tak, Baca Ini!

    Tidak dinafikan membuang angin atau kentut adalah satu perkara biasa dan ia bagus untuk kesihatan kita. Tetapi, bagaimana pula masalah kentut faraj dan pernahkah anda mengalaminya? Ingin tahu apa punca kentut faraj bagi wanita? Teruskan pembacaan anda. 

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

    Apa itu kentut faraj?

    Kentut faraj atau ‘queefing’ adalah satu keadaan apabila udara terperangkap di dalam faraj.

    Ia menghasilkan bunyi yang serupa dengan membuang angin melalui dubur, tetapi keadaan ini tidak mempunyai bau tertentu.

    Ada yang mengatakan bahawa kentut vagina adalah sesuatu yang membahayakan.

    Ia menyebabkan anda tidak lagi akan merasai keghairahan dalam perhubungan seks dan pelbagai lagi momokan yang mungkin boleh menimbulkan ketakutan dan kerisauan dalam diri anda. 

    Walaupun ia keadaan yang sering memalukan, namun kejadian ini biasanya dianggap normal dan tidak menimbulkan sebarang risiko kesihatan.

    Apakah punca kentut faraj

    Jika anda mengalami jangkitan kuman pada faraj, ia tidak akan menyebabkan kentut faraj.

    Kentut ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara berbeza dan penting untuk anda mengetahuinya kerana sesetengahnya perlu ditangani oleh profesional perubatan.

    Antara faktornya adalah:

    1. Hubungan seks, punca kentut faraj paling lazim

    punca kentut faraj

    Aktiviti seksual adalah punca kentut faraj paling umum.

    Pergerakan zakar masuk dan keluar dari faraj kadang-kadang menyebabkan udara masuk dan kemudiannya terperangkap.

    Apabila otot anda tegang dari orgasma atau apabila zakar dikeluarkan, gas akan dibebaskan.

    Ini boleh menyebabkan bunyi dan rasa seperti gelembung. Seks oral juga boleh menyebabkan udara memasuki faraj.

    Sesetengah bentuk seks kasar boleh menyebabkan kentut melalui faraj, tetapi ia juga boleh menyebabkan pneumoperitoneum spontan, iaitu ketika udara terkumpul dan terperangkap di bawah diafragma anda.

    Ini boleh menyebabkan sakit dada atau bahagian atas perut.

    2. Masalah pelvis

    Terdapat sedikit kajian terhadap gas faraj, mungkin kerana ia tidak berbahaya dan sesekali menyebabkan anda berasa malu.

    Walau bagaimanapun, beberapa keadaan pelvis telah dikaitkan dengan beberapa cara yang boleh meningkatkan risiko kentut tersebut.

    Keadaan umum dan faktor yang berkaitan dengan kentut vagina termasuk:

    • Tidak dapat mengawal kencing
    • Prolaps organ pelvis
    • Ketidakpekaan fecal
    • Otot pelvis lemah akibat melahirkan anak, berat badan berlebihan, umur atau ketegangan usus

    3. Ketegangan otot

    punca kentut faraj

    Aktiviti tertentu, seperti aktiviti seksual atau ujian ginekologi, boleh menyebabkan otot pelvik menjadi tegang.

    Ini boleh memerangkap angin di dalam faraj. Batuk dan senaman juga boleh menyebabkan otot pelvis menjadi tegang, menolak udara ke bawah dan keluar dari faraj.

    4. Punca kentut faraj sebab fistula vagina

    Fistula faraj adalah saluran yang tidak normal dan berongga di antara faraj dan organ perut dalaman atau perut lain.

    Ia adalah punca kentut faraj yang tidak berkaitan secara langsung dengan aktiviti seksual.

    Terdapat pelbagai jenis fistula faraj. Jenis ini berdasarkan di mana lubang atau air berada di dalam faraj dan organ yang menyambung ke saluran.  

    Ini adalah penyakit dan berlaku apabila seseorang ada fistula (bukaan antara usus dan faraj menyebabkan najis dari usus masuk ke faraj), dan kentut yang terhasil daripada punca ini pastinya akan mempunyai bau.

    Fistula perlu ditangani oleh profesional perubatan dan rawatan.

    Bagaimana untuk mencegahnya?

    Tiada banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah kentut vagina.

    Ini biasanya simptom keadaan lain atau kejadian semula jadi semasa aktiviti seksual.

    Walau bagaimanapun, terdapat rawatan dan prosedur pembedahan yang boleh merawatnya.

    Malah kondisi kentut ini yang berlaku akibat aktiviti seksual, mungkin ada pilihan rawatan tanpa pembedahan yang boleh menghentikannya.

    Jika anda kerap mengalami kentut vagina ketika melakukan aktiviti seksual, berikut merupakan beberapa tip yang boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut:

    1. Menukar posisi

    punca kentut faraj

    Seperti yang dimaklumkan pada awal tadi, terdapat beberapa posisi seks tertentu yang cenderung membuatkan anda untuk lebih berisiko mengalami kondisi tersebut. Antaranya seperti doggy-style.

    Jika anda masih meneruskan posisi seks seperti itu kemungkinan untuk anda terus mengalami kentut vagina adalah tinggi.

    Melainkan anda tidak kisah untuk berdepan isu udara yang terperangkap di dalam saluran faraj yang akhirnya mengakibatkan kentut vagina.

    1. Ketatkan dinding faraj

    Kentut yang berlaku adalah tanda bahawa terdapat banyak udara yang terperangkap di dalam saluran faraj anda ketika aktiviti seks.

    Anda mungkin boleh membantu diri anda dengan mengetatkan dinding faraj anda ketika seks.

    Tip ini adalah untuk membantu mengurangkan jumlah udara yang akan memasuki faraj anda, yang akhirnya dapat mengehadkan kentut yang sememangnya mungkin akan menyebabkan anda berasa malu.

    Mengetatkan dinding faraj turut dapat menjadikan aktiviti seks anda lebih seksual dan menggembirakan.

    1. Elakkan mainan seks

    Jika sebelum ini anda gemar menggunakan mainan seks, anda mungkin perlu untuk menghentikan penggunaannya.

    Paling tidak, anda harus mencuba untuk mengurangkan atau mengehadkan penggunaannya, kerana ia boleh membantu mengurangkan kecenderungan anda untuk mengalami kentut tersebut.

    Anda mungkin seronok menggunakan mainan seks, tetapi tanpa anda sedari ia sangat terkenal untuk memerangkap udara dalam saluran faraj anda dengan lebih banyak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan