backup og meta

7 Langkah Cuci Tangan Ini Penting Untuk Cegah Kuman! Ekstra: 5 Tip Pilih Sabun Basuh Tangan!

7 Langkah Cuci Tangan Ini Penting Untuk Cegah Kuman! Ekstra: 5 Tip Pilih Sabun Basuh Tangan!

Tahukah anda bahawa kuman boleh merebak dengan mudah jika tidak mencuci tangan dengan betul? Oleh sebab itu, amat penting untuk anda amalkan 7 langkah cuci tangan. Ingin tahu bagaimana caranya? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

Cara kuman merebak

Dengan mengamalkan tabiat 7 langkah cuci tangan boleh memastikan diri sihat dan mencegah penyebaran jangkitan pernafasan serta cirit-birit.

Kuman boleh merebak dari seorang individu kepada yang lain atau daripada sentuhan dengan permukaan tercemar, jika anda:

  • Menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci
  • Menyediakan makanan atau makan serta minum dengan tangan yang tidak dibasuh
  • Menyentuh permukaan atau objek yang mempunyai kuman padanya
  • Menghembus hingus hidung, batuk atau bersin dengan tangan dan kemudian sentuh tangan individu lain atau sebarang objek

Masa penting untuk praktikkan 7 langkah cuci tangan

Anda harus kerap membasuh tangan terutamanya ketika waktu yang disenaraikan di bawah kerana ada kemungkinan terdapat kuman yang boleh tersebar, iaitu:

  • Sebelum, semasa, dan selepas menyediakan makanan
  • Sebelum dan selepas makan
  • Sebelum dan selepas menjaga seseorang yang sakit muntah atau cirit-birit
  • Sebelum dan selepas merawat luka
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas menukar lampin atau membersihkan anak setelah menggunakan tandas
  • Selepas menghembus hingus hidung, batuk atau bersin
  • Selepas menyentuh haiwan, makanan atau najisnya
  • Selepas mengendalikan makanan haiwan peliharaan
  • Selepas membuang sampah

Seperti yang umum ketahui, kita sekarang berada pada era endemik COVID-19 dan masih lagi perlu untuk sentiasa mencegah jangkitan wabak ini. 

Jadi anda juga harus amalkan 7 langkah cuci tangan ini bersama sabun dan air selama tempoh sekurang-kurangnya 20 saat ketika:

  • Sebelum menyentuh mata, hidung atau mulut 
  • Selepas memegang pelitup muka
  • Berkunjung di tempat awam
  • Selepas menyentuh objek atau permukaan yang mungkin kerap disentuh seperti pemegang pintu, meja, pam gas, troli membeli-belah atau skrin juruwang elektronik layan diri

Jika sabun dan air tidak tersedia, gunakan gel pembersih tangan (sanitizer) yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol untuk membersihkan tangan anda.

Sudah bersedia untuk mengetahui langkah-langkah untuk membasuh tangan? 

Amalkan 7 langkah cuci tangan ini

Langkah mencuci tangan dengan betul ini adalah teknik yang disarankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO):

  1. Basahkan tangan dengan air bersih, sebaiknya air yang mengalir.
  2. Sapukan sabun secukupnya untuk menutup semua permukaan dan pergelangan tangan. Tetapi bagaimana untuk memilih sabun yang sesuai? Di bawah nanti penulis akan terangkan kepada anda tip memilih sabun tangan terbaik.
  3. Pastikan anda menggosok hujung jari, kuku, tapak dan pergelangan tangan.
  4. Gosokkan tangan dan pergelangan tangan untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 saat.
  5. Bilas tangan dengan air yang bersih.
  6. Keringkan tangan dengan tuala mahupun tisu bersih atau biarkan kering di udara.
  7. Gunakan tuala atau tisu untuk menutup paip air yang digunakan.
7 langkah cuci tangan
Gosok tangan selama 20 saat semasa mencuci tangan dengan sabun.

5 tip memilih sabun terbaik untuk cuci tangan 7 langkah

Kandungan harus ada dalam sabun

Surfaktan adalah bahan utama dalam sabun tangan dan diperlukan untuk mencuci tangan. Bahan ini dapat memecahkan ikatan antara air dan kotoran. Ia membantu menyingkirkan minyak dan kotoran dengan berkesan.
Bahan ini juga membantu menghasilkan buih tebal untuk membersihkan tangan dengan lebih efektif.

Kandungan lain yang perlu ada dalam sabun cuci tangan 7 langkah adalah bergantung kepada jenis kulit. Untuk kulit kering atau sensitif, pastikan terdapat ejen pelembap.

Elakkan sabun jenis buih ketika amalkan tabiat 7 langkah cuci tangan

7 langkah cuci tangan
Sabun pencuci tangan yang digunakan perlulah bebas dari bahan kimia.

Sabun jenis buih tidak dapat membersihkan tangan sebersih sabun cecair.

Kenapa? Ini kerana dengan sabun jenis ini, anda tidak perlu menggosok tangan dengan kuat dan lama seperti jika menggunakan sabun cecair biasa.

Bahan pelembap dalam sabun

Sebaiknya carilah sabun dengan bahan pelembap seperti minyak kelapa, aloe vera, minyak berasaskan sayuran, shea butter, vitamin E dan gliserin.

Mencuci tangan yang kerap boleh mengeringkan kulit anda jika sabun yang anda gunakan tidak mengandungi agen pelembap seperti aloe vera dan gliserin.

Gliserin adalah humektan – ia melembapkan kulit dengan menarik air dan kelembapan dari udara ke dalam kulit. Ia juga membentuk penghalang pelindung bagi mencegah kehilangan lembapan.

Gunakan sabun tangan antibakteria

Cari sabun berlabel ‘antibakteria’ kerana ia mengandungi bahan kimia tambahan yang dapat melawan kuman, membunuh bakteria seperti benzalkonium chloride, benzethonium chloride, dan chloroxylenol.

Kandungan perlu dielakkan untuk sabun cuci tangan 7 langkah

Bercakap mengenai bahan kimia, terdapat beberapa kandungan yang perlu anda elakkan – sekiranya boleh – seperti paraben, phthalates, sulfat, petroleum dan BPA.

Ini kerana paraben dikatakan meniru hormon estrogen dalam badan dan dikaitkan dengan kanser payudara

BPA pula adalah bahan kimia gred industri yang digunakan dalam penghasilan plastik. Bahan ini dipercayai mempunyai hubungan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.

Penting amalkan 7 langkah cuci tangan

Kebersihan tangan adalah intervensi mudah dan murah yang dapat membantu melindungi kesihatan anda dan individu lain.

Membasuh tangan ini bukanlah tabiat yang hanya perlu diamalkan semasa pandemik dan wabak penyakit lain. Ia seharusnya diamalkan secara konsisten.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Proper Hand Washing. http://www.myhealth.gov.my/en/proper-hand-washing/, Accessed on Aug 4, 2022 
  2. Hand washing and hand hygiene. https://www.nidirect.gov.uk/articles/hand-washing-and-hand-hygiene, Accessed on Aug 4, 2022
  3. When & How to Wash Your Hands. https://www.cdc.gov/handwashing/when-how-handwashing.html, Accessed on Aug 4, 2022
  4. Everything you need to know about washing your hands to protect against coronavirus (COVID-19). https://www.unicef.org/coronavirus/everything-you-need-know-about-washing-your-hands-protect-against-coronavirus-covid-19, Accessed on Aug 4, 2022 
  5. How to wash your hands. https://www.nhs.uk/live-well/best-way-to-wash-your-hands/, Accessed on Aug 4, 2022 
  6. Kebersihan Makanan :7 Langkah Membasuh Tangan Yang Betul. https://www.infosihat.gov.my/penerbitan-multimedia/poster/item/kebersihan-makanan-7-langkah-membasuh-tangan-yang-betul.html, Accessed on Aug 4, 2022
  7. WHO Guidelines on Hand Hygiene in Health Care: First Global Patient Safety Challenge Clean Care Is Safer Care. Geneva: World Health Organization; 2009. 13, Surgical hand preparation: state-of-the-art. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK144036/?report=reader, Accessed on Aug 4, 2022
  8. Hand-washing: Do’s and don’ts. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/hand-washing/art-20046253, Accessed on Aug 4, 2022

Versi Terbaru

11/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Hand Sanitizer Sangat Efektif Untuk Bunuh Kuman Pada Tangan: Fakta Atau Auta?

Jangan Guna Hand Sanitizer Untuk Cuci Tangan Sebelum Makan! Ini Sebabnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan