Hidu Bau Kentut Yang Busuk BAIK Untuk Kesihatan, Boleh Jadikan Awet Muda Juga!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ada ke individu yang tidak pernah buang angin seumur hidupnya? Selalunya keadaan itu akan dikaitkan dengan bau busuk, kan? Jangan terkejut, sebenarnya ada manfaat mencium bau kentut yang anda tidak tahu.

Ada manfaat mencium bau kentut?

Perbuatan buang angin sering dianggap sebagai perkara yang memalukan, bahkan tidak sopan. 

Lebih-lebih lagi jika kentut itu mengeluarkan bunyi dan bau yang tidak menyenangkan.

Pun begitu, walaupun bau kentut sesuatu yang kurang enak pada deria anda, tetapi ia dikatakan memberikan manfaat kepada kesihatan. Haa, tak percayalah tu…

Fakta itu dinyatakan dalam hasil kajian daripada kolaborasi 2 buah universiti di luar negara.

Dikatakan hidrogen sulfida, komponen utama gas yang membuatkan kentut berbau tidak sedap, sebenarnya dapat memberikan kebaikan pada badan anda. 

Asas di sebalik penyelidikan ini adalah melibatkan bahagian sel yang menghasilkan tenaga dalam badan. Sel itu dikenali sebagai mitokondria.

Ia dikatakan akan berfungsi dengan lebih baik dan dapat mencegahnya daripada kerosakan jika terkena gas ini. 

Untuk membuktikannya, para penyelidik telah mencipta sebatian disebut AP39 yang terbentuk serupa dengan hidrogen sulfida. Kemudian, AP39 dimasukkan ke dalam sel di saluran darah.

Kajian dilakukan dengan menggunakan haiwan sebagai bahan kajian. 

Hasil kajian tentang manfaat mencium bau kentut

Hasil awal penyelidikan menunjukkan bahawa sebanyak 80% sel mitokondria yang terdedah kepada AP39 dapat bertahan lebih lama.

Keadaan ini dipercayai berlaku kerana keupayaan gas hidrogen sulfida untuk mengurangkan kesan tekanan oksidatif pada sel.

1 perkara yang perlu anda tahu, apabila sel mitokondria di dalam saluran darah berada dalam keadaan rosak disebabkan situasi tertentu, ia akan menggunakan enzim badan sendiri untuk menghasilkan hidrogen sulfida. 

Walau bagaimanapun, jika kerosakan yang dialami sel mitokondria semakin kronik, ia tidak mampu menghasilkan gas yang mencukupi bagi mengatasinya.

Impaknya, keadaan kesihatan individu akan semakin kritikal.

Tetapi apabila seseorang individu itu lebih banyak terdedah kepada hidrogen sulfida yang terdapat dalam kentut, sel mitokondria akan dapat memperbaiki diri dan fungsi untuk mengawal tekanan oksidatif.

Tekanan oksidatif adalah penggabungan gas di dalam badan yang boleh mengakibatkan timbulnya penyakit.

buang angin

Dalam kajian lain yang dilakukan pada tahun-tahun berikutnya, pendedahan AP39 pada sel-sel badan turut menunjukkan potensinya dalam mengurangkan tekanan darah.

Pendedahan tersebut juga meluaskan saluran darah untuk mengatasi masalah penyumbatan saluran peredaran darah yang boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung dan strok.

Kegunaan lain AP39 sebagai hidrogen sulfida buatan juga dipercayai berpotensi untuk mencegah kerosakan ginjal.

Di samping itu, gas buatan ini juga dapat menjauhkan otak dari risiko demensia dan Alzheimer, serta mengurangkan kesan penuaan.

Haaa…kiranya banyak jugalah manfaat mencium bau kentut. Tetapi ada yang sanggup buat tak? 

Petua untuk elakkan buang angin terlalu kerap

Terbuktilah wujud sebenarnya manfaat mencium bau kentut. Namun kalau selalu sangat buang angin, payah juga kan?

Biasanya, seorang individu boleh kentut sebanyak 5 hingga 15 kali sehari. Selalunya gas yang dilepaskan itu tidak berbau dan juga tidak berbunyi. 

Sebab itulah jiran meja sebelah di pejabat tidak sedar jika anda kentut, syukur!

Namun begitu, kentut dianggap sebagai perbuatan tidak sopan yang membuatkan anda mahupun mereka di sekeliling berasa segan serta tidak selesa.

Jadi berikut dikongsikan beberapa petua untuk menjadikan pergerakan usus lebih terkawal. Selamat mencuba!

#1 Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi gas

Sebilangan makanan boleh mencetuskan peningkatan pengeluaran gas daripada badan.

Untuk mengurangkan pergerakan usus, lebih baik kurangkan pengambilan makanan berair seperti kacang, minuman ringan seperti soda dan beberapa makanan berkanji seperti kentang, jagung dan ubi kayu.

#2 Jauhkan diri daripada makanan alahan

Tindak balas badan ketika mengalami alahan berbeza bagi setiap individu.

Walau bagaimanapun, biasanya simptom alergi makanan atau intoleransi yang paling kerap berlaku boleh menyebabkan gas dan kesan seperti kembung, mual, dan cirit-birit.

Ini kerana bau kentut yang tidak menyenangkan itu boleh menjadi tanda bahawa badan anda bertindak balas terhadap makanan tertentu. 

Jadi, lebih baik hindarinya dan pilihlah makanan yang tidak menyebabkan masalah kepada perut.

#3 Kurangkan pengambilan gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah adalah 1 penyelesaian bagi mereka yang mahu menjadikan nafas lebih segar.

Tetapi malangnya, perbuatan itu sebenarnya akan menyebabkan lebih banyak dan mudah udara untuk masuk ke dalam badan ketika mengunyahnya. 

Pengumpulan udara di dalam badan akan menjadi gas yang mempengaruhi kekerapan anda buang angin.

bau kentut

Jangan tahan kentut

Walaupun anda sudah mengetahui tentang manfaat mencium bau kentut, namun ia masih kekal sebagai perbuatan tidak sopan dan jelek jika dilakukan secara terbuka.

Apatah lagi jika bau kentut itu mengganggu dan menyebabkan ketidakselesaan individu lain. 

Tetapi, tabiat menahan kentut pula boleh menyebabkan panas perut, kembung dan gangguan pencernaan. 

Tekanan usus boleh menyebabkan gas terperangkap, serta berkemungkinan akan menyebabkan peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah.

Jadi jika perlu kentut, mungkin anda boleh mencari ruang dengan pengudaraan terbuka bagi menghindari risiko ada individu lain terhidu bau kentut anda. Semoga berjaya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Artikel lain untuk anda

usus tersumbat

Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
buang angin

Malu Terkentut Di Tempat Awam? Ini Sebab Tidak Boleh Tahan Kentut, Ada Kesannya Kepada Tubuh!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
kentut faraj

Opss…Ada Keluar Angin Dari Vagina, Normal Ke Wanita Alami Kentut Faraj? Ini Penjelasannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/11/2019 . 2 minit bacaan
kenapa kentut bau busuk

Kenapa Kentut Bau Busuk? Ini 6 Punca Sebenar Yang Kita Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/11/2019 . 3 minit bacaan