Faraj Longgar Kerana Seks Hanya Sekadar MITOS, Ini Yang Wanita Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kita selalu mendengar mengenai faraj longgar apabila kerap melakukan seks. Tetapi yang menjadi persoalan kini, adakah ia 1 fakta atau sekadar mitos?

Betul ke wujud faraj longgar?

Kebanyakan wanita percaya, faraj boleh menjadi longgar kerana kerap melakukan seks. Ini kerana bagi mereka keanjalan faraj boleh hilang dan menjadi longgar buat selamanya, khususnya buat individu yang kerap melakukan seks. 

Kepercayaan tentang faraj longgar adalah tidak benar sama sekali. Faraj adalah 1 bahagian yang elastik: di mana ia boleh meregang untuk menerima kemasukan atau penembusan (penetration) daripada zakar, dan ketika melahirkan bayi.

Umumnya faraj tidak memerlukan tempoh masa panjang untuk kembali kepada bentuk asal. Walau bagaimanapun, apabila seseorang individu wanita itu semakin meningkat usia dan melalui proses melahirkan bayi secara berulang kali, faraj akan cenderung untuk mengalami perubahan.

Mustahil faraj longgar kerana seks

Penting untuk anda ingat, tidak wujud sebenarnya istilah faraj longgar. Ini kerana faraj hanya akan mengalami perubahan disebabkan pertambahan usia dan proses melahirkan bayi, namun ia bukanlah 1 proses yang kekal.

Mitos ini dipercayai digunakan untuk menjatuhkan maruah individu wanita, kononnya untuk menggambarkan kehidupan seks dilakukan bersama lebih daripada seorang individu lelaki. Hakikatnya isu faraj longgar tidak akan wujud walaupun sekerap mana anda melakukan seks.

Dalam erti kata yang mudah, otot pada sekitar faraj boleh mengembang dan juga mengecut seperti gelang getah.

faraj-longgar-melakukan-seks

Perubahan semula jadi

Hanya 2 perkara yang boleh menyebabkan anda berasa seperti mengalami faraj yang kurang anjal:

  1. Peningkatan usia

Apabila mencecah usia 40 tahun, tahap elastik bahagian faraj akan berdepan perubahan. Ini disebabkan kehilangan estrogen dalam badan. Keadaan seperti itu akan mengakibatkan tisu faraj menjadi:

  • Semakin nipis
  • Kering
  • Kurang berasid
  • Kurang fleksibel
  • Kurang elastik

Perubahan ini akan lebih ketara apabila anda sudah mencapai peringkat usia menopaus.

  1. Proses bersalin berulang kali

Melahirkan anak secara normal, iaitu melalui saluran faraj, pastinya akan menyebabkan bahagian tersebut meregang sehabisnya bagi membolehkan keseluruhan badan bayi melaluinya. 

Selepas bayi dilahirkan, kemampuan faraj untuk kembali rapat akan berkurangan. Situasi ini pastinya membuatkan faraj menjadi sedikit longgar. Tetapi percayalah, ia 1 keadaan normal bagi setiap wanita yang melalui proses bersalin.

Ini bermakna kekerapan melakukan seks tidak akan sama sekali menjejaskan keadaan faraj anda. Malahan ia tidak akan menyebabkan faraj menjadi longgar seperti kepercayaan kebanyakan individu selama ini. 

Faraj ketat yang terbaik?

Rata-rata wanita gusar jika keadaan faraj menjadi longgar. Namun adakah faraj yang ketat akan memberi jaminan anda akan dapat melakukan seks dan menikmatinya lebih baik berbanding faraj yang kurang anjal?

Sebenarnya, keadaan faraj yang ketat boleh menjadi simptom yang mendasari keadaan kesihatan tertentu. Ia terutamanya jika anda mungkin mengalami rasa sakit atau tidak selesa ketika penembusan sewaktu melakukan seks. 

Sebenarnya, ketika anda berasa ghairah, otot faraj secara semula jadi akan menjadi tenang. Jadi faraj akan menghasilkan pelincir dan meregang dengan baik untuk memudahkan penembusan.

Namun jika keadaan sebaliknya, di mana anda tiada keghairahan atau tidak mempunyai keinginan untuk melakukan seks mahupun tidak bersedia secara fizikal – faraj tidak akan berada dalam keadaan santai, maka faraj tidak akan mengeluarkan pelincir dan tidak akan meregang.

Sekiranya otot faraj terlalu ketat, ia akan menyebabkan aktiviti seks menjadi perkara yang mendatangkan kesakitan dan menyukarkan anda untuk mencapai tahap klimaks.

Kesakitan itu mungkin sebagai tanda anda mempunyai risiko mengalami vaginimus, iaitu kesakitan yang berlaku, sebelum atau semasa penembusan dan ia boleh berlaku semasa melakukan seks, memasukkan tampon atau ketika melakukan ujian pelvik bagi memasukkan spekulum.

faraj-longgar-melakukan-seks

Perkuatkan otot

Jika masalah keanjalan faraj menjadi kebimbangan, mungkin anda boleh melakukan senaman pelvis bagi menguatkan otot lantai pelvis anda. Otot-otot ini penting dalam memberikan sokongan yang anda perlukan pada bahagian pundi kencing, rektum, usus kecil dan uterus.

Jika anda mempunyai otot lantai pelvis yang lemah disebabkan proses kelahiran dan penuaan, anda mungkin akan berdepan masalah seperti:

  • Mengalami masalah kebocoran air kencing yang tidak terkawal
  • Kentut faraj
  • Berdepan rasa, keperluan atau keinginan untuk kencing secara berterusan
  • Mengalami kesakitan pada sekitar bahagian pelvis
  • Mengalami kesakitan semasa melakukan seks

Senaman lantai pelvis mungkin boleh membantu untuk mengatasi masalah kebocoran air kencing ringan. Walau bagaimanapun, senaman lantai pelvis ini mungkin tidak akan memberikan perubahan atau dapat membantu wanita yang mengalami masalah kebocoran air kencing yang serius dan kronik.

Sekadar mitos

Apa yang dapat disimpulkan, kekerapan melakukan seks menyebabkan faraj menjadi longgar adalah MITOS semata-mata. Maka anda tidak perlu risau, okay? Jalani kehidupan seks anda seperti biasa dan nikmatilah ia dengan penuh keseronokan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sebelum Berhubungan Intim Dengan Pasangan, Tanya Dulu 4 Soalan Ini Pada DIRI Anda

    Melakukan hubungan seks adalah sesuatu yang cukup memuaskan namun terdapat beberapa perkara yang mampu merosakkan pengalaman tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 05/04/2019 . 2 minit bacaan

    Rasa Faraj Longgar, Apa Kata Anda Cuba 3 Senaman Mengetatkan Alat Kewanitaan Itu

    Faraj longgar tak boleh dibiarkan dan anda perlu mencuba melakukan 3 jenis senaman berdasarkan artikel ini. Selamat mencuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 29/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pentingkah-hubungan-asmara-kepada-setiap-pasangan

    Pentingkah SEKS Dalam Sebuah Perhubungan? 5 Perkara Ini Anda Kena Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Faraj Jadi Longgar Lepas Bersalin & KURANG Umph Ketika Bersama? Ini Yang Berlaku Pada Vagina Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    cara mengetatkan faraj

    5 Cara Mengetatkan Miss V Yang Paling Efektif, Pasti Suami Tak Lari Kalau Anda Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/01/2020 . 4 minit bacaan
    cara meruang

    Percaya Meruang Penting Untuk Masalah Faraj Longgar & Busuk? Anda Ternyata SALAH!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/05/2019 . 3 minit bacaan