home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Jangan Ingat Wanita Nak Hamil Saja Perlu Makan Asid Folik, Yang BELUM KAHWIN Pun Kena Ambil!

Jangan Ingat Wanita Nak Hamil Saja Perlu Makan Asid Folik, Yang BELUM KAHWIN Pun Kena Ambil!

Tahukah anda, asid folik bukan hanya diambil ketika hamil, teetapi vitamin ini juga perlu diamalkan oleh wanita yang belum dan tidak mengandung.

Asid folik ialah sejenis Vitamin B yang penting untuk tumbesaran bayi ketika mengandung.

Bayi memerlukan asid folik bagi tujuan tumbesaran. Pengambilan asid folik juga boleh mengelakkan bayi daripada mengalami kecacatan pada otak dan juga tulang belakang (kecacatan tiub neural).

Jika anda pernah mengandung, maka anda pasti sudah tidak asing lagi dengan asid folik.

Namun, tahukah anda bahawa pengambilan asid folik tidak terhad kepada wanita mengandung sahaja? Malah, lelaki juga perlukan asid folik!

Bagi wanita mengandung, pengambilan asid folik adalah penting untuk kedua-dua ibu dan juga bayi dalam kandungan. Wanita yang ingin mengandung perlu ambil asid folik sebanyak 400 mg selama sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan.

Saya belum mengandung, perlukah saya ambil asid folik?

Sebenarnya, semua wanita disarankan mengambil asid folik walaupun tidak bercadang untuk mengandung dalam masa terdekat!

Kesedaran dalam pengambilan asid folik bagi kalangan wanita muda masih lagi rendah. Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Korea terhadap wanita berusia 19 – 45 tahun, 7 daripada 10 wanita tahu dan pernah dengar mengenai asid folik.

Namun, hanya 2 orang sahaja yang faham tentang fungsi sebenar asid folik untuk melawan kecacatan janin semasa mengandung.

Walaupun mereka faham tentang kebaikan asid folik, hanya 1 dari 10 wanita sahaja yang benar-benar mengamalkan pemakanan suplemen asid folik secara konsisten.

Wanita yang berumur 19 – 24 tahun yang belum berkahwin juga mempunyai kesedaran yang lebih rendah mengenai asid folik. Golongan ini jarang mengambil supplemen asid folik, mungkin kerana kurang kesedaran terhadap kepentingan vitamin ini.

Selain itu, pengambilan asid folik juga terbukti untuk mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan juga sebahagian jenis kanser.

Bila saya perlu ambil asid folik?

asid folik belum mengandung

Wanita perlu mengambil suplemen asid folik atau makan makanan yang kaya dengan asid folik bermula dari sekarang hinggalah 12 minggu pertama kehamilan.

CDC juga menggalakkan wanita untuk mengambil asid folik sebelum dan semasa kehamilan supaya kecacatan pada otak dan tulang belakang bayi dapat dielakkan.

Dos yang disarankan ialah sebanyak 400 mg kepada semua wanita yang boleh mengandung.

Sebanyak 40% daripada kehamilan di seluruh dunia adalah tidak dirancang. Oleh itu, pengambilan awal asid folik akan membantu para ibu untuk mencapai tahap folat yang mencukupi untuk tumbesaran bayi.

Tambah lagi, kecacatan tulang belakang dan otak bayi boleh berlaku seawal 3 – 4 minggu kehamilan iaitu sebelum kebanyakan wanita tahu bahawa dia sedang mengandung.

Sebab itulah penting untuk wanita mengambil asid folik walaupun masih belum mengandung!

Jika anda tidak pernah mengambil asid folik sebelum hamil, maka anda disarankan untuk segera makan suplemen ini setelah anda tahu anda hamil.

Dos untuk wanita hamil ialah sebanyak 500 – 600 mg, mengikut situasi dan juga keadaan ibu ketika mengandung.

Walau bagaimanapun, kami sarankan untuk para ibu mengandung mendapatkan konsultasi daripada doktor kerana keperluan setiap ibu mungkin berbeza-beza mengikut situasi.

Bagaimana saya boleh dapatkan amaun asid folik yang mencukupi?

Ada 3 cara untuk anda mendapatkan asid folik yang mencukupi bagi keperluan tubuh badan anda:

  1. Makan makanan yang kaya dengan asid folik
  • Makanan seperti sayur-sayuran yang berdaun gelap (sawi dan bayam)
  • Brokoli, kubis, kubis bunga, asparagus
  • Buah-buahan seperti buah oren, nanas, pisang dan betik
  1. Ambil suplemen yang mengandungi 400 mg asid folik
  2. Makan makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti nasi, pasta ataupun roti yang diperkaya dengan asid folik

Jika anda sedang mengandung, adalah agak mustahil untuk anda mendapatkan asid folik yang mencukupi hanya daripada diet anda.

Oleh itu, anda haruslah mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan asid folik anda setiap hari.

Kesimpulan

Pengambilan asid folik adalah penting bagi semua wanita. Walaupun anda belum mengandung atau tidak berkahwin, asid folik ada banyak kebaikan lain seperti mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser.

Selain itu, pengambilan asid folik ketika mengandung juga dapat mempengaruhi kecerdasan anak. Jika diambil secara konsisten sewaktu mengandung, asid folik mampu meningkatkan keupayaan anak menguasai bahasa.

Pengambilan asid folik secara berkala juga dapat meningkatkan kesuburan wanita.

Penting untuk wanita zaman sekarang faham akan kepentingan mengambil asid folik pada usia muda. Oleh itu, kesedaran perlulah dipupuk seawal usia remaja lagi.

Jangan tunggu sehingga anda mengandung baru mahu mengambil suplemen asid folik. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan ya!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. CDC. 2018. Folic Acid. April 11. https://www.cdc.gov/ncbddd/folicacid/about.html.
  2. Department of Health NY. 2003. op 10 Facts About Folic Acid Your Women Patients Should Know. January. https://www.health.ny.gov/publications/1340/.
  3. Kim, Min Ji, Jihyun Kim, Eun Joung Hwang, Song Yoon Ju, Heon Kim, and Taisun Hyun. 2018. “Awareness, knowledge, and use of folic acid among non-pregnant Korean women of childbearing age.” Nutr Res Pract 78-84.
  4. MyHEALTH Portal. 2013. Vitamin Dan Suplemen Kesihatan Untuk Ibu Hamil. Disember 16. http://www.myhealth.gov.my/vitamin-dan-suplemen-kesihatan-untuk-ibu-hamil/.
  5. NHS. 2019. Folic acid. Mac 27. https://www.nhs.uk/medicines/folic-acid/.
  6. Tommy’s Pregnancy Hub. 2018. Benefits of taking folic acid before pregnancy. June 5. https://www.tommys.org/pregnancy-information/planning-pregnancy/are-you-ready-conceive/benefits-taking-folic-acid-pregnancy.
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak pada 04/11/2020
x