backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pelincir Faraj Bantu Wanita Atasi Masalah Di Ranjang, Baru 'Syok' Berasmara

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2024

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    Pelincir Faraj Bantu Wanita Atasi Masalah Di Ranjang, Baru 'Syok' Berasmara

    Apabila berbicara tentang seks, lelaki nampak lebih selesa dan terbuka berbanding orang perempuan1. Ia berbeza bagi wanita yang mungkin sedikit malu dan tertutup sehingga topik seperti pelincir wanita juga jarang dibicarakan.

    Walhal, seks bukanlah suatu isu tabu yang perlu dielak atau dipendam oleh orang perempuan.1 Jadi, usah rasa segan atau takut untuk menyuarakan pendapat dan matlamat anda di dalam hubungan intim.

    Ini penting kerana keharmonian di ranjang itu memerlukan kerjasama antara anda dan pasangan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    spotlight

    Realiti keintiman suami isteri pada hari ini

    Kenikmatan dan kepuasan seksual cenderung didominasi oleh pihak suami sahaja, inilah realiti kehidupan berumah tangga pada hari ini. Jadi, mungkin kelihatan unsur seperti mementingkan diri sendiri pada sebelah lelaki. 

    Maka, tidak hairanlah ramai para isteri yang rasa kecewa dalam hubungan intim dengan pasangan mereka. Ini kerana wanita mungkin kurang puas atau gagal memuaskan nafsu syahwat semasa persetubuhan.

    Menurut kajian terbitan laman web Healthy Women dengan kerjasama majalah Working Mother, lebih 60% wanita mengakui bahawa mereka tidak puas dalam hubungan seks bersama pasangan masing-masing!2

    Alasannya, wanita mempunyai keutamaan dalam hal kesihatan yang berbeza dengan lelaki seperti urutan di bawah:3

    1. Anak.
    2. Haiwan peliharaan.
    3. Ibu bapa.
    4. Pasangan.
    5. Diri sendiri.

    pelincir wanita

    Dalam pada itu, perkara ini turut dipengaruhi oleh faktor di mana wanita menghadapi masalah keintiman yang tidak didedahkan kepada pasangan demi memenuhi keinginan dan keperluan mereka.

    Masalah intim wanita yang mungkin dialami

    Disebabkan masalah seperti kurang berkeyakinan dan berpengalaman dalam seks, wanita sering kali menghampakan diri mereka sendiri. Bagaimana perkara ini akan menjejaskan hubungan dengan pasangan?

    Apabila anda mula rasa gugup atau ragu ketika beraksi, faraj akan menjadi terlalu ‘kering’ dan ‘ketat’. Kesannya, anda hanya akan merasai kesakitan dan bukannya kenikmatan atau kepuasan seksual.4

    Bagi lelaki pula, ia akan menyukarkan sedikit proses penetrasi zakar ke dalam faraj. Walaupun pada akhirnya klimaks masih boleh terjadi, namun pengalaman seks tersebut tentu kurang memuaskan.4

    Jangan pula sangka masalah faraj ini hanya akan berlaku ketika usia menopaus ya? Anda yang muda juga berisiko mengalaminya!

    Bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berulang, wanita harus mula melakukan sesuatu. Antara langkah yang patut anda cuba adalah dengan menggunakan alat bantuan seks seperti pelincir wanita.5

    Pelincir faraj yang selamat boleh membantu

    Kebiasaannya, alatan bantuan seks terutamanya kondom hanya akan ditentukan oleh orang lelaki. Sedangkan, wanita juga harus memikirkan hal ini kerana aktiviti di ranjang ini melibatkan dua belah pihak.6

    Tidak akan timbul masalah jika si isteri yang membeli kondom sama ada untuk diri sendiri atau sang suami. Ia adalah hak mereka untuk memastikan diri terlindung daripada jangkitan kelamin atau kehamilan.6

    pelincir wanita

    Begitu juga dengan alat lain seperti pelincir wanita. Ia sebenarnya mempunyai banyak manfaat tanpa anda sedari:

    Antara kebaikan penggunaan pelincir ialah: 

    1. Sesuai untuk semua orang

    Menariknya, pelincir atau lubrikan ini sesuai digunakan oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Bahkan, ia turut membantu anda untuk beraksi bersama pasangan dengan bantuan alat mainan seks.7

    2. Menyelesaikan masalah faraj kering

    Tentu sahaja, pelincir wanita ini dicipta untuk membantu menyelesaikan masalah kekeringan pada faraj sekali gus mampu menambahkan kelinciran dan kelancaran proses kemasukan zakar ke dalam faraj.7

    3. Menambahkan lagi sensasi seksual

    Apabila penetrasi alat kelamin sudah lancar, ia bakal menambahkan lagi sensasi seksual. Penggunaan pelincir yang khusus untuk ketahanan pula, akan membantu memanjangkan tempoh berlangsungnya projek asmara.7

    4. Menjalin hubungan intim yang lebih selamat 

    Apa yang paling penting, ia boleh digunakan secara serentak bersama kondom. Selain membantu melicinkan tesktur kondom, pelincir juga akan memberi perlindungan daripada jangkitan kelamin atau kehamilan luar jangkaan.7

    Wujudkah produk gel pelincir wanita di farmasi?

    pelincir wanita

    Untuk pengetahuan anda semua, pelincir seperti ini dijual di mana-mana farmasi, klinik atau pasar raya berdekatan anda. Terdapat pelbagai jenis pelincir yang dijual seperti berikut:8

    • Berasaskan air – Jenis paling biasa, ia berkos rendah, mudah ditemui dan ideal digunakan bersama kondom serta kurang menyebabkan kerengsaan pada alat kelamin
    • Berasaskan minyak – Jenis ini boleh datang daripada minyak alami atau sintetik. Namun, kedua-duanya sesuai dan selamat untuk digunakan bagi membantu aktiviti seks
    • Berasaskan silikon – Jenis yang bebas bau dan rasa ini turut memiliki karakteristik yang amat lembut dan licin sekali gus mampu melancarkan lagi hubungan seks pasangan
    • Berasaskan bahan semula jadi – Bahan-bahan semula jadi seperti gel lidah buaya atau ekstrak buah zaitun ini juga sudah tentu tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan

    Terdapat banyak jenama yang memasarkan pelincir wanita untuk anda cuba. Jadi, produk yang mana perlu menjadi pilihan anda?

    Pelincir wanita yang anda boleh cuba – pelincir Durex untuk wanita

    9 daripada 10 wanita mempercayai bahawa pelincir wanita mampu membantu untuk memberi lebih sensasi ketika hubungan dengan pasangan.8 Syaratnya, anda hanya perlu tahu produk mana yang sesuai!

    Merupakan antara jenama gergasi dalam produk peralatan dan permainan seks, anda mungkin boleh mempertimbangkan jenama Durex.

    Durex kini memiliki beberapa varian pelincir terbaharu yang semuanya adalah berasaskan air. Jadi, kesemuanya sesuai untuk digunakan bersama kondom.

    Antara varian yang menarik adalah pelincir wanita dengan sensasi menghangatkan, merangsang serta beraroma dan berperisa strawberi. 

    Selain itu, Durex juga ada mengeluarkan rangkaian produk 2 dalam 1 iaitu Durex Massage 2 in 1 yang sesuai digunakan untuk urutan dan juga melancarkan hubungan intim. Produk ini boleh didapati dalam 2 jenis iaitu Aloe Vera dan Ylang Ylang.

    Apa yang lebih menarik, kesemua produk pelincir Durex juga sesuai digunakan bersama peralatan lain seperti kondom atau alat permainan seks lain yang turut diperlukan bagi merancakkan lagi aksi ranjang anda dan pasangan.

    Dalam erti kata mudah, Durex memberikan pasangan banyak pilihan sesuai dengan cita rasa masing-masing. Mungkin dengan penggunaan pelincir ini, kehidupan di ranjang anda berdua akan jadi lebih baik?

    Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang produk Durex.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan