backup og meta

Segan Nak Buang Angin Depan Orang? Bahaya, Ada Sebab Tak Boleh Tahan Kentut!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 08/06/2023

    Segan Nak Buang Angin Depan Orang? Bahaya, Ada Sebab Tak Boleh Tahan Kentut!

    Buang angin atau kentut merupakan proses semula jadi badan dalam mengeluarkan gas-gas yang berlebihan, namun masyarakat mungkin memandang perkara ini sebagai tidak sopan atau memalukan.

    Apabila kita berada di khalayak ramai, perut mula memulas minta untuk membuang angin. Namun disebabkan malu, anda mungkin hanya akan mencuba untuk tahan kentut.

    Apatah lagi jika kentut anda disertai dengan bunyi yang kuat dan bau yang kurang menyenangkan, ia secara tidak langsung membuatkan anda dan orang di sekeliling menjadi kurang selesa.

    Namun, pernahkah anda terfikir dan tertanya jika ada kesan tahan kentut kepada keadaan kesihatan tubuh badan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Apa yang berlaku di dalam perut dan punggung anda?

    Flatus, kentut dan angin merujuk kepada gas usus yang memasuki rektum.

    Ini disebabkan proses pencernaan dan metabolisme gastrointestinal yang sering dilakukan oleh badan dan kemudian keluar melalui dubur.

    Semasa badan anda mencerna makanan dalam usus kecil, komponen yang tidak dapat dihadam akan bergerak lebih jauh di sepanjang saluran gastrointestinal dan akhirnya masuk ke usus besar.

    buang angin

    Bakteria di dalam usus akan memecahkan sebahagian kandungannya dengan proses penapaian.

    Proses ini menghasilkan gas oleh bahan yang dikenali sebagai asid lemak yang diserap semula dan digunakan dalam laluan metabolik yang berkaitan dengan imuniti dan pencegahan perkembangan penyakit.

    Gas boleh diserap kembali melalui dinding usus ke dalam peredaran dan akhirnya dikeluarkan melalui paru-paru atau dikeluarkan melalui rektum, sebagai kentut.

    Apakah kesan tahan buang angin kepada tubuh badan?

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita semua kadang-kadang akan cenderung untuk menahan kentut terutamanya di tempat tertentu, seperti ketika berada di tempat kerja atau di tempat awam.

    Supaya kita tidak menanggung perasaan malu, kebanyakan daripada kita memang akan cenderung untuk menahan kentut daripada keluar kerana ia boleh menganggu orang di sekeliling.

    Tetapi adakah perkara ini memberikan kesan kepada kesihatan kita? Adakah tidak elok untuk menahan kentut anda?

    Terdapat bukti saintifik yang terhad yang mengatakan bahawa menahan kentut boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan.

    Namun begitu, dalam jangka masa yang pendek, menahan diri daripada buang angin ternyata boleh menyebabkan:

    • Kesakitan
    • Perut yang tidak selesa
    • Perut kembung
    • Berasa senak
    • Pedih ulu hati

    buang angin

    Percubaan bagi menahan kentut daripada terkeluar akan menyebabkan peningkatan tekanan dan ketidakselesaan pada badan anda.

    Penumpukan gas dalam usus anda dapat mencetuskan distensi perut, apabila sebilangan gas diserap kembali ke dalam peredaran darah dan dihembuskan oleh nafas anda.

    Terdapat penyelidikan yang tidak begitu jelas melaporkan, kenaikan tekanan di rektum anda akan meningkatkan peluang anda untuk menghidap keadaan yang disebut diverticulitis.

    Keadaan ini adalah di mana kantung kecil berkembang di lapisan usus dan akan menjadi radang.

    Walaupun penyelidikan mengenai perkara ini masih terhad, namun beberapa kajian menunjukkan bahawa menahan diri daripada buang angin mungkin tidak baik bagi kesihatan kita.

    Cara yang lebih sihat adalah jika anda hanya membiarkannya keluar kerana kentut merupakan proses semula jadi badan.

    Terdapat bukti saintifik yang terhad menyatakan bahawa tabiat tahan kentut boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan.

    Cara untuk mengurangkan anda daripada kerap buang angin

    Bagi mengelakkan anda daripada kerap membuang angin, anda perlu mengelakkan diri daripada makan makanan yang akan dinyatakan di bawah nanti.

    Elakkan juga minum minuman bersoda, ini dapat membantu anda mengurangkan kekerapan dalam membuang angin.

    tahan kentut

    Anda juga mungkin tidak bertoleransi terhadap jenis makanan tertentu yang boleh menyebabkan kembung dan gas berlebihan.

    Antara makanan yang boleh dielakkan bagi mengurangkan kekerapan kentut ialah:

    Namun begitu, penting untuk anda memahami bahawa buang angin adalah perkara dan proses yang normal yang dilakukan badan terutamanya di dalam proses pencernaan.

    Semua orang di dunia ini kentut dan anda tidak perlu berasa malu mengenainya. Cuba untuk melepaskannya walaupun anda hanya boleh melakukannya di tempat apabila tiada orang di sekitar anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 08/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan