Cegah HIV/AIDS Dengan 3 Cara Ini Jika Anda Selalu Guna ‘Sex Toys’ Di Ranjang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/04/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Melainkan anda seseorang yang bertanggungjawab dan kerap membasuhnya, peralatan seks berupaya untuk mengakibatkan penyebaran penyakit jangkitan kelamin dan penyakit bawaan darah.

Bersihkan peralatan seks anda

Kenapa

  • Untuk mengelakkan penyakit jangkitan kelamin seperti herpes, vaginosis bakteria dan chlamydia

Terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat vaginosis bakteria dalam kalangan wanita yang menjalinkan hubungan seks dengan wanita yang pernah berkongsi peralatan seks, atau pasangan yang mempunyai vaginosis bakteria.

  • Untuk mengelakkan penyakit jangkitan atau bawaan darah seperti hepatitis B, hepatitis C, dan HIV

Jadi lebih berhati-hati bila anda menggunakan peralatan seks penetratif, khususnya jika anda ada luka atau ulser sekitar faraj, anus, atau zakar dan sekiranya ada darah, kerana itu berkemungkinan besar menandakan bahawa anda telahpun terdedah kepada jangkitan.

Bila

  • Sebelum dan selepas guna
  • Jika anda gunakan peralatan seks pada bahagian badan yang berbeza dan pelbagai: mulut, faraj dan anus
  • Menggunakan seorang diri atau untuk orang lain

Bagaimana

Cara anda membersihkan peralatan seks anda bergantung kepada:

  • Bahan buatan peralatan tersebut
  • Jika peralatan tersebut mengandungi komponen elektronik yang tidak boleh dibasuh

Ianya penting untuk anda ikuti arahan cara pembersihan dan penyimpanan yang dikeluarkan oleh penghasil.

Untuk peralatan yang boleh dibasuh, basuhnya sepenuhnya dengan sabun sebelum menggunakannya. Cuci hingga bersih peralatan tersebut sebelum membasuhnya.

Anda perlu memeriksa peralatan seks anda dengan kerap jika terdapat rekahan atau pecahan pada permukaan alat. Kerosakan ini boleh membantu pertumbuhan bakteria.

Pakaikan kondom pada peralatan seks anda

Kenapa

Menggunakan kondom adalah kaedah perlindungan terbaik bagi mengelakkan anda mendapat jangkitan dan sekiranya anda menggunakan peralatan seks anda untuk bahagian lain juga, ini membolehkan anda tidak perlu berhenti untuk membasuhnya semula sebelum menyambung menggunakannya.

Bagaimana

  • Selaputi peralatan tersebut sebelum orang lain menggunakannya atau sebelum memasukkannya ke bahagian badan yang lain.
  • Pilih saiz kondom yang sesuai.
  • Jika anda menggunakan kondom pada peralatan silikon, jangan gunakan kondom berpelincir-silikon.

Pilih peralatan yang sesuai

Jenis peralatan seks

Peralatan berbeza adalah untuk bahagian badan yang berbeza.

  • Peralatan untuk bahagian klitoris
  • Peralatan untuk bahagian faraj
  • Peralatan untuk bahagian anus

Bahan buatan peralatan seks

Ianya boleh diperbuat oleh pelbagai bahan yang berbeza

  • Silikon
  • Plastik
  • Lateks

Pelincir 

Bahan atau cecair pelincir membantu untuk melancarkan proses memasukkan zakar atau alatan tertentu ke dalam anus (dubur) atau faraj dengan cara mengurangkan geseran.

Faraj menghasilkan cecair semula jadinya sendiri khususnya apabila wanita itu terangsang sepenuhnya. Namun, jika anda khuatir tidak mencukupi, anda boleh menggunakan cecair pelincir.

Cecair pelincir adalah penting untuk bahagian yang tidak menghasilkan cecair sendiri, khususnya bahagian dubur atau anal.

Terdapat pelbagai jenis cecair pelincir:

  • Berasaskan air
  • Berasaskan silikon
  • Berasaskan minyak
  • Pelincir dubur

Jika anda perlukan nasihat kesihatan atau terdapat sebarang jangkitan, pergi ke klinik.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Artikel lain untuk anda

    alat mainan seks vibrator

    ALAMAK, Terlalu Kerap Guna Vibrator Masa ‘Projek’ Boleh Beri Kesan Kepada Faraj?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    kemaluan kesemutan

    Eh, Kenapa Faraj Rasa Kebas Selepas Bersetubuh? Bahaya Ke? Ini Penjelasannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    seks dengan sex toy

    5 Aksi Berjimak ‘Panas’ Guna Sex Toy, Boleh Buat Isteri Mudah Klimaks!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/03/2020 . 3 minit bacaan
    losyen badan

    Selalu Onani Guna Losyen, Ia Hanya Memberi Risiko Pada Alat Sulit, Ini 4 Tip Memilih Pelincir Yang TEPAT

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/01/2020 . 4 minit bacaan