“Berapa kali seks untuk seminggu perlu buat ya untuk menghangatkan tips hubungan suami isteri?”.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
“Berapa kali seks untuk seminggu perlu buat ya untuk menghangatkan tips hubungan suami isteri?”.
Persoalan sebegini pasti akan wujud dalam fikiran mana-mana pasangan suami isteri.
Adakah sekali seminggu sudah memadai? Adakah perlu kurang atau lebih daripada jumlah itu?
Jangan risau, Hello Doktor ada jawapannya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Dalam kehidupan berumah tangga, tiada apa yang lebih penting daripada perasaan cinta, rindu, bahagia dan kasih sayang.
Persoalannya, bagaimana untuk mengecapi semua ini?
Mudah sahaja, sudah tentulah dengan kehidupan seks yang sihat dan sejahtera.
Setiap pasangan perlu melakukan hubungan intim bagi memenuhi keperluan dan kemahuan seksual masing-masing.
Dalam pada itu, aktiviti inilah yang akan merapatkan lagi perhubungan di antara suami dan isteri.
Tanpanya, tiada ertinya pertalian anda berdua.
Cuba bayangkan kehidupan anda dan pasangan di bawah satu bumbung, di dalam satu bilik, dan di atas satu katil, namun tiada apa yang anda berdua lakukan kecuali tidur.
Ya, ia satu kerugian yang kemudian akan menjejaskan keharmonian hidup dalam rumah tangga.
Jadi, usah bertangguh dan beralasan lagi. Sila berbincang bersama pasangan tentang aktiviti seks anda berdua.
Namun, adakah kalian tahu berapa kali seks untuk seminggu yang suami isteri perlu buat? Jika tidak, teruskan membaca!
Jelas Dr. Logan Levkoff yang merupakan seorang Pakar Seks dari New York University, sebenarnya tiada jumlah yang normal untuk melakukan seks dalam seminggu kerana setiap perhubungan adalah berbeza bergantung kepada individu masing-masing.
Dalam erti kata yang lain, istilah ‘normal’ itu sendiri perlu difahami oleh anda dan pasangan.
Jadi, komunikasi antara anda berdua adalah kunci utama untuk memastikan kalian puas atau tidak dalam konteks hubungan intim.
Pun begitu, ada satu kajian yang mengatakan sebenarnya ada jumlah berapa kali seks untuk seminggu yang ideal dipraktikkan oleh suami isteri!
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior pada tahun 2017, majoriti pasangan yang tinggal di Amerika Syarikat akan melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 54 kali dalam masa setahun.
Jika dihitung kembali, kebanyakan mereka ini akan melakukan seks sekali seminggu!
Jumlah ini dipersetujui dalam kajian lain yang berlangsung selama hampir 40 tahun dan diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science.
Tambah mereka lagi, seks sekali seminggu sudah memadai untuk membuat pasangan suami isteri bahagia.
Mengikut kajian yang dinyatakan di atas, ya! Seks sekali seminggu sudah memadai untuk memastikan hubungan anda dan pasangan kekal sihat dan sejahtera.
Namun begitu, angka ini bukanlah satu kayu ukur yang perlu dijadikan panduan.
Sebaiknya anda dan pasangan sendiri perlu mengetahui berapa kali seks dalam seminggu yang anda berdua perlukan untuk keharmonian rumah tangga. Kenapa?
Mungkin bagi sesetengah pasangan, sekali sehari adalah kekerapan seks yang paling ideal.
Bagi pasangan lain pula, sebulan sekali atau dua bulan sekali.
Pendek kata, tiada jumlah tetap yang anda berdua perlu ikuti sebagai tips hubungan suami isteri.
Jadi, sila berkomunikasi dengan pasangan anda.
Ini kerana kekerapan berapa kali seks untuk seminggu yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan akan dipengaruhi oleh banyak faktor yang berbeza, termasuklah:
Dalam erti kata yang lebih mudah, sudah tentu faktor-faktor di atas akan mempengaruhi keperluan, kemahuan atau kekerapan berapa kali seks untuk seminggu setiap individu!
Dalam kehidupan suami isteri yang penuh pancaroba kini, ramai pasangan yang tidak berkesempatan untuk bergurau dan bercanda bersama individu yang dicintainya.
Tenang, ini tip yang boleh anda cuba untuk menyemarakkan hubungan intim:
Jangan jadikan kesibukan bekerja dan menguruskan anak sebagai alasan untuk menolak ajakan pasangan untuk berasmaradana. Sebaiknya, cari masa dan buat jadual khusus untuk anda bersama agar kehidupan seks lebih teratur.
Sama seperti membuat jadual kerja di pejabat, anda dan pasangan boleh buat ‘jadual keintiman’ ini bersama-sama merupakan antara tips hubungan suami istri agar tetap harmonis.
Carilah hari dan waktu di mana anda berdua mempunyai waktu senggang dan terluang yang boleh digunakan untuk beraksi di ranjang.
Namun, jangan terlalu menjadi seperti robot pula ya!
Jika pasangan mengajak anda di luar jadual yang ditetapkan, kenapa perlu menolak?
Apa salahnya bukan? Untuk pengetahuan anda, tip ini bukan sahaja untuk wanita malahan lelaki juga ya!
Jadi, janganlah memakai pakaian semborono seperti kain batik atau kain pelikat di rumah.
Sebaliknya, pakailah baju yang boleh membangkitkan keghairahan pasangan atau boleh cuba untuk tidak langsung memakai baju.
Baca juga:
Menurut kajian untuk menjawab soalan berapa kali seks dalam seminggu paling ideal, sekali seminggu sudah memadai untuk pasangan.
Namun, ia hanya tertakhluk kepada seks penetrasi sahaja.
Jadi, ia tidak bermakna ‘foreplay’ tidak boleh dilakukan.
Kini anda telah tahu beberapa tips tips hubungan suami isteri.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen