Senaman Untuk Jantung Yang Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Senaman merupakan salah satu gerakan yang terbaik yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki kesihatan jantung anda. Seperti otot yang lain, jantung anda menjadi semakin kuat apabila anda melakukan senaman dengan kerap.

Di sini terdapat beberapa manfaat mengapa anda perlu melakukan senaman:

  • Memperbaiki kesihatan kardiovaskular;
  • Seimbangkan tekanan darah;
  • Mengekalkan berat badan yang sihat;
  • Meredakan tekanan;
  • Meningkatkan mood dan keyakinan diri;
  • Memperbaiki tidur anda.

Pakar kardiologi anda atau doktor harian anda mungkin telah berbincang dengan anda tentang menetapkan rutin senaman dan memaklumkan kepada anda apa yang selamat untuk anda lakukan. Jika tidak, tanya kepada doktor anda soalan-soalan berikut sebelum anda mulakan:

  • Berapa banyak senaman yang saya boleh lakukan dalam masa sehari?
  • Berapa kekerapan senaman yang boleh saya lakukan setiap minggu?
  • Apakah jenis aktiviti yang boleh saya cuba, dan apakah yang perlu saya elakkan?
  • Perlukah saya mengambil ubat pada waktu tertentu sekitar jadual senaman saya?
  • Bolehkah saya memeriksa nadi semasa sedang bersenam? Apakah nilai sepatutnya?
  • Apakah tanda amaran yang perlu saya perhatikan semasa sedang bersenam?

Jenis-jenis senaman untuk kesihatan jantung

Plan senaman anda secara umumnya termasuk dua jenis yang utama:

Senaman kardiovaskular atau aerobik. Senaman jenis ini paling bermanfaat untuk jantung. Contohnya ialah berjalan, joging, lompat tali, berbasikal, bermain ski, bermain papan luncur, mendayung dan menari. Dengan melakukan senaman tersebut, anda boleh memperbaiki degupan jantung anda, begitu juga ia dapat membantu merendahkan tekanan darah anda.

Latihan kekuatan. Senaman jenis ini membina otot anda termasuk jantung anda. Anda perlu mulakan dengan beban yang sedikit ringan dan angkat ia beberapa kali. Pilihan yang baik ialah untuk mencuba mengangkat bebanan tangan. Jangan membuat senaman melampau kerana ia boleh membahayakan anda. Anda disyorkan untuk menggabungkan beberapa set untuk setiap jenis senaman, dan biarkan otot anda untuk berehat seharian atau dua hari antara sesi.

Tip yang baik bagi pemula untuk mendapat hasil yang hebat

  • Mulakan dengan perlahan. Tetapkan dalam fikiran anda bahawa jumlah senaman boleh membantu kesihatan anda. Anda perlu mulakan dengan perlahan dan cuba bersenam setiap hari kerana semakin kerap anda melakukan senaman, semakin baik kesihatan dan jantung anda.   
  • Membina secara berperingkat. Don’t over-do strength training exercise a day. Jangan membuat senaman kekuatan berlebihan dalam satu hari. Anda dicadangkan untuk membuat senaman dalam jangka masa yang panjang atau lebih kuat dari semasa ke semasa, tetapi lakukan secara berperingkat.
  • Kekalkan momentum. Anda boleh mengubah rutin apabila anda sudah bosan, tetapi jangan berputus asa pada habit senaman yang baru.  

Amaran dan Langkah berjaga-jaga lain.

Berhenti bersenam dan segera dapatkan pertolongan perubatan sekiranya anda mengalami simptom berikut: sakit dada, lemah, pening kepala, tekanan atau sakit dibahagian dada, leher, lengan, rahang atau bahu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    Jantung Lebih Sihat

    Tip Untuk Jantung Lebih Sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/04/2019 . 2 minit bacaan
    joging

    Joging untuk Badan yang Sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 06/09/2018 . 2 minit bacaan
    senaman jantung

    Nak Bersenam Tapi Ada Sakit Jantung, Ini 4 Cara Senaman Yang Sesuai Untuk Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 27/08/2018 . 2 minit bacaan
    exercise-affect-heart

    Bagaimana Senaman Mempengaruhi Jantung?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 05/04/2018 . 2 minit bacaan