backup og meta

Pandai Makan Tapi Tidak Tahu Kira Kalori Dalam Makanan? Mari Kami Bantu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 26/03/2022

    Pandai Makan Tapi Tidak Tahu Kira Kalori Dalam Makanan? Mari Kami Bantu!

    Kita semua pasti pernah terdengar atau terbaca mengenai kalori makanan.

    Lebih-lebih lagi jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan, doktor atau jurulatih kecergasan pasti akan selalu mengingatkan anda mengenai pengambilan kalori dalam makanan seharian anda.

    Mungkin ramai yang sudah sedia maklum bahawa kalori makanan adalah sesuatu yang tidak bagus untuk kesihatan kita jika diambil secara berlebihan.

    Cara untuk membuang atau menyingkirkannya daripada tubuh badan kita adalah membakarnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti joging.

    Persoalannya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kalori makanan? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Apa itu kalori makanan?

    kalori makanan

    Menurut kamus perubatan Medilexicon, kalori adalah satu unit kandungan yang terdapat dalam sesuatu jenis makanan atau minuman.

    Atau lebih tepat lagi, ia adalah jumlah tenaga yang diperolehi daripada makanan dan minuman yang akan kita perlukan untuk melakukan pekerjaan seharian dengan baik.

    Sebagai contoh, sebiji epal yang anda makan mempunyai sekitar 80 kalori.

    Selepas memakannya, anda perlu pergi ke satu destinasi dengan berjalan kaki selama 10 minit dan ia memerlukan sekurang-kurangnya 30 kalori untuk melakukannya.

    Jadi, sebiji epal sebenarnya lebih daripada cukup untuk membekalkan tenaga untuk anda melakukan sesuatu aktiviti seperti itu.

    Pun begitu, keperluan kalori adalah tidak sama bagi setiap individu.

    Mungkin ada yang memerlukan lebih kalori makanan atau kurang kalori makanan untuk melakukan sesuatu aktiviti.

    Ini semuanya akan bergantung kepada jantina, usia, tinggi, berat dan tahap aktiviti fizikal yang ingin dilakukan oleh seseorang individu itu. 

    Kalori mempunyai dua jenis yang anda perlu tahu, iaitu:

    • Kalori kecil (kal)
    • Kalori besar (Kal, Kcal)

    Anda juga perlu tahu bahawa 1 kalori besar (1Kcal) adalah bersamaan dengan 1.000 kalori kecil.

    Kebiasaannya, kalori yang tertera pada label makanan atau minuman yang anda beli adalah kalori besar, iaitu kilokalori (Kcal).

    Sebagai contoh, jika kalori makanan atau minuman itu tertulis mempunyai 250 kalori, sebenarnya ia mengandung 250.000 kalori.

    Dalam pada itu, kebanyakan individu beranggapan bahawa kalori hanya wujud dalam makanan dan minuman sedangkan kalori juga wujud pada setiap unit tenaga termasuklah batu-bata.

    Namun begitu, ia tidak akan mempunyai apa-apa nutrisi dan tidak ada gunanya jika manusia memakan atau mengambil bahan tersebut sebagai sumber makanan atau minuman.

    Baca juga:

    Apa itu kalori kosong?

    kalori makanan

    Kalori kosong adalah sejenis kalori yang berasal daripada lemak padat dan gula tambahan dalam sesuatu produk makanan atau minuman.

    Ia memiliki nilai nutrien yang sangat sedikit, tidak ada serat makanan, asid amino, antioksidan, mineral, atau vitamin yang sangat penting buat tubuh badan kita.

    Ia mungkin akan membuat rasa makanan menjadi lebih lazat tetapi akan meningkatkan risiko obesiti jika diambil secara tidak terkawal.

    Inilah dia jenis kalori yang sangat-sangat ditakuti dan diperangi oleh individu terutamanya yang sedang mengamalkan sesuatu diet.

    Antara contoh makanan dan minuman yang mengandungi kalori kosong adalah seperti berikut:

  • Aiskrim
  • Kek
  • Donut
  • Pastri
  • Selain itu segala makanan bergoreng, makanan segera dan makanan ringan juga mengandungi kalori kosong yang tinggi.

    Dan bagi minuman pula, minuman ringan, minuman isotonik dan minuman soda turut tinggi dengan kandungan kalori kosong.  

    Oleh itu, sudah tahu apa yang anda perlu ambil untuk mendapatkan diet yang seimbang? Jika anda masih ragu-ragu, sila terus ikuti artikel ini.

    Kalori dalam makanan kegemaran rakyat Malaysia

    kalori makanan

    Bagi rakyat Malaysia, terdapat beberapa jenis makanan yang sudah sebati dengan kita.

    Pun begitu, tidak ramai daripada kita yang tahu akan nilai kalori sebenar makanan-makanan tersebut.

    Berikut merupakan kalori dalam makanan kegemaran rakyat Malaysia.

    Nasi Lemak – 644 kalori

    Buat anda yang masih belum tahu, nasi lemak biasa yang dihidangkan bersama sambal ikan bilis, telur rebus dan kacang goreng itu sudah melebihi 600 kalori.

    Jadi, cuba bayangkan pula jika anda tambah dengan ayam goreng yang mempunyai kira-kira 290 kalori?

    Sebenarnya, tidak salah jika mahu mengambilnya sekali-sekala, cuma cuba elakkannya pada waktu makan tengah hari dan waktu malam.

    Roti Canai – 350 hingga 400 kalori

    Roti canai adalah makanan yang sudah sebati dengan masyarakat Malaysia.

    Namun begitu, adakah anda tahu bahawa sekeping roti canai sahaja sebenarnya mengandungi lebih banyak kalori berbanding sepinggan mi goreng?

    Dan bagi kebanyakan masyarakat kita pula, sekeping roti canai adalah tidak cukup buat mereka.

    Oleh itu, cuba kawal kuantiti dan kekerapan pengambilannya.

    Teh Tarik – 250 kalori

    Setiap kali singgah di kedai makan mamak, sudah pasti air seperti teh tarik dan seumpamanya akan menjadi pilihan pengunjung. Buat peminat teh tarik, tidak salah jika anda ingin mengambilnya.

    Cuma cuba minta pelayan restoran tidak meletakkan gula di dalam air anda. Mengurangkan gula dalam minuman dapat meningkatkan tahap kesihatan.

    Chicken Chop – 355 kalori

    Bagi peminat masakan barat, ini mungkin pilihan anda. Pun begitu, anda perlu tahu bahawa jumlah kalorinya adalah sangat tinggi.

    Jadi, apa kata anda beralih kepada ayam atau daging panggang yang jauh lebih rendah kalorinya iaitu kira-kira 260 kalori sahaja.   

    Piza – 280 kalori

    Ya, mungkin ia adalah makanan yang mudah untuk dipesan dan ia boleh dihantar sehingga ke depan pintu rumah atau pejabat anda!

    Pun begitu, anda perlu tahu bahawa sekeping piza sahaja sudah mempunyai sekitar 280 kalori. Bayangkan jika anda memakan 9 keping?

    Buat individu yang sedang memasang impian untuk kekal dan tampil langsing, cuba ambil jumlah kalori kira-kira 1,500 hingga 2,000 kalori sehari.

    Selain itu, gantikan minuman manis dengan air kosong yang tidak mempunyai sebarang kalori dan membantu anda lebih cepat kenyang.

    Dalam pada itu, lakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali seminggu okay!

    Hati-hati dengan pengambilan kalori makanan seharian

    kalori makanan

    Konklusinya, kalori adalah diperlukan sebagai sumber tenaga manusia untuk melakukan aktiviti. Pun begitu, ia perlu diambil sesuai dengan keperluan diri sahaja.

    Jika terkurang atau terlebih, akan berlaku masalah seperti kekurangan zat atau berat badan berlebihan.

    Bagi mengetahui BMR atau kadar metabolik basal anda, dapatkannya di Kalkulator BMR kami.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 26/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan