Namun, jangan paksa diri jika anda rasa penat. Senaman sepatutnya dilakukan secara perlahan-lahan mengikut kesesuaian.
Selain itu, senaman kekuatan akan menyebabkan otot anda mengalami koyakan kecil. Koyakan ini tidak berbahaya tetapi ia akan membuatkan otot jadi makin kuat setelah koyakan itu sembuh.
Pastikan anda beri masa sekurang-kurangnya 48 jam sebelum lakukan senaman kekuatan yang seterusnya.
1. Lakukan senaman squat!

Kepada mereka yang ingin melakukan senaman untuk menguatkan otot, squat merupakan senaman yang paling sesuai untuk anda.
Squat merupakan sejenis senaman yang boleh menguatkan banyak otot dalam satu masa. Anda boleh lakukan squat dengan cara:
- Berdiri dengan kaki yang dijarakkan. Pastikan anda letakkan tangan di sisi anda.
- Pastikan dada dan belakang anda berada dalam keadaan tegak.
- Perlahan-lahan, salurkan berat badan anda kepada buku lali dan bengkokkan lutut anda.
- Tekan bahagian tumit untuk berdiri.
- Kemudian, ulang senaman yang sama beberapa kali. Mudah bukan!
2. Plank untuk teras yang lebih kuat
Plank merupakan sejenis senaman yang amat bagus untuk menguatkan ketahanan dan keseimbangan badan anda.
Senaman ini juga boleh menguatkan otot pada bahagian belakang badan, dada dan bahu anda. Untuk melakukan senaman ini, anda perlu:
- Meniarap dengan lurus.
- Dengan perlahan-lahan, gunakan bawah lengan anda untuk angkat badan anda daripada lantai. Pastikan belakang anda dan bahagian betis juga diangkat dengan lurus.
- Cuba tahan posisi ini selama 30 saat.
3. Tekan tubi untuk otot lebih kuat!

Push up atau tekan tubi merupakan senaman yang sangat mudah untuk dilakukan. Untuk melakukan push up:
- Anda boleh bermula dengan posisi yang sama seperti plank, cuma kali ini gunakan tapak tangan anda untuk angkat badan anda.
- Perlahan-lahan, bengkokkan siku dan rendahkan badan anda hingga dada hampir menyentuh lantai.
- Tolak kembali badan anda ke posisi asal. Ulang gerakan yang sama sebanyak 8-12 kali.
4. Lakukan lunges untuk tambah kekuatan otot
Lunges juga merupakan senaman mudah yang anda boleh belajar untuk menguatkan otot pada kawasan bawah badan anda.
- Mulakan lunges anda dengan berdiri tegak. Langkah ke depan dengan kaki kanan dan pastikan kaki kanan anda berada dalam posisi 90 darjah.
- Rendahkan lutut pada kaki kiri anda hingga mencecah lantai. Pastikan belakang anda tegak. Kemudian, anda boleh tukar kaki dan lakukan senaman ini 10-12 kali.
Kesimpulan
Jika anda baru bermula, anda mungkin ingin pergi ke gimnasium untuk mendapatkan motivasi.
Jangan takut jika anda ingin menggunakan peralatan baru. Jika anda rasa rendah diri, anda perlu tahu bahawa kebanyakan orang di gimnasium terlalu sibuk dan tidak sempat untuk memerhatikan kawasan sekeliling.
Dan juga, tidak ada masalah jika anda pilih untuk bersenam di rumah. Malah, jika anda bersenam di rumah, anda boleh lakukan senaman pada bila-bila masa.
Kosnya juga rendah dan anda dapat bersenam di dalam satu ruang yang privasi. Tidak ada lagi masalah mata-mata yang memandang jika anda seorang yang pemalu.
Lakukan senaman kekuatan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Senaman ini merupakan cara yang terbaik untuk mendapatkan badan yang kurang lemak dan lebih tegap.
Paling penting sekali, kekalkan disiplin anda! Pastikan anda kekal bermotivasi dan jadikan senaman ini sebagai rutin harian anda.