Nak Urut Tapak Kaki Pasangan? Jom Belajar Urutan Refleksologi Kaki, 15 Minit Saja!

    Nak Urut Tapak Kaki Pasangan? Jom Belajar Urutan Refleksologi Kaki, 15 Minit Saja!

    Teringin nak cuba urutan refleksologi kaki, tapi tak ada masa untuk berjumpa profesional? Jangan risau, ada beberapa jenis urutan mudah yang anda boleh lakukan sendiri di rumah!

    Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan satu cara urutan mudah yang sesiapa pun boleh lakukan, termasuklah anda! Malah, urutan ini juga tidak perlukan masa yang lama – 15 minit sudah cukup!

    Jika anda ingin manjakan diri sendiri atau pasangan, urutan refleksologi kaki ini adalah cara yang terbaik untuk pastikan anda rasa lebih relaks dan tenang.

    Lagipun, urutan refleksologi sememangnya bertujuan untuk menghilangkan stres dan menenangkan fikiran! Nak cuba? Jom, teruskan pembacaan anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Apakah maksud refleksologi kaki?

    refleksologi kaki

    Refleksologi merupakan sejenis urutan holistik yang dilakukan pada kawasan kaki. Urutan ini dipercayai dapat mengurangkan stres dan mengembalikan keseimbangan badan, tenaga dan minda.

    Teori di sebalik urutan ini adalah wujudnya kawasan atau titik tertentu pada kawasan tapak kaki yang bersambung dengan organ dan sistem badan.

    Sebarang tekanan yang diaplikasikan pada titik tersebut boleh menjadi penawar atau memulihkan masalah kesihatan tertentu. Malah, ahli urutan refleksologi juga akan menggunakan carta tertentu sebagai panduan.

    Refleksologi kaki merupakan antara urutan yang paling popular. Beberapa kajian mendapati urutan ini dapat mengurangkan kesakitan dan simptom psikologikal seperti tekanan perasaan dan kegelisahan.

    Lagipun, siapa yang tidak suka diurut? Bayangkan, betapa seronok dan leganya rasa jika ada orang urut-urut kawasan tapak kaki! Fuh, terubat terus segala tekanan dan stres yang dialami!

    Barang yang anda perlukan sebelum bermula

    Sebelum memulakan urutan, ada beberapa barang yang mungkin diperlukan untuk menjadikan pengalaman ini lebih menyenangkan:

    1. Minyak atau krim. Pilih minyak yang berbau wangi atau minyak kelapa untuk pastikan anda sentiasa relaks. Anda juga boleh urut tanpa sebarang minyak. Tidak ada masalah!
    2. Pusing-pusingkan kaki ke kanan dan kiri beberapa kali untuk mengurangkan kekejangan.
    3. Pada kawasan tapak kaki, cuba buat gerakan ‘berjalan’ dengan jari dari tumit hingga hujung jari kaki. Teknik yang dikenali sebagai ‘thumb walking’ ini dapat merangsang kawasan refleks.

    Sebelum bermula, pastikan anda telah meminta nasihat doktor jika mempunyai sebarang penyakit kronik. Buat masa ini, refleksologi tidak dapat memulihkan kanser. Walau bagaimanapun, ia mungkin dapat membantu pesakit rasa lebih tenang dan relaks.

    Baca juga:

    Nak cuba urutan refleksologi kaki? Jom, 15 minit sahaja!

    refleksologi kaki
    Carta titik refleksologi yang boleh ditekan semasa mengurut.

    Sebenarnya, anda juga boleh lakukan urutan refleksologi sendiri di rumah. Malah, ada sejenis urutan mudah yang membolehkan anda tidur dengan lebih lena!

    Nak cuba? Boleh… Tetapi, rujuk dahulu carta refleksologi untuk kenal pasti titik yang penting untuk merangsang tidur.

    Jom, ikuti langkah-langkahnya di bawah:

    1. Pastikan kaki berada dalam keadaan relaks. Cuba picit-picit kaki pasangan beberapa kali. Kemudian, tekan titik solar plexus (rujuk carta: ia sepatutnya terletak di atas tengah tapak kaki) dengan ibu jari selama 5 hingga 10 saat.
    2. Jika anda mempunyai masalah kesihatan tertentu, anda boleh rujuk titik di bawah:
    • Pada hujung setiap jari kaki – Kawasan kepala dan otak. Ia dapat membantu mengurangkan stres
    • Tengah-tengah ibu jari – Kelenjar pituitari. Merangsang rembesan hormon badan
    • Di luar kawasan ibu jari kaki – Kelenjar pineal. Merangsang rembesan melatonin yang mengawal kitaran tidur
    • Hujung jari kaki – Kawasan leher dan bahu. Dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan tekanan

    Jika anda ingin merangsang kawasan lain, cuba rujuk semula carta refleksologi dan tekan titik yang berkaitan.

    Refleksologi kaki, urutan terbaik untuk bantu anda relaks

    refleksologi kaki

    Tidak dinafikan, refleksologi merupakan satu urutan yang sangat menenangkan.

    Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai faedah lain terhadap kesihatan. Antaranya:

    1. Dapat membantu anda tidur dengan lebih lena. Reflekslogi sudah lama terbukti dapat menenangkan minda. Malah, ia juga mungkin dapat memulihkan masalah tidur seperti insomnia dan memperbaiki ritma sirkadian supaya pola tidur lebih teratur.
    2. Meningkatkan peredaran darah. Urutan ini juga dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Peredaran darah yang lebih baik dapat membantu organ berfungsi dalam kondisi yang paling optimum.
    3. Mengurangkan sakit kepala. Refleksologi juga dapat mengurangkan migrain. Disebabkan stres dapat menyebabkan pening kepala, ia mungkin dapat diatasi dengan urutan ini.
    4. Mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil atau datang haid. Refleksologi dapat membuatkan wanita rasa lebih tenang. Ia juga dapat membantu proses penyembuhan selepas bersalin.

    Banyak kan kebaikan refleksologi kaki untuk kesihatan! Jadi, anda juga boleh lakukannya kepada pasangan, terutamanya jika mereka sedang tertekan atau sukar untuk tidur malam.

    Bukan itu sahaja, anda juga boleh lakukannya pada tapak kaki si manja untuk bantu mereka tidur dengan lebih lena!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/01/2023

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan