Tiada Jaminan Selamat- Sebelum Dijangkiti, Sediakan 4 Perkara Ini Dulu: FIRST AID COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/05/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Jika anda mematuhi perintah kawalan pergerakan, amal jarak sosial dan kerap membasuh tangan, tahniah, anda merupakan penyumbang kepada usaha negara untuk menghentikan penularan wabak.

Namun, tidak dapat dinafikan langkah tersebut, walaupun penting untuk dilaksanakan, tapi tidak mencukupi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi wabak virus korona baharu (COVID-19).

Tiada jaminan 100% yang anda akan terhindar daripada jangkitan wabak COVID-19.

Terkini, di Malaysia, jumlah mereka yang telah dijangkiti adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Jika anda disahkan positif kelak, anda memerlukan pelan tindakan kecemasan peribadi (pelan COVID-19) bagi memastikan urusan anda tetap berjalan dengan lancar.

Mengapa perlu pelan COVID-19 peribadi?

Sama seperti konsep belajar sebelum peperiksaan, perancangan pelan COVID-19 yang dibuat awal boleh mengelakkan keresahan hati sepanjang kita berada dalam situasi wabak.

Menurut Dr Cynthia M Stonnington, Pengerusi Psikologi dan Psikiatri di Mayo Clinic, langkah membuat perancangan awal merupakan satu tindakan yang bijak.

Ia boleh memberikan perspektif kepada individu berkenaan dengan perkara yang boleh dikawal dan perkara yang tidak boleh dikawal.

Jika anda merancang untuk memikirkan langkah seterusnya hanya setelah anda dijangkiti oleh virus, keputusan yang dibuat boleh dipengaruhi oleh emosi.

Ahli keluarga yang lain mungkin tidak dapat memikirkan tindakan yang perlu mereka ambil. 

Penyelesaian kepada dilema tersebut adalah dengan membuat perancangan pelan COVID-19 lebih awal. 

Pastikan anda tahu berkenaan dengan simptom teruk jangkitan COVID-19

covid

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebanyakan individu yang dijangkiti oleh virus korona baharu mengalami simptom ringan yang boleh dirawat di rumah.

Namun, apabila kita mahu membuat pelan COVID-19 lebih awal, anda perlu memikirkan berkenaan dengan simptom teruk jangkitan wabak.

Mereka yang dijangkiti boleh menunjukkan gejala seperti berikut:

  1. Demam panas
  2. Batuk
  3. Selesema
  4. Kelesuan/ keletihan melampau
  5. Sesak nafas
  6. Loya
  7. Muntah
  8. Cirit birit

Artikel berkaitan:

Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

Mereka yang mengalami simptom teruk pula boleh menunjukkan gejala seperti berikut:

  1. Sakit pada bahagian dada
  2. Bibir atau muka menjadi biru
  3. Kekeliruan mental
  4. Pengsan
  5. Sukar bernafas

Anda perlu mengetahui simptom teruk bagi mengetahui bila masa yang sesuai untuk mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.

Oleh sebab kebanyakan kes di hospital merupakan kes COVID-19 teruk, maka tempat tersebut perlu dielakkan selagi mana anda tidak mempunyai gejala teruk. 

Perkara ini perlu dimasukkan dalam pelan COVID-19 anda.

Sekiranya anda ragu dan mengesyaki diri anda dijangkiti, hubungi segera talian pertanyaan COVID-19 dan kuarantinkan diri.

Intipati pelan COVID-19 anda

pelan covid

Seperti pelan tindakan kecemasan yang lain, penghasilan pelan COVID-19 boleh dibuat berdasarkan kepada 3 langkah utama:

  1. Perbincangan berkenaan dengan intipati pelan COVID-19.
  2. Pemberian tugas kepada ahli keluarga yang terlibat; siapa perlu menghubungi kecemasan dan siapa perlu menjaga pesakit.
  3. Jika perlu, buat demonstrasi bagaimana situasi tersebut perlu dilaksanakan.

Pastikan anda menulis atau mencetak pelan tersebut. Gantungkan di mana-mana sudut rumah supaya ia mudah diakses. 

Jangan simpan pelan COVID-19 di dalam telefon/komputer bagi mengelakkan masalah jika berlaku bekalan elektrik terputus atau kehabisan bateri telefon.

Ini intipati pelan COVID-19 anda.

1. Bawa dokumen berkaitan sejarah kesihatan anda

Tiada siapa yang boleh teka akan mengalami simptom teruk. Apabila berlakunya keadaan tersebut anda mungkin akan mengalami kekeliruan mental.

Akibatnya, keluarga anda terpaksa memberitahu sejarah perubatan anda. Mereka mungkin terlepas pandang beberapa perkara seperti alergi dan sebagainya.

Oleh itu, penting untuk membawa kertas yang melampirkan sejarah perubatan anda ke mana sahaja anda berada. 

Intipati pelan COVID-19 pertama ini lebih memfokuskan keadaan di mana anda tiba-tiba rebah pada kawasan yang tiada siapa mengenali anda.

Sejarah kesihatan yang ditulis di atas sehelai kertas boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam dompet.

Tulis berkenaan dengan senarai ubat dan dos, sejarah alergi, kontak rapat jika anda. 

Jika anda meletakkan dokumen tersebut di rumah, pastikan ahli keluarga anda tahu di mana lokasinya. 

Jika berlaku kecemasan, mereka boleh membawa dokumen tersebut dan menyerahkannya kepada pegawai kesihatan yang merawat.

2. Perkuatkan sistem sokongan sosial dengan individu lain 

pelan covid

Jika anda masih bujang, pastikan anda menghubungi rakan terdekat anda untuk meminta bantuan.

Pelan COVID-19 kedua lebih memfokuskan kepada aspek sokongan sosial. Buat kumpulan maya di aplikasi Whatsapp dan sebagainya.

Pastikan jarak tempat tinggal ahli kumpulan tidak jauh dan jika berlaku sebarang kecemasan, anda atau rakan anda boleh tampil memberikan dokumen berkaitan.

Berikan kunci pendua kepada mereka dan beritahu lokasi spesifik dokumen yang telah anda sediakan.

Jika anda atau ahli kumpulan lain sakit, agihkan tugas, siapa yang akan memberitahu keluarga, siapa yang akan membelikan makanan dan sebagainya.

Kerjasama di antara ahli sememangnya penting bagi mengharungi wabak virus korona baharu.

3. Rekodkan keperluan keluarga di dalam pelan COVID-19 anda 

Jika anda mempunyai anak kecil, amat penting untuk anda mempertimbangkan siapa yang boleh tolong untuk menjaga mereka semasa anda sedang sakit.

Walaupun kadangkala tindakan isolasi akan dibuat di rumah, kontak rapat di antara ahli keluarga harus diminimumkan.

Ini bermakna, anda tidak dapat menjaga keluarga anda seperti ketika anda sihat.

Baca juga:

Tulis juga di dalam pelan COVID-19 anda berkenaan dengan keperluan haiwan peliharaan anda sekiranya anda mempunyai kucing atau anjing.

Minta tolong daripada jiran atau ahli kumpulan anda dan berikan mereka kunci rumah sekiranya perlu. 

4. Buat pelan COVID-19 tambahan sekiranya anda ada penyakit kronik

telefon

Jika anda mempunyai penyakit kronik, mungkin sukar untuk mendapatkan bekalan ubat di klinik kerajaan atau hospital pada waktu ini.

Anda perlu menelefon pihak terlibat dan dapatkan maklumat berkenaan dengan perubahan perkhidmatan tersebut.

Tanya berkenaan dengan simptom dan perkara yang perlu anda jaga sekiranya bekalan ubat atau perkhidmatan perubatan diberhentikan sementara waktu.

Konklusi

Persiapan awal dapat menyediakan anda menghadapi wabak virus korona baharu yang semakin agresif saban hari.

Di Malaysia, perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga hujung April 2020 bagi melindungi rakyat daripada ancaman wabak COVID-19.

Jika anda masih belum menulis pelan COVID-19 anda sendiri, mulakannya sekarang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup #HelloDoktor #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

    Pesan penghantaran makanan secara online, salah satu cara pencegahan yang relevan ketika COVID-19. Ikuti 10 langkah selamat untuk order makanan online.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

    Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

    Mesti stres kalau kena buang kerja semasa PKP kan? Ekonomi masih lagi terjejas dan kini anda tidak tahu bagaimana nak move on. Ketahui 11 cara mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    pelitup muka

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan