Masih Belum Terlambat Untuk Mencegah, Ada 16 CARA BERKESAN Elak Jangkitan COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/02/2021 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Kes semakin meningkat, apa yang perlu dilakukan sebagai cara elak covid-19? Haaa…teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui langkah mengekang penularan coronavirus.

Berikut merupakan bilangan semasa kes positif COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

293,698

Disahkan

9,196

Sembuh

1,100

Kes Kematian
Peta sebaran

Cara elak Covid dengan 11 perkara ini 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung dari 18 hingga 31 Mac 2020. Disebabkan kes positif semakin meningkat, PKP dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Sepanjang tempoh itu, apakah yang boleh dilakukan untuk membendung penularan wabak COVID-19 ini?

Sebenarnya ada banyak cara elak covid yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada diri dan juga keluarga. Ingin tahu bagaimana?

Berikut Hello Doktor kongsikan 11 perkara yang patut anda lakukan bagi mengekang penularan wabak ini:

  1. Cara cegah covid – Basuh tangan

Pastikan anda membasuh tangan sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat, setiap kali mencuci. Penggunaan sabun dan air adalah pilihan terbaik. Namun, gel pembersih tangan dengan kandungan paling kurang 60% alkohol juga membantu.

cara elak covid

Cucikan tangan anda:

  • Sebelum memasak atau makan
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas menghembus hingus, batuk atau bersin
  1. Cara cegah covid – Fahami simptomnya

Kebanyakan individu yang positif COVID-19 mengalami beberapa simptom. Ia kelihatan seperti mengalami flu, iaitu:

  • Demam
  • Batuk 
  • Sesak nafas

Namun, kebanyakan kes jangkitan tidak bermula dengan masalah hidung berair.

hindari-jangkitan-covid-19

  1. Lebih penjagaan

Jika anda berusia 60 tahun dan ke atas serta berdepan beberapa masalah kesihatan, pastikan anda melakukan lebih penjagaan. Ini untuk membantu mengekang penularan jangkitan wabak ini. 

Individu termasuk dalam golongan berisiko tinggi seperti golongan dewasa berusia dan mereka yang mengalami penyakit jantung, masalah pernafasan kronik serta diabetes, memerlukan lebih penjagaan dalam menghindari jangkitan Covid-19.

  1. Elakkan perjalanan

Sebaiknya jika tidak penting atau bukan melibatkan masalah perubatan, elakkan daripada melakukan perjalanan sama ada ke luar negara mahupun tempat yang berisiko walaupun hanya antara negeri.

Baca juga:

4 Individu Ini LEBIH Berisiko Terkena COVID-19, Info Lengkap Virus Korona Anda Wajib Tahu!

  1. Kawalan diri

Jika anda mahupun ahli keluarga tidak sihat, sebaiknya lakukan kuarantin selama 14 hari, ia merupakan antara cara cegah covid. Pastikan anda mempunyai bekalan makanan, ubatan serta keperluan diri yang mencukupi untuk sepanjang tempoh tersebut. 

  1. Jarak sosial

Sukar untuk memastikan sama ada seseorang individu itu mempunyai simptom jangkitan atau tidak, bukan? Jadi langkah terbaik adalah melalui amalan jarak sosial sebagai cara elak covid.

  1. Utamakan kesihatan

Walaupun anda mungkin sedang berada dalam tempoh PKP, namun itu tidak bermakna aspek kesihatan secara keseluruhan harus diabaikan. Pastikan anda mengamalkan diet pemakanan seimbang dan cuba untuk bersenam, walaupun dengan hanya naik turun tangga di rumah.

  1. Cara cegah covid – Ikut protokol

Jika anda mungkin mempunyai simptom seperti demam, batuk dan juga masalah pernafasan, lakukan pemeriksaan segera. Tetapi jangan terus menyerbu sebarang hospital, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya, hubungi hospital atau pusat perubatan berhampiran dan fahami protokol penyakit menular yang perlu anda ikuti. Ia adalah 1 cara baik untuk membendung penularan dan menghindari jangkitan COVID-19 kepada individu lain.

  1. Cara cegah covid – Tabiat ketika bersin, batuk

Ketika bersin atau batuk, tutup dengan bahagian siku anda atau gunakan tisu dan buangkannya selepas digunakan. Ia bukanlah sekadar 1 amalan untuk mengekang penularan wabak semata-mata, tetapi ia adalah tabiat yang harus menjadi amalan setiap masa. 

  1. Cara elak covid – Penggunaan topeng muka

Sebagai cara cegah covid untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain, penggunaan topeng muka amatlah digalakkan. Ini membantu mengelakkan individu lain daripada turut dijangkiti wabak yang sama.

Namun, cara pemakaian yang salah mungkin boleh menjadi faktor jangkitan. Jadi pastikan anda mengetahui etika pemakaian topeng muka yang betul, okay?

cara elak covid

  1. Cara elak covid – Kebersihan rumah

Pastikan setiap ahli keluarga anda tahu cara penjagaan kebersihan yang betul. Berdasarkan kajian, virus ini boleh hidup pada permukaan untuk tempoh berjam-jam malahan sehingga beberapa hari.

Bagi menghindari jangkitan COVID-19, amalan penjagaan kebersihan adalah penting, sama ada melibatkan diri atau kebersihan kawasan rumah anda

Cara cegah covid – 5 perkara ini harus dielakkan 

  1. Menyentuh muka

Elakkan menyentuh muka, hidung mahupun mulut. Ini kerana jika anda mempunyai kontak dengan virus, tabiat menyentuh muka akan membolehkan virus memasuki badan anda. 

  1. Memakai topeng muka

Ya, anda memang digalakkan untuk memakai topeng muka. Tetapi hanya jika anda sakit dan ia membantu melindungi individu lain daripada dijangkiti sama. 

Walau bagaimanapun, jika anda sihat, pemakaian topeng muka tidak begitu diperlukan. Ia kerana disebabkan faktor permintaan yang tinggi, maka penjualan topeng muka semakin terhad.

Pemakaian topeng muka lebih diperlukan oleh pihak dan individu tertentu seperti petugas perubatan atau mereka yang bekerja di hospital serta individu sakit. Jangan mementingkan diri, okay?

Baca juga:

  1. Jangan panik

Elakkan daripada panik. Sebaliknya lakukan langkah pencegahan dengan sebaiknya. Kerap mencuci tangan anda dan amalkan langkah pencegahan lain.

  1. Jangan keluar rumah

Memandangkan sekarang dalam tempoh PKP, maka anda disarankan hanya keluar jika terdapat keperluan. Sekiranya boleh, elakkan penggunaan pengangkutan awam untuk mengekang penularan wabak. 

  1. Elakkan bersama individu lain

Jika anda disyaki sebagai individu yang mungkin positif COVID-19 atau PUI, jangan pentingkan diri. Sebaliknya lakukan kuarantin diri untuk tempoh 14 hari. Maklumkan kepada ahli keluarga untuk mengelakkan sebarang kerisauan.

Lakukan bersama

Untuk menghindari jangkitan COVID-19 ini, ia adalah satu tanggungjawab bersama yang memerlukan kesedaran dalam diri setiap individu. 

Kami di Hello Doktor memohon kerjasama setiap individu bagi sepanjang tempoh PKP ini. Bersama kita berganding bahu dalam mengekang penularan wabak ini. Kita boleh lakukannya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tinggalkan Hand Sanitiser Di Dalam Kereta, Masih Boleh Guna Atau Sudah Tidak Berkesan?

Susah untuk membasuh tangan dan lebih suka gunakan pensanitasi tangan? Pastikan anda tahu bila anda perlu beli botol baharu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 21/01/2021 . 3 minit bacaan

Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Baru-baru ini, isu berkenaan dengan vaksin virus korona baharu hangat diperbincangkan di laman media sosial. Benarkah ada kesan sampingan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19, Penyakit Berjangkit 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

Pilihan raya semasa musim coronavirus COVID-19 yang pernah dijalankan di Sabah mengajar kita akan kepentingan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19, Penyakit Berjangkit 19/11/2020 . 4 minit bacaan

Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

Penggunaan penutup mulut dan hidung amat penting bagi memerangi wabak koronavirus. Kini, ramai yang guna pelindung muka. Jadi, mana satukah yang lebih elok?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
COVID-19, Penyakit Berjangkit 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
tahun baru cina

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
vaksin virus

Masih Lagi Berkisar Vaksin COVID-19, Mana Satu Keluaran Yang Lebih Baik; Moderna Atau Pfizer?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan