Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

JANGAN PANIK! Kalau Anda BUAT 5 Tip Ini Dengan Tepat, Wabak COVID-19 Boleh Berakhir!

JANGAN PANIK! Kalau Anda BUAT 5 Tip Ini Dengan Tepat, Wabak COVID-19 Boleh Berakhir!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Bermacam-macam jenis tip dan nasihat telah diberi bagi mengelak penularan wabak virus korona baharu (wabak COVID).

Namun masih terdapat individu yang tak bertanggungjawab, degil dan berkeras tidak mahu menyambut nasihat yang diberi.

Sifat tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja boleh mengundang padah pada diri, malah keluarga dan sahabat handai.

Setakat ini, Malaysia mempunyai statistik kes seperti berikut:

Melihat kepada keadaan global yang semakin teruk, kami di Hello Doktor ingin menekankan semula tip berkesan bagi menghadapi wabak COVID 19 yang semakin tular.

1. Basuh tangan secara kerap untuk elak wabak COVID-19

Amalan cuci tangan dengan betul berada di kedudukan pertama untuk mencegah wabak COVID 19 ini daripada terus menular.

Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah setiap individu kerap mencuci tangan terutamanya setelah mengendalikan sesuatu.

Teknik basuhan itu mestilah menurut langkah yang disarankan dan ia perlu dibuat sekurang-kurangnya 20 saat dengan air dan sabun.

Jika tiada air dan sabun, anda boleh hand sanitizer, tapi pastikan kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%.

Manusia menyentuh muka pada purata 23 kali sejam dan hampir separuh daripada tindakan itu melibatkan sentuhan di hidung, mata dan mulut.

Justeru, amalan cuci tangan secara kerap dapat menghindarkan jangkitan dengan lebih efektif.

2. Bersihkan permukaan dapur secara kerap untuk basmi wabak COVID-19

virus korona

Percaya ataupun tidak, permukaan dapur lebih kotor berbanding lantai dari sudut kehadiran bakteria dan virus.

Perkara ini dibuktikan oleh seorang Profesor Mikrobiologi di Universiti Arizona, Dr Charles Gerba.

Sentuhan yang banyak terjadi di dapur boleh menyebabkan benda yang disentuh menjadi tercemar dengan virus (fomit).

Hal ini boleh membuatkan wabak COVID mudah menular!

Menurut kajian Dr Charles, walaupun anda sering mengelap kabinet dapur, ia mudah tercemar dengan bahan masakan mentah seperti ayam, daging dan ikan semasa proses penyediaan makanan.

Jika anda ingin membersihkan permukaan dapur bagi mengelak wabak COVID, gunakan sabun antiseptik.

Jika tiada, gunakan apa-apa jenis sabun pencuci sedia ada. Tindakan tersebut dianggap sudah memadai memandangkan virus korona sangat sensitif dengan sabun.

3. Cara melancong dengan selamat semasa berlakunya wabak COVID-19

wabak covid

Oleh sebab WHO telah mengisytiharkan wabak COVID sebagai jangkitan pandemik, lebih baik anda batalkan perancangan untuk melancong.

Namun, jika negara yang anda ingin pergi tidak mempunyai kes positif virus korona, WHO menyarankan agar anda:

  • Cuci tangan dengan kerap. Bawa hand sanitizer ke mana-mana
  • Pastikan anda berada dalam jarak sekurang-kurangnya 2 meter daripada individu yang bersin atau batuk.
  • Ambil tahu nasihat khusus pelancongan dari badan kesihatan tempatan
  • Ikut saranan yang diusulkan Kementerian Kesihatan Malaysia atau WHO jika ia melibatkan pelancongan antarabangsa

Langkah paling efektif? Batalkan pelan pelancongan anda dan luangkan masa di rumah bersama dengan keluarga.

Jika tiada keperluan, usah pentingkan diri sendiri. Ambil langkah selamat.

4. Kekal selamat di tempat kerja atau sekolah daripada wabak COVID-19

wabak covid

Bagi sesetengah pekerjaan, kontak rapat dengan individu lain tak boleh dielak.

Jika anda bekerja sebagai doktor, anda berisiko untuk dijangkiti oleh wabak COVID. Namun, dengan langkah pencegahan yang betul, jangkitan virus korona dapat dielak.

Jika tempat kerja anda tak mengeluarkan arahan untuk bekerja di rumah, pastikan anda membersih barang peribadi dan peralatan yang diguna secara kerap.

Jika anda berasa bimbang, rujuk pihak atasan syarikat anda.

Ambil tahu sekiranya mereka mempunyai pelan tindak balas sekiranya berlaku jangkitan di dalam pejabat.

Risiko anda untuk mendapat wabak COVID terutamanya tinggi sekiranya anda menaiki kenderaan awam.

5. Apa anda perlu buat jika ada simptom selesema? Wabak COVID-19 ke?

wabak covid

Kunci kepada perkara ini adalah jangan panik.

Anda perlu tahu apabila anda mempunyai simptom yang melibatkan saluran pernafasan, ia boleh disebabkan oleh jangkitan virus lain.

Ambil langkah berikut bagi mengurangkan risiko penularan dan komplikasi:

[mc4wp_form id=”115319″]

Konklusi

Wabak COVID dijangkakan akan terus agresif sehingga penghujung tahun 2020. Jika ia benar, maka setiap individu perlu berhati-hati dan lebih peka terhadap isu semasa berkaitan dengan virus ini.

coronavirus

Ahli akademik di seluruh dunia sedang berusaha mencipta vaksin bagi menangkis serangan wabak COVID.

Kami dari laman sesawang Hello Doktor mendoakan yang terbaik untuk para pembaca dan diharap anda menjaga kesihatan tidak kira di mana jua anda berada.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. SCIENTIST AT WORK: CHARLES GERBA; On Germ Patrol, at the Kitchen Sink. (https://www.nytimes.com/1999/02/23/health/scientist-at-work-charles-gerba-on-germ-patrol-at-the-kitchen-sink.html). Diakses pada 13 Mac 2020.
  2. Why you CAN eat food after it’s been dropped on the floor: Doctor busts the five-second rule myth (and reveals the kitchen counter is much dirtier). (https://www.dailymail.co.uk/femail/food/article-3837850/Why-eat-food-s-dropped-floor-Doctor-busts-five-second-rule-myth.html). Diakses pada 13 Mac 2020.
  3. A chemistry professor explains: why soap is so good at killing COVID-19. (https://www.weforum.org/agenda/2020/03/coronavirus-soap-covid-19-virus-hygiene/). Diakses pada 13 Mac 2020.
  4. Getting your workplace ready for COVID-19. (https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/getting-workplace-ready-for-covid-19.pdf). Diakses pada 13 Mac 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 17/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung