Lepas Balik Kerja Atau Balik Beli ‘Grocery’, JANGAN Lupa Lap Handphone, Takut COVID-19 ‘Melekat’!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/11/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Apabila wabak COVID-19 mula melanda, ramai di antara kita yang sudah mula mengambil berat berkenaan soal kebersihan diri dan sekeliling.

Ada yang mula mencuci tangan dengan kerap, mula memakai topeng mulut dan hidung malah ada juga yang bertindak melakukan pembasmian kuman pada barang yang dibeli walaupun ia sebenarnya tidak perlu.

Artikel berkaitan:

Ada yang lebih ekstrem, mencuci sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang dibeli dengan menggunakan sabun, kononnya untuk menyingkirkan virus COVID-19.

Dalam kesibukan mencuci barangan seperti itu, ada satu benda yang mungkin anda terlepas pandang untuk dibersihkan. Apakah barangan tersebut?

Ia adalah telefon bimbit anda.

Walaupun telefon anda kelihatan bersih, hakikatnya ia tidaklah seperti yang disangkakan. Bagaimana untuk membersihkan telefon bimbit? 

Sebelum itu, lihat statistik di bawah ini untuk mengetahui perkembangan semasa kes COVID-19 di Malaysia.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

293,698

Disahkan

9,196

Sembuh

1,100

Kes Kematian
Peta sebaran

Mengapa saya perlu bersihkan telefon bimbit?

Virus COVID-19 ini boleh bertahan hidup dalam persekitaran yang memiliki suhu bilik. Tempoh kelangsungan hidup virus ini juga bergantung kepada permukaan tempat ia berada seperti besi, kaca, seramik dan juga plastik.

Berikut adalah tempoh masa virus ini boleh terus hidup pada permukaan tertentu.

bersihkan telefon

Bagaimana pula virus ini boleh berada pada telefon bimbit?

Ia boleh terjadi dalam dua keadaan.

  1. Apabila telefon bimbit anda terkena titisan cecair daripada seseorang yang telah dijangkiti COVID-19 seperti batuk dan bersin.
  2. Apabila virus tersebut berpindah daripada tangan anda setelah menyentuh permukaan-permukaan tertentu di tempat awam seperti tombol pintu, butang lif dan lain-lain lagi.

Oleh itu, terdapat kemungkinan telefon bimbit anda juga mempunyai virus COVID-19 ini sekiranya anda tidak mencuci tangan selepas menyentuh sesuatu permukaan. Begitu juga apabila anda berada berhampiran dengan mereka yang dijangkiti.

Tetapi ingat, tangan anda juga bukanlah punca terbesar virus ini berpindah ke telefon anda. Ia juga mungkin berpindah dari wajah anda sewaktu anda membuat panggilan telefon

Bagaimanakah cara untuk bersihkan telefon bimbit saya?

Sebelum mula mencuci telefon secara semberono, anda disarankan untuk merujuk kembali kepada laman web pengeluar atau pengilang telefon bimbit anda.

Kadangkala, pengeluar akan memberikan arahan khusus berkenaan cara terbaik mencuci telefon bimbit agar ia tidak merosakkan telefon.

Selain itu, anda juga mungkin boleh melihat kepada kotak atau manual penggunaan telefon bimbit tersebut berkenaan cara bersihkan telefon.

Artikel berkaitan: Nak Elak Coronavirus? Lepas Pegang 8 Benda Ini, Ajar Anak Cuci Tangan Dengan Betul!

Bagi kebanyakan telefon bimbit, berikut merupakan antara kaedah umum untuk bersihkan telefon agar ia lebih bersih dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan:

  1. Tanggalkan kesemua plug atau kabel terlebih dahulu.
  2. Gunakan kain yang lembut sahaja.
  3. Jangan sesekali menggosok telefon bimbit dengan cara yang kasar.
  4. Jauhkan telefon bimbit daripada sebarang cecair.
  5. Pastikan tiada sebarang cecair atau kelembapan daripada memasuki mana-mana lubang pada telefon.
  6. Jangan gunakan semburan aerosol dan cecair peluntur kerana ia boleh menghakis telefon bimbit anda.

Bahan apakah yang boleh digunakan untuk bersihkan telefon bimbit saya?

Bukan semua bahan pencuci boleh digunakan untuk mencuci telefon kerana sifat telefon itu yang sangat sensitif.

Anda perlu menggunakan produk berasaskan alkohol kerana cecair sabun biasa boleh menyebabkan kerosakan pada telefon anda.

Selain mencuci telefon, berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mencegah jangkitan COVID-19.

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Hello Doktor 发布于 2020年1月31日周五

Antara bahan yang boleh digunakan untuk tujuan mencuci telefon ialah ethanol, isopropyl alcohol, hydrogen peroxide dan juga sodium hypochlorite.

Namun, daripada kesemua jenis bahan tersebut, isopropyl alcohol adalah bahan yang paling kurang berbahaya terhadap salutan oleophobic yang terdapat pada telefon bimbit anda.

Oleophobic adalah salutan yang membolehkan anda menyentuh skrin telefon tanpa perlu meninggalkan banyak kesan cap jari selain membolehkan anda mencuci skrin dengan lebih mudah. 

Anda boleh menggunakan produk yang mengandungi kandungan isopropyl alcohol seperti tisu basah atau alcohol swab untuk bersihkan telefon anda.

Jadikan produk berasaskan ethanol dan hydrogen peroxide sebagai pilihan terakhir untuk bersihkan telefon bimbit. Ini kerana, jika anda menggunakan kedua-dua bahan ini dengan kerap, ia boleh merosakkan lapisan oleophobic tersebut.

Berapakah kepekatan kandungan alkohol yang sesuai digunakan?

mencuci telefon

Kepekatan kandungan alkohol yang paling sesuai untuk bersihkan telefon anda adalah antara 70% hingga 80%. 

Alkohol tulen dengan kandungan 100% alkohol akan meruap dengan sangat cepat, oleh itu ia tidak sesuai untuk digunakan.

Untuk hasil yang terbaik, larutan alkohol perlulah berada pada permukaan telefon selama sekurang-kurangnya 1 minit.

Artikel berkaitan: MENGEJUTKAN! Alkohol & Suhu Tinggi Boleh Bunuh Virus Korona Baharu?

Walau bagaimanapun, bagi kepekatan alkohol yang lebih rendah daripada itu, ia mungkin tidak berkesan dalam membunuh virus. Oleh itu, pastikan bahawa produk yang anda gunakan mempunyai kepekatan kandungan alkohol sekurang-kurangnya 70%.

Kesimpulan

Jangan terkejut jika kami nyatakan kepada anda kuman yang berada pada telefon bimbit anda sebenarnya lebih banyak berbanding tempat duduk tandas di rumah anda.

Ini kerana perpindahan mikroorganisma banyak berlaku daripada tangan anda kepada telefon bimbit.

Pada saat wabak COVID-19 sedang melanda, mencuci telefon bimbit adalah antara satu langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Ia bukan wajib tetapi pertimbangkan untuk bersihkan telefon anda sekiranya terkena rembesan cecair tubuh individu lain, atau selepas anda menyentuh mana-mana pemukaan di luar rumah. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan Semua Pesakit COVID-19 Perlu Masuk Hospital, KECUALI Yang Ada 11 GEJALA Ini

Bukan semua individu positif jangkitan COVID-19 perlukan rawatan hospital. Namun, jika alami tanda-tanda amaran tertentu, anda perlu segera jumpa pakar.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
COVID-19 10/02/2021 . 4 minit bacaan

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat pelbagai fungsi hand sanitizer. Namun, sila baca ini terlebih dahulu untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kebersihan Diri 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Ada Satu Lagi Pilihan Vaksin COVID-19 Keluaran Johnson & Johnson, Guna Teknologi Berbeza!

Vaksin Johnson & Johnson ini adalah jenis vaksin yang sedikit berbeza daripada pengeluar yang lain. Ia menggunakan teknologi Adenovirus dan bukannya mRNA.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Masih Lagi Berkisar Vaksin COVID-19, Mana Satu Keluaran Yang Lebih Baik; Moderna Atau Pfizer?

Bukan dua sahaja, lebih daripada 10 vaksin virus korona baharu (COVID-19) keluaran syarikat terkemuka di seluruh dunia telah dihasilkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

program vaksinasi

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
tahun baru cina

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan