home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sudah 4 bulan dunia digemparkan dengan jangkitan virus korona (COVID-19), tapi banyak perkara tentangnya masih jadi tanda tanya. Apakah antara simptom virus korona yang boleh dikenal pasti?

Jumlah individu yang dijangkiti juga meningkat perlahan-lahan menuju ke angka 2 juta.

Di Malaysia, statistik kes jangkitan adalah seperti berikut:

Pelbagai jenis kajian telah dijalankan oleh saintis untuk memahami sifat dan mekanisme jangkitan virus tersebut.

Namun, jika dilihat pada simptom, tiada gejala spesifik yang boleh dikaitkan dengan wabak COVID-19.

Oleh sebab virus ini menjangkiti saluran pernafasan manusia, ia boleh menyebabkan beberapa simptom dan tanda awal covid 19 seperti:

tanda awal covid 19

Perasan tak gejala tersebut lebih kurang sama dengan virus lain yang seperti demam selesema?

Apa yang lebih bahaya adalah kebolehan virus ini untuk menjangkiti individu lain walaupun masih berada dalam tempoh pengeraman.

Beza jangkitan selesema dan simptom virus korona baharu

Jika anda buat perbandingan antara virus korona baharu dan virus jangkitan selesema, kedua-duanya tidak mempunyai beza yang ketara berkaitan dengan simptom.

Kedua-duanya merupakan virus yang menjangkiti sistem pernafasan.

Mereka yang dijangkiti boleh melalui fasa tanpa simptom dan mereka yang berisiko tinggi boleh mengalami simptom teruk.

Kedua-dua virus ini disebarkan melalui sentuhan langsung, titisan air dan fomit (barang tercemar oleh virus).

Oleh demikian, anda akan sedar bahawa langkah pencegahan bagi kedua-duanya juga akan jadi lebih kurang sama.

Orang awam digalakkan membasuh tangan secara kerap dan memakai topeng muka sekiranya sedang sakit.

simptom covid

Artikel berkaitan: Ini Kenapa Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Lebih Bagus Daripada Guna Hand Sanitizer

Faktor simptom COVID 19 yang perlu dilihat

Namun, jika dilihat keupayaan kedua-dua virus ini menjangkiti virus lain, ternyata kedua-duanya ada sifat berbeza!

Untuk melihat keagresifan virus, kita perlu melihat kebolehan jangkitan virus ini untuk merebak pada individu lain. Ia diukur melalui nilai R-naught (R0).

COVID-19 mempunyai nilai R0 yang lebih tinggi namun perbandingan secara langsung sukar untuk dilakukan.

Ini berikutan kedua-dua virus muncul pada konteks dan masa yang berbeza.

Artikel berkaitan:

Selain itu, kanak-kanak juga salah satu faktor yang berbeza di antara kedua-dua virus ini.

Walaupun simptom COVID-19 boleh berlaku pada kanak-kanak, tapi kajian di China menunjukkan konteks jangkitan dengan orang dewasa agak berbeza.

Maklumat klinikal terkini menunjukkan kanak-kanak mendapat jangkitan daripada orang dewasa!

Kadar kematian COVID-19 juga kelihatan lebih tinggi berbanding dengan virus influenza.

Apa perlu dibuat jika saya ada tanda awal COVID 19?

simptom covid

Mereka yang menunjukkan simptom COVID-19 perlu memakai topeng muka dan mengamalkan jarak sosial.

Jarak sosial merupakan satu amalan menjauhkan diri sendiri bagi mengelakkan penularan wabak.

Antara amalan yang boleh dipraktikkan adalah:

  1. Berdiri sekurang-kurangnya 2 meter daripada individu lain.
  2. Elakkan dari berkumpul atau menyertai aktiviti kluster.
  3. Tidak keluar ke tempat awam atau menggunakan kenderaan awam.

Oleh sebab jangkitan wabak ini boleh ditular oleh mereka yang ada simptom COVID-19 atau bebas simptom, tindakan menjauhkan diri dapat memutuskan rantaian jangkitan.

Perkara ini wajib dibuat jika anda tinggal di zon merah yang telah ditanda oleh KKM.

Jangkitan dan tanda awal COVID 19 boleh berlaku apabila individu berjangkit yang mengalami simptom COVID-19, bercakap dengan individu lain pada jarak dekat dan menyentuh peralatan di sekeliling tanpa membasuh tangan.

Amalan jarak sosial dan langkah pencegahan lain merupakan senjata yang paling berkesan memandangkan simptom COVID-19 tidak boleh dijadikan tanda aras bagi diagnosis jangkitan wabak.

Adakah penyakit asma boleh tingkatkan risiko simptom virus korona?

COPD asma

Mereka yang ada masalah asma perlu ambil langkah berjaga-jaga dalam menghindari jangkitan wabak COVID-19.

Walaupun tiada kajian menunjukkan jangkitan meningkat di kalangan pesakit asma, tapi mereka yang dijangkiti boleh mendapat simptom COVID-19 teruk.

Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) menyarankan mereka yang mempunyai asma sederhana atau teruk untuk lebih berhati-hati.

Oleh sebab tiada rawatan yang dikhususkan untuk jangkitan COVID-19, protokol rawatan yang ada hanyalah bersifat konservatif.

Baca juga:

Ini bermaksud, pesakit hanya akan dirawat berdasarkan simptom COVID-19 yang menyerang.

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Hello Doktor 发布于 2020年1月31日周五

Mereka yang disahkan positif namun tiada sebarang simptom akan diisolasi dan dipantau dari semasa ke semasa.

Jika anda ada masalah asma dalam situasi pandemik ini, adalah lebih baik jika anda bergegas ke pusat rawatan kecemasan atau fasiliti kesihatan terdekat bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Perkara ini agak berisiko memandangkan kehadiran anda di hospital meningkatkan risiko mendapat jangkitan COVID-19.

Maka polisi terbaik adalah sentiasa menggunakan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. How does the new coronavirus compare with the flu? (https://www.livescience.com/new-coronavirus-compare-with-flu.html). Diakses pada 2 April 2020.
  2. Q&A: Similarities and differences – COVID-19 and influenza. (https://www.who.int/news-room/q-a-detail/q-a-similarities-and-differences-covid-19-and-influenza). Diakses pada 2 April 2020.
  3. Social distancing (CDC). (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/prevent-getting-sick/social-distancing.html). Diakses pada 2 April 2020.
  4. People with asthma (CDC). (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/need-extra-precautions/asthma.html). Diakses pada 2 April 2020.
  5. COVID-19 and asthma: what patients need to know. (https://www.aaaai.org/conditions-and-treatments/library/asthma-library/covid-asthma). Diakses pada 2 April 2020.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Disemak pada 08/04/2020
x