backup og meta

12 Hospital & 6 Makmal Kesihatan Malaysia SEDIA Untuk Ujian Pengesanan COVID-19, Penting Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/01/2021

    12 Hospital & 6 Makmal Kesihatan Malaysia SEDIA Untuk Ujian Pengesanan COVID-19, Penting Ini!

    *Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila layarinya di sini.

    Penularan wabak novel coronavirus atau COVID-19 disahkan sebagai  pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Sudah tentu, yang menjadi tumpuan kini adalah tempat saringan COVID-19 Malaysia, pengesahan. Berikut adalah senarai klinik saringan covid.

    Statistik COVID-19 di Malaysia seperti berikut:

    [covid_19]

    Rawatan COVID-19: Sampel di rumah

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah untuk individu yang ingin membuat ujian pengesanan penyakit.

    Ia khusus untuk mereka yang tidak menepati kriteria pesakit dalam siasatan (PUI).

    “Perkhidmatan ini membolehkan individu awam yang tidak mempunyai gejala menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke kemudahan kesihatan,’ – Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

    Perkhidmatan yang disediakan itu adalah 1 bentuk kerjasama antara hospital dan 11 pembekal perubatan swasta, seperti:

    • Bookdoc
    • DoctorOnCall
    • Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
    • Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
    • Qualitas Medical Group Sdn Bhd
    • Gleneagles Kuala Lumpur
    • Twin Tower Medical Centre KLCC
    • Pantai Hospital Kuala Lumpur
    • Pantai Hospital Cheras
    • Pantai Hospital Klang
    • Pantai Hospital Ayer Keroh

    Perkhidmatan pengambilan sampel akan dilakukan oleh pegawai perubatan dan paramedik swasta terlatih dan sampel akan dihantar ke makmal swasta untuk dianalisis.

    Langkah tangani penularan wabak di Malaysia

    senarai klinik saringan covid

    Umumnya, terdapat beberapa langkah untuk menangani sebarang kes yang melibatkan penularan wabak berjangkit di Malaysia.

    Contohnya seperti kes untuk rawatan virus korona ini, antara langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian kesihatan adalah:

    Pertama

    • Individu yang disyaki dijangkiti wabak penyakit berjangkit ini akan diasingkan.

    Kedua

    Ketiga

    • Hospital berkenaan perlu mempunyai keupayaan untuk melakukan prosedur pengesanan dan pemantauan.

    Senarai klinik saringan covid

    Berikut adalah senarai klinik saringan covid yang boleh dikunjungi untuk mendapatkan rawatan COVID-19:

    1. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah – 04-7406233
    2. Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang – 04-2225333
    3. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak – 05-2085000
    4. Hospital Sungai Buloh, Selangor – 03-61454333
    5. Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur – 03-26155555
    6. Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan – 06-7623333
    7. Hospital Melaka, Melaka – 03-2892344
    8. Hospital Sultanah Aminah, Johor – 07-2231666
    9. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang – 09-5133333
    10. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu – 09-6212121
    11. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan – 09-7452000
    12. Hospital Umum Kuching, Sarawak – 082-276666

    6 makmal kesihatan awam

    tempat saringan covid-19 malaysia
    Sumber: infosihat.gov.my

    Selain daripada hospital awam, turut disenaraikan 6 makmal kesihatan awam turut tersenarai sebagai tempat saringan COVID-19 Malaysia:

    • Makmal Kesihatan Awam Ipoh, Perak
    • Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh, Selangor
    • Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur
    • Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu, Kelantan
    • Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru, Johor
    • Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu, Sabah

    Jika mengesyaki diri anda mahupun ada ahli keluarga yang mungkin dijangkiti virus corona ini, pastikan anda melakukan pemeriksaan dengan segera!

    https://www.facebook.com/1634329383494261/videos/2789383271108165/

    Langkah melindungi diri dari virus corona & tanda tanda COVID

    Sudah pasti mencegah itu lebih baik daripada merawat, bukan?

    Jadi di sini, disertakan langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dan individu sekeliling anda daripada dijangkiti wabak novel Coronavirus.

    1. Jaga tahap kebersihan

    Pastikan anda mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi. Anda disarankan untuk kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun bersama teknik cucian yang betul atau gel pembersih tangan (hand sanitizer).

    Jangan lupa untuk pakai 3 lapisan topeng muka yang diluluskan daripada aspek perubatan, dan bukan sebarangan topeng muka, okay?

    2. Lawatan ke tempat berlaku wabak

    Sebaiknya, elakkan sebarang lawatan ke kawasan yang berisiko dijangkiti ini.

    Tetapi jika anda tidak dapat mengelak dari pergi ke kawasan atau tempat yang berlaku wabak ini, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan:

    • Pastikan anda sentiasa membawa bersama penutup muka dan hidung (mask) serta gel pembersih tangan (hand sanitizer)
    • Hindari daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai sebarang simptom jangkitan seperti:
      1. Demam
      2. Selesema
      3. Sakit tekak
      4. Batuk
      5. Sakit kepala
      6. Sakit badan
      7. Sesak nafas
    • Elakkan daripada melawat ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan
    • Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak sempurna

    Sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan di luar rumah dan sebarang tempat awam.

    Rawatan perubatan

    Pastikan anda mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera sekiranya anda jatuh sakit.

    Jika anda mengalami simptom jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas, yang berlaku dalam tempoh 14 hari selepas pulang daripada lawatan tersebut, segera dapatkan rawatan. 

    Selain itu, pastikan anda turut memaklumkan mengenai sejarah percutian anda kepada doktor yang merawat anda.

    Kesimpulan

    Wabak novel coronavirus yang berasal dari Wuhan ini bukanlah satu jangkitan yang boleh dipandang remeh.

    Jadi sekiranya anda mengalami sebarang simptom virus ini, pastikan anda melakukan pengesanan salah satu tempat saringan COVID-19 Malaysia.

    Semoga senarai klinik saringan COVID berikut dapat membantu memudahkan urusan anda.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

    Anda mungkin berminat untuk baca artikel ini:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/01/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan