Hanya pada 30 Januari 2020, Dr Li telah disahkan positif dan menghembuskan nafas terakhir pada 7 Februari 2020.
Ini bermakna, berkemungkinan ujian asid nukleik yang dijalankan terhadap beliau memberikan keputusan negatif palsu sebelum beliau didiagnosis.
Menurut Pengarah Akademi Perubatan Sains di China, Wang Chen ketepatan ujian asid nukleik yang dijalankan untuk mengesan virus korona hanyalah pada kadar 30 hingga 50%.
Mungkin ketika pesakit kelihatan sudah sembuh (tiada simptom), virus tersebut masih aktif di dalam badan pesakit. Mereka yang mendapat keputusan negatif palsu berisiko untuk menjadi penyebar virus dalam diam.
Mungkin anda ketakutan sekarang. Walau bagaimanapun, menurut Dr Jeffrey Shaman, seorang Profesor Sains Kesihatan dan Persekitaran dari Universiti Columbia, kita tidak boleh mengabaikan kemungkinan keputusan tersebut merupakan positif palsu.
Oleh sebab ujian yang dibuat ke atas sampel berupaya untuk mengutip serpihan kecil DNA virus terdahulu, ia boleh memberikan keputusan positif palsu.
Sebagai orang awam, kita tidak berapa memahami isu ralat klinikal yang boleh terjadi sepanjang pesakit dirawat di hospital. Jadi, langkah terbaik untuk elak daripada dijangkiti oleh penyebar virus dalam diam adalah dengan menggunakan pendekatan jarak sosial.
Tip Menjaga Social Distancing di rumah
Social distancing atau penjarakan sosial bukan je perlu dilakukan di luar rumah. Di dalam rumah juga perlu, terutamanya kalau ada ahli keluarga yang menunjukkan simptom.
Posted by Hello Doktor on Friday, March 27, 2020
Jarak sosial, langkah terbaik untuk hindar penyebar virus korona dalam diam
Virus yang menjangkiti sistem pernafasan akan masuk ke dalam sel sihat yang berada di hidung, tekak dan paru-paru.
Ia akan menggunakan sel tersebut sebagai kilang untuk menghasilkan lebih banyak virus bagi menawan tubuh badan dan melawan sistem imun yang bekerja kuat untuk membasmi jangkitan kuman.
Apabila ujian saringan menunjukkan keputusan positif, ini bermakna anda boleh menyebarkannya kepada individu lain walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.
Penyebar virus dalam diam boleh dianggap sebagai sumber jangkitan virus yang seakan-akan halimunan. Tanpa sebarang ujian, kita tidak akan tahu keupayaan mereka untuk menjangkiti individu lain.
Oleh sebab jangkitan boleh berlaku melalui penyebaran titisan udara ketika pesakit batuk, bersin atau bercakap, amat penting untuk kita berada pada jarak yang bersesuaian dengan aktiviti sosial.