
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Satu dunia kini sedang menghadapi pandemik COVID-19 yang sangat membimbangkan. Ekoran itu, banyak negara telah memerintahkan lockdown untuk membendung penularan virus korona baharu ini dari terus berleluasa.
Negara kita juga tidak terkecuali. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan kita semua untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 sehinggalah ke hari ini.
Berikut adalah statistik terkini kes COVID-19 di Malaysia:
293,698
9,196
1,100
Dalam usaha membendung penularan COVID-19 ini, kita perlu mengenali virus ini dengan lebih mendalam lagi.
Ketahui apa itu virus korona baharu dan langkah berjaga-jaga untuk melawannya menerusi soal jawab bersama pakar ini.
Soal jawab bersama pakar mengenai COVID-19
Ikuti perkongsian Presiden Confederation of Medical Association of Asia and Oceania (CMAAO), Dr KK Aggarwal mengenai apa itu virus korona baharu dan langkah berjaga-jaga untuk melawan COVID-19.
Soalan: Apa itu virus korona baharu?
Jawapan: Apa yang perlu kita tahu ialah virus korona baharu atau 2019-nCov ini boleh tersebar daripada manusia yang telah dijangkiti kepada manusia lain. Virus ini boleh merebak melalui sentuhan atau titisan air akibat bersin dan batuk.
Simptom COVID-19 ini adalah lebih kurang sama sahaja seperti demam selesema yang biasa. Ia akan menjejaskan sistem pernafasan termasuklah hidung, tekak, dan paru-paru.
Bezanya, ia lebih teruk dari demam selesema biasa sehingga boleh membawa maut.
Berikut adalah simptom dan komplikasi COVID-19 yang kita wajib tahu:
Soalan: Adakah individu boleh dijangkiti virus ini jika makan di tempat awam yang terbuka?
Jawapan: Sehingga kini, masih tiada bukti yang mengatakan COVID-19 boleh merebak melalui makanan. Pun begitu, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan.
Sebagai contoh, makanan perlu dimasak pada suhu yang sesuai serta langkah keselamatan dan kebersihan seperti mencuci tangan dengan air dan sabun perlu dititikberatkan.
Selain itu, pastikan juga pinggan, mangkuk, cawan atau permukaan tempat anda makan itu bersih.
Sebaiknya, sila elakkan tempat awam yang terbuka serta ramai orang sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan virus korona baharu ini.
Artikel berkaitan:
Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya
Soalan: Adakah individu perlu mengelak dari memakan makanan bukan vegetarian?
Jawapan: Sebenarnya, terdapat banyak mitos mengenai COVID-19 yang anda tidak harus percaya. Jadi sila kaji terlebih dahulu sebelum mempercayainya.
Hakikatnya, tiada bukti yang mengatakan makanan bukan vegetarian boleh merebakkan virus korona baharu ini. Ia bukanlah seperti selesema burung atau selesema babi yang pernah terjadi satu ketika dahulu.
Namun, sila elakkan dari makan makanan selain vegetarian seperti daging, telur dan lain-lain yang dimasak mentah atau separuh masak.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
- Lepas Kangkung, Kini Kunyit Pula Dikatakan Boleh Ubati Virus Korona- Betul Ke?
- 8 Makanan Boleh Bantu Cegah Jangkitan Coronavirus, Jom Amalkan Cepat!
Soalan: Adakah setiap orang yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif virus akan terjangkit?
Jawapan: Ya, setiap orang yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif virus adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Pun begitu, risiko jangkitan ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mencuci tangan dengan air dan sabun.
Selain itu, elakkan juga dari menyentuh bahagian muka terutamanya mata, hidung dan mulut.
Jadi, sila kekalkan jarak sosial anda dengan orang lain sama ada yang menunjukkan simptom atau tidak sekurang-kurangnya 1 meter (3 kaki) sebagai langkah berjaga-jaga.
Ini adalah cara yang boleh kita buat untuk melawan virus ini:
Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus
Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus
Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020
Soalan: Adakah virus korona baharu ini boleh membawa maut?
Jawapan: Jawapannya adalah tidak semestinya. Kebanyakan kes COVID-19 adalah sederhana dan boleh dirawat jika seseorang yang dijangkiti itu mendapatkan rawatan di hospital dengan kadar segera.
Pun begitu, ia lebih berisiko tinggi kepada individu yang berusia serta mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kencing manis. penyakit jantung dan paru-paru.
Justeru itu, setiap orang disarankan mematuhi perintah lockdown yang dibuat oleh negara masing-masing selain mengamalkan teknik pencegahan dan kebersihan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Bersama, kita boleh melawan pandemik COVID-19!
Situasi di Malaysia, keadaan dilihat dapat dikawal dengan baik dan hampir 97% rakyat negara kita telah akur dengan PKP ini selepas dipantau rapi oleh pasukan tentera dan pihak polis.
Ia adalah satu petanda yang sangat baik dan negara kita juga sudah dikenali di mata dunia sebagai antara negara terbaik dalam menguruskan pandemik ini.
Sebagai rakyat biasa, marilah kita bersama duduk di rumah dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini dari terus berleluasa. #stayathome
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
- 8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!
- Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona
- Risiko Individu Darah Jenis A, Paling Mudah Dijangkiti COVID-19? Betul Ke?
- Positif COVID-19, Apa Jadi Bila Virus Masuk Dalam Badan?
- Bilakah Wabak COVID-19 Bakal Berakhir? Ketahui 3 Teori Di Sebaliknya
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.