4 Individu Ini LEBIH BERISIKO Dijangkiti COVID-19, Info Lengkap Coronavirus Anda Wajib Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date April 10, 2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pada penghujung tahun 2019,beberapa kes pneumonia telah dikenal pasti di kota Wuhan yang terletak di wilayah Hubei.

Virus tersebut berasal dari keluarga coronaviridae dan dikenal pasti sebagai subspesies baharu yang kemudiannya diberikan nama corona virus disease 2019 (COVID-19).

Sehingga kini, virus tersebut telah menjangkiti lebih 300,000 individu di seluruh dunia dan telah meragut hampir 15,000 nyawa. 

Di Malaysia, berikut statistiknya:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

7,417

Disahkan

5,859

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

1. Apakah simptom jangkitan COVID-19?

Virus korona adalah virus yang menjangkiti saluran pernafasan manusia.

Ini bermakna, majoriti simptom yang direkodkan berkaitan saluran pernafasan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka yang dijangkiti virus ini lazimnya menunjukkan simptom berikut:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah membuat analisis berkaitan dengan 55,000 kes positif COVID-19 yang disahkan di China.

Berdasarkan kajian tersebut, terdapat beberapa simptom lain yang boleh dialami oleh individu yang dijangkiti wabak.

Antaranya:

  1. Kelesuan
  2. Sakit sendi/tulang
  3. Sakit tekak
  4. Sakit kepala
  5. Kesejukan
  6. Muntah dan loya
  7. Cirit-birit

Namun, perlu diingatkan juga, bukan semua individu berjangkit menunjukkan simptom.

2. Bagaimana virus ini tersebar?

Virus korona baharu berupaya untuk tersebar melalui titisan udara.

Oleh sebab ia masih baru, pakar di seluruh dunia sedang cuba untuk mengkaji jika ada kaedah penyebaran lain.

Artikel berkaitan:

Awas, Anda MASIH BOLEH Dijangkiti COVID-19, Walaupun Tiada Sebarang Simptom

Setakat ini, kebanyakan kajian menunjukkan:

  1. COVID-19 berupaya tersebar dari satu individu ke individu lain dalam lingkungan jarak 2 meter. Ia berlaku kerana bersin atau batuk.
  2. Virus boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh lama. Individu yang ada kontak dengan permukaan berisiko boleh alami jangkitan jika menyentuh muka selepas itu.
  3. Walau bagaimanapun, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), ini bukan satu penyebaran utama.
  4. COVID-19 boleh disebarkan oleh individu berjangkit walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom.
  5. Menurut CDC, virus korona baharu boleh tersebar dengan mudah dalam satu komuniti.

Artikel berkaitan:

3. Adakah virus ini boleh tersebar melalui barang online dari negara China?

Bagaimana Virus Korona Wuhan Boleh Menyebabkan Anda Sakit?

Bagaimana cara Virus Korona Wuhan ni merebak? Tengok video ini bagi memahami cara virus ini tersebar dan menjangkiti manusia.Ketahui senarai hospital yang boleh mengendalikan virus ini di sini: http://bit.ly/2Gzx8dQ#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Tuesday, February 4, 2020

Kebanyakan negara mengimplementasikan prosedur pembasmian kuman sebelum barangan mereka dieksport keluar.

Namun, jika prosedur tersebut tidak dilaksanakan sekalipun, risiko untuk mendapat jangkitan sangat rendah.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa COVID-19 boleh hidup di luar badan sehingga 9 hari.

Kaedah penyebaran virus utama adalah melalui titisan udara. Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan COVID-19 mampu tersebar melalui barang yang ditempah online.

4. Adakah pemakaian topeng muka mampu menghindar jangkitan COVID-19? 

virus korona adalah

Artikel berkaitan:

Secara umumnya, ia bergantung pada situasi.

Jika anda sihat, maka perlindungan yang diberikan oleh topeng muka tersebut hanyalah pada kadar sederhana.

WHO menggalakkan penggunaan topeng muka pada mereka yang sakit dan individu yang menjaga pesakit (frontliner).

Jika anda tidak tergolong dalam kumpulan tersebut, penggunaan topeng muka cumalah satu langkah pembaziran.

Cara terbaik untuk menghindarkan jangkitan COVID-19 adalah dengan mencuci tangan secara kerap.

5. Adakah saya berisiko mendapat jangkitan COVID-19?

Risiko mendapat jangkitan COVID-19 bergantung pada beberapa faktor seperti usia, penyakit kronik, imuniti badan dan faktor lokasi.

Artikel berkaitan: Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas COVID-19, Malah Simptom Lebih Buruk!

Jumlah pesakit yang didiagnosis positif COVID-19 semakin meningkat di Malaysia. Tanpa langkah pencegahan, anda berisiko tinggi mendapat jangkitan!

Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan dan amalan jarak sosial bagi membendung wabak ini daripada terus menular. 

Namun, jika langkah pencegahan tersebut diambil sambil lewa, kita bakal menyaksikan peningkatan mendadak pada gelombang ketiga wabak virus korona!

Antara individu yang berisiko adalah:

  1. Golongan tua
  2. Lelaki 
  3. Individu yang mempunyai penyakit kronik (penyakit peparu, kencing manis, masalah jantung)
  4. Individu yang merokok

6. Adakah COVID-19 sama dengan SARS?

Wabak epidemik sindrom pernafasan akut teruk (SARS) yang pernah berlaku pada 2003 turut disebabkan virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae.

Jika dibandingkan dengan COVID-19, ia mempunyai struktur genetik yang hampir sama, namun berbeza.

Sebab itu COVID-19 pernah digelar SARS-CoV 2 berikutan persamaannya dengan struktur virus SARS-CoV.

7. Rumah kotor boleh tingkatkan risiko jangkitan wabak ke?

rumah kotor

Oleh sebab COVID-19 boleh hidup lama di luar badan manusia, pembersihan rumah perlu dilakukan secara berkala

Perkakasan, peralatan atau bahagian rumah yang banyak disentuh seperti tombol pintu, kabinet dapur, remote televisyen dan sebagainya perlu dibersihkan secara kerap.

Jika dalam kalangan keluarga, ada individu yang dikuarantin atau diisolasi, pastikan anda mengelap permukaan yang disentuh oleh mereka menggunakan cecair pembasmi kuman.

Rumah yang kotor boleh menyebabkan penularan virus berlaku dengan lebih mudah.

8. Apakah langkah yang boleh diambil bagi menghindari jangkitan virus korona?

Baca juga:

Jarak Sosial Senjata Utama Perangi COVID-19, Ini 29 Langkah Cegah Virus- PASTI BERHASIL!

WHO dan KKM menyarankan setiap individu untuk mencuci tangan secara kerap. Setiap sesi perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 saat

Walaupun ramai individu lebih suka menggunakan hand sanitizer namun, penggunaan air dan sabun adalah lebih berkesan.

Lapisan luar virus korona yang diperbuat daripada lemak merupakan lapisan yang memberikan sokongan lemah kepada struktur virus.

Ia mudah untuk sebati bersama sabun. Kesannya, virus tersebut dapat dibasmi dengan mudah.

Jika tiada air dan sabun, anda boleh menggunakan hand sanitizer dengan kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%.

Selain itu amalan jarak sosial juga boleh memberikan perlindungan kepada anda.

Topeng muka hanya boleh dipakai sekiranya anda menjaga pesakit COVID-19. Jika tidak, elakkan daripada memakainya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kisah Menarik Di Sebalik Kes Import COVID-19 Di Malaysia, Dan Bagaimana Reaksi Virus Pada Sistem Badan

    Menurut KKM, 88% kes positif di sini tak tunjuk simptom COVID-19 dan tanda tanda COVID 19. Jom lihat kisah menarik penularan wabak di Malaysia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 Mei 14, 2020

    TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

    Kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat. Terbaharu, seramai 3 orang pelajar UMS didapati positif. Apa punca sebenar perkara ini berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 Mei 14, 2020

    6 Penumpang AirAsia AK5742, AK5740 Sah POSITIF COVID-19, Yang Lain Diminta Jalani Ujian Saringan

    Sehingga hari ini, 6 individu yang merupakan penumpang AirAsia penerbangan AK5742 dan AK5740 dari Kuala Lumpur ke Tawau telah sah positif COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 Mei 14, 2020

    Alami Jangkitan COVID-19 Teruk, Kulit Doktor Ini Berubah Jadi Gelap

    Dua doktor di China telah mengalami komplikasi teruk jangkitan virus korona baharu hinggakan kulit mereka menjadi gelap. Apa yang berlaku sebenarnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 Mei 14, 2020

    Artikel lain untuk anda

    Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

    Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 18, 2020
    Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

    Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Mei 18, 2020
    TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

    TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 15, 2020
    Mimpi Ngeri Bermula, Panik Punca Virus COVID-19 Berjangkit Satu Sama Lain Tanpa Disedari?

    Mimpi Ngeri Bermula, Panik Punca Virus COVID-19 Berjangkit Satu Sama Lain Tanpa Disedari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 14, 2020