Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

PKP Fasa 4, Sambung Lagi Hingga 12 Mei, Pelajar IPT Dibenarkan Balik Kampung Ikut SOP

PKP Fasa 4, Sambung Lagi Hingga 12 Mei, Pelajar IPT Dibenarkan Balik Kampung Ikut SOP

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sudah hampir sebulan setengah rakyat Malaysia melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Terbaharu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengisytiharkan lanjutan PKP buat kali keempat bermula 29 April sehingga 12 Mei 2020.

Tindakan tersebut dibuat setelah mengambil kira perkembangan semasa wabak virus korona baharu (COVID-19) dan berdasarkan kepada nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikut adalah angka semasa kes COVID-19 di Malaysia setakat ini.

Ini menunjukkan satu perkembangan yang memberangsangkan.

Bagi mengekalkan keadaan tersebut, lanjutan PKP telah dilaksanakan bagi menyokong usaha membendung kemaraan wabak COVID-19.

Namun ada sedikit kelonggaran yang diberikan pada fasa ke-4 ini di mana pelajar IPT di seluruh negara dibenarkan untuk pulang ke kampung.

Mereka yang telah berada lama di kampung juga akan dibenarkan pulang ke bandar setelah kajian terperinci dilaksanakan kelak.

Kerajaan benarkan pelajar IPT pulang ke kampung

Setelah hampir sebulan setengah berlalu, kerajaan akhirnya mengumumkan satu berita baik untuk kesemua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang masih berada di kampus.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan sedia membenarkan kesemua pelajar IPT untuk pulang ke kampung masing-masing.

Namun, pergerakan pulang besar-besaran ini perlulah dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ini termasuklah melakukan saringan kesihatan sebelum pelajar-pelajar IPT dibenarkan pulang.

Artikel berkaitan:

Kebenaran pulang ke kampung ini adalah berdasarkan maklumat daripada KKM yang mengesahkan bahawa tiada sebarang jangkitan COVID-19 berlaku di kampus-kampus pengajian tinggi setakat ini.

Pihak KKM bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama dalam memastikan proses penghantaran pulang pelajar-pelajar ini dapat berjalan dengan baik.

Mereka yang tinggal di bandar tidak dibenarkan pulang ke kampung sama sekali

virus korona

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri lagi, mereka yang tinggal di bandar tidak dibenarkan sama sekali untuk pulang ke kampung sewaktu bulan Ramadan ini.

Hal ini ditegaskan oleh beliau berikutan keputusan kerajaan sebelum ini yang membenarkan perjalanan pulang dari kampung ke bandar sahaja.

Sebelum ini, kerajaan telah membuat keputusan agar mereka yang masih terkandas di kampung sejak PKP bermula dibenarkan untuk pulang ke bandar setelah membuat permohonan perjalanan pulang ke ibu kota.

Namun perkara itu masih dalam kajian lanjut dan perlu dibincangkan terlebih dahulu bersama semua pihak termasuklah KKM.

Bagi mereka yang ingin memulakan perjalanan rentas negeri untuk pulang ke ibu kota, mereka perlu membuat permohonan melalui aplikasi GerakMalaysia atau ke balai polis berdekatan bermula 25 April ini.

SOP khas juga akan disediakan bagi memastikan tiada pergerakan besar-besaran dari kampung ke ibu kota kelak.

Keadaan semakin pulih, rakyat wajib patuh arahan lanjutan PKP

lanjutan pkp

Setakat ini, peratusan kepatuhan terhadap perintah kawalan pergerakan berada pada tahap yang sangat memuaskan.

Sehingga 23 April 2020, kes jangkitan COVID-19 di Malaysia sudah berjumlah 5,603 kes.

Namun, bilangan pesakit yang sudah sembuh juga semakin bertambah berbanding kes baharu setiap hari.

Selain itu, kadar kesembuhan juga sudah mencapai 63.2%, iaitu melebihi separuh daripada keseluruhan jangkitan.

Kadar kematian COVID-19 di Malaysia akibat virus korona juga adalah lebih rendah berbanding dengan peratusan kematian global.

Lanjutan PKP ini sememangnya dilihat dapat membantu semua pihak terutamanya pekerja di barisan hadapan dalam mengawal penularan wabak.

Baca juga:

KKM akan memberikan perhatian kepada kumpulan sasaran yang lebih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19.

Pihak kerajaan juga akan memperketatkan kawalan sempadan negara bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin dari negara jiran.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap tahap kebajikan negara, kepatuhan kepada lanjutan PKP dapat memudahkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak COVID-19.

Kita perlu fahami bahawa keputusan untuk menamatkan PKP tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Konklusi

covid

Lanjutan PKP ini dilihat sebagai satu langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan lonjakan pesat kes positif virus korona tidak berlaku dalam masa terdekat.

Pada kesempatan itu, Tan Sri Muhyiddin turut mengucapkan penghargaan kepada mereka yang bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan rakyat selesa berada di kediaman masing-masing.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Sidang Media Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 April 2020.
  2. https://kpkesihatan.com/2020/04/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
  3. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pkp-diteruskan-sehingga-12-mei-239847
  4. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-perjalanan-dari-bandar-ke-kampung-tidak-dibenarkan-sama-sekali-ismail-sabri-239780
  5. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-kerajaan-sedia-benar-pelajar-ipt-balik-kampung-dengan-sop-ketat-239425

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 10/06/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x