
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Adakah anda tahu mengapa perlunya untuk melaporkan tentang sejarah perjalanan dalam mengawal dan membendung jangkitan COVID-19? Hmmm…ia hak peribadi, jadi kenapa perlu dilaporkan?
Sejarah perjalanan punca korban jangkitan COVID-19
Pada 22 Mac 2020, jangkitan COVID-19 telah meragut nyawa seorang doktor Pakar Patologi yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Ia merupakan kematian ke-9 akibat wabak tersebut di negara ini.
Walau bagaimanapun, jangkitan yang berlaku bukan disebabkan tugasan barisan hadapan atau rakan sekerja yang bertugas mengurus dan mengendalikan pesakit COVID-19. Namun ia dikatakan kerana beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.
Artikel berkaitan:
Perhimpunan Tabligh Di Masjid Sri Petaling ‘Hotspot’ COVID19 Sampai Tersebar Ke Negara Lain!
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia merupakan kematian pertama melibatkan kakitangan kesihatan. Tetapi kes jangkitan COVID-19 ini bukan dari kalangan frontliners atau rakan sekerja. Sebaliknya melibatkan sejarah perjalanan ke luar negara.
Ini bermakna, bukan sekadar anda perlu melakukan pemeriksaan jika anda mempunyai simptom.
Tetapi, anda juga perlu memaklumkan kepada kakitangan perubatan sekiranya anda melakukan kontak dengan individu positif coronavirus serta jika pernah melakukan perjalanan ke negara yang dilanda wabak ini.
Mengapa? Adakah ia penting? Tetapi kalau saya pergi sebelum penularan wabak COVID-19 masih perlu ke?
310,097
9,196
1,164
Laporan sejarah perjalanan
Bagaimana anda tahu bahawa anda mungkin tidak dijangkiti wabak ini walaupun anda pernah pergi ke negara yang dilanda jangkitan COVID-19?
Oleh sebab itu tempoh 14 hari adalah masa yang diperlukan untuk melakukan kuarantin diri bagi melihat jika wujud simptom yang lebih kronik.
Baca artikel berkaitan:
Amalan Jarak Sosial, Kuarantin & Isolasi BERBEZA Ikut Individu – Anda Yang Mana?
Mungkin ada yang berasakan tidak penting untuk melaporkan mengenai sejarah perjalanan sewaktu melakukan pengesanan dan pemeriksaan jangkitan COVID-19. Apatah lagi jika perjalanan tersebut adalah melibatkan perihal peribadi.
Tetapi hakikatnya melaporkan sejarah perjalanan anda ke luar negara khususnya negara yang dilanda wabak ini adalah perlu.
Ia adalah 1 tanggungjawab dan tindakan penting dalam membendung penularan jangkitan ini.
Tanggungjawab bersama
Kenapa Kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh 2 minggu?
Mengapa individu awam digalakkan untuk melaksanakan jarak sosial atau sosial distancing dalam hubungan sosial harian?
Jawapannya mudah, ia adalah untuk membendung penularan wabak coronavirus. Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda memaklumkan kepada doktor ketika melakukan ujian pengesanan dan pemeriksaan jangkitan COVID-19.
Ini terutamanya jika anda mengalami sebarang simptom, pernah mempunyai kontak dengan individu positif COVID-19 serta pernah melakukan sejarah perjalanan ke negara-negara yang dilanda wabak ini.
Bersamalah kita berganding bahu dalam mengawal peningkatan dan penularan kes jangkitan COVIF-19 ini. Berhentilah menjadi individu yang mementingkan diri sendiri. Jangan disebabkan anda, individu lain turut menjadi mangsa!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
- Berita Baik, Ujian Pertama Vaksin COVID-19 Pada Manusia Sudah Bermula!
- Merebak Dari Sentuhan, Pegang Muka Sendiri Jadi Punca Jangkitan COVID-19?
- Covid-19 Tambah Stres Pada Doktor, Staf Perubatan? Bagaimana Mereka Hadapinya
- JANGAN PANIK! Ini 5 Tip Untuk Tempuhi Wabak COVID-19 Pandemik Sepanjang Tahun 2020
- 89 Rakyat Malaysia Yang Bakal Pulang Dari Himpunan Tabligh Sulawesi Akan Dikuarantin Mandatori
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.