Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Curiga Alami Simptom COVID-19, JANGAN PANIK! KKM Sedia Khidmat Pemeriksaan Di Rumah

Curiga Alami Simptom COVID-19, JANGAN PANIK! KKM Sedia Khidmat Pemeriksaan Di Rumah

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Ramai lebih suka mengurungkan diri dalam bilik ketika sakit. Terutamanya jika simptom yang dialami cuma selesema yang biasanya hilang dengan sendirinya. Siapa nak ke klinik untuk pemeriksaan COVID 19, kan?

Namun begitu, melihat angka jangkitan yang makin meningkat, kerajaan menggalakkan mereka yang mengalami simptom untuk hadir ke klinik bagi pemeriksaan lanjut.

Takut diminta “kuarantinkan diri sendiri” menyebabkan langkah disuruh kerajaan tak mendapat sambutan.

Ini bukan sahaja boleh mendatangkan kemudaratan pada individu terbabit, malah ahli keluarga atau sahabat handai yang tinggal serumah.

Bagi mengelakkan perkara ini, KKM melancarkan khidmat pemeriksaan COVID 19 di rumah.

Pemeriksaan COVID 19 di rumah: Privasi terjaga dan tiada stigma daripada orang ramai

pemeriksaan covid 19

Melihat keperluan untuk memberi privasi dan mengelak stigma, KKM telah bekerjasama dengan 11 syarikat swasta bagi merealisasikan perkhidmatan pemeriksaan COVID 19 di rumah ini.

Antara syarikat yang terlibat adalah:

  1. Bookdoc
  2. DoctorOnCall
  3. Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
  4. Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
  5. Qualitas Medical Group Sdn Bhd
  6. Gleneagles Kuala Lumpur
  7. Twin Tower Medical Centre KLCC
  8. Pantai Hospital Kuala Lumpur
  9. Pantai Hospital Cheras
  10. Pantai Hospital Klang
  11. Pantai Hospital Ayer Keroh

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/ujian-klinikal-vaksin-covid-19/

Sebelum ini, pemeriksaan virus corona dilakukan bagi pesakit yang disyaki menghidap jangkitan virus korona baharu.

Walau bagaimanapun, terdapat di antara mereka yang bimbang walaupun tidak memenuhi kriteria bagi pesakit yang disyaki dijangkiti wabak.

Bagi membolehkan akses pemeriksaan virus corona diadakan dengan lebih meluas, langkah ini telah dilaksanakan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pemeriksaan tersebut akan dilakukan oleh ahli paramedik perubatan terlatih.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal swasta untuk dianalisis.

Pemeriksaan COVID 19 di rumah juga satu projek baharu Bill Gates!

pemeriksaan covid 19
Gambar oleh WIkipedia (CC BY-SA 3.0)

Malaysia bukan satu-satunya negara yang menyedari kepentingan mewujudkan sistem pemeriksaan virus corona di rumah.

Di Seattle, Amerika Syarikat, mereka yang mahu membuat pemeriksaan boleh menggunakan alat ujian yang bakal dicipta melalui projek ditaja Yayasan Gates.

Pemeriksaan kesihatan merupakan satu kepentingan yang perlu dititikberat bagi memastikan kadar penularan virus berlaku dengan perlahan dan akhirnya berhenti.

Seperti KKM, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) hanya membuat ujian virus corona terhadap mereka yang mempunyai faktor risiko.

Oleh sebab penularan virus sangat cepat, hospital mengalami kekurangan peralatan ujian sedia ada.

Jadi bagaimana pemeriksaan covid 19 di rumah dapat membantu menghindarkan penularan wabak?

Kebanyakan orang muda mengalami simptom ringan.

Jika mereka bergerak dari rumah ke hospital, mereka berisiko menyebarkan virus tersebut pada orang awam atau pekerja kesihatan.

Baca juga:

pemeriksaan virus corona

Jadi, bagaimanakah cara membantu mereka dengan simptom ringan untuk tahu diagnosis mereka?

Jawapannya adalah pemeriksaan di rumah melalui kit yang bakal dicipta oleh Yayasan Gates atau pemeriksaan oleh ahli paramedik seperti apa yang dilakukan oleh KKM!

Mereka yang mahu buat pemeriksaan akan ditanya soalan tentang simptom yang dialami.

Jika mereka disyaki mempunyai jangkitan, kit ujian akan dihantar dalam masa 2 jam.

Pesakit akan melakukan sendiri prosedur pengambilan sampel pada hidung mereka dan ia akan dihantar ke makmal di Universiti Washington untuk tujuan analisis.

Bila saya perlu hadir ke hospital untuk pemeriksaan COVID 19?

Oleh sebab projek yang dijalankan KKM ini masih di fasa awal, kita boleh jangkakan kawasan liputannya tidaklah meluas mana.

Ini bermakna mereka yang tinggal di kawasan pedalaman perlu menghadirkan diri ke hospital untuk tujuan pemeriksaan.

Namun begitu, bilakah masa yang sesuai untuk anda berbuat demikian?

Oleh sebab tiada protokol khusus yang boleh diberi bagi mereka yang mengalami simptom ringan, isolasi di rumah merupakan satu langkah relevan.

Tapi, jika anda di kalangan yang berisiko tinggi seperti orang tua, ibu mengandung atau mempunyai satu atau lebih penyakit kronik, anda perlu hadir ke hospital untuk pemantauan.

Jika pemeriksaan COVID 19 dibuat di rumah sekalipun, sekiranya positif, anda masih perlu dipantau di fasiliti kesihatan.

Ini berikutan terdapat risiko kematian yang tinggi dalam kalangan mereka yang tergolong dalam kumpulan yang dinyatakan.

Namun begitu, jika anda tidak mempunyai risiko tersebut dan masih mahu pergi ke klinik atau hospital, tiada masalah. Anda hanya perlu mengambil langkah pencegahan seperti:

  1. Pakai topeng muka.
  2. Amalkan etika batuk/bersin yang betul.
  3. Jangan pegang apa-apa objek di sekeliling jika tiada keperluan.
  4. Elakkan daripada menggunakan kenderaan awam sekiranya ada simptom.

Konklusi

Kemajuan teknologi memudahkan urusan manusia khususnya pemeriksaan virus corona dalam konteks perbincangan artikel ini.

Pemeriksaan awal dapat membendung jangkitan daripada terus menular. Jika anda berisiko tinggi segeralah pergi ke klinik atau hospital.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

https://www.facebook.com/1634329383494261/videos/115200726587889/

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Test for Covid-19 from your home. (https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/573213/test-covid-19-your-home). Diakses pada 11 Mac 2020.
  2. The Bill and Melinda Gates Foundation is exploring at-home COVID-19 tests in Seattle. (https://www.theverge.com/2020/3/9/21171308/coronavirus-gates-foundation-home-testing-seattle-covid19-flu). Diakses pada 11 Mac 2020.
  3. Seattle may soon have a Bill Gates-funded at-home coronavirus test. (https://www.fastcompany.com/90474552/seattle-may-soon-have-a-bill-gates-funded-at-home-coronavirus-test). Diakses pada 11 Mac 2020.
  4. Coronavirus disease (COVID-19) advice for the public. (https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public). Diakses pada 11 Mac 2020.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 06/05/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x