Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Anda pasti?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
COVID-19 di Malaysia sudah mula mengekalkan bilangan kadar kes baharu antara 130 ke 160 kes sehari sejak 27 Mac yang lalu.
Ini menunjukkan tiada peningkatan kes secara mendadak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ia mula menunjukkan kesan positif secara perlahan-lahan.
Artikel berkaitan:
Penguatkuasaan PKP tidak akan menghapuskan jangkitan kes COVID-19 secara 100%, tetapi ia sangat membantu dalam mengekang jangkitan ini daripada menular dengan lebih mudah atau lebih pantas.
Fahami bagaimana virus ini merebak melalui video ini.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/
Berikut adalah statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia:
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER), bilangan kes baharu yang dilaporkan setiap hari tidak sama seperti yang mereka jangkakan.
Melalui perbandingan trajektori yang dikeluarkan oleh MIER bermula 24 Mac 2020 hingga 30 Mac 2020, kita dapat lihat beberapa perkara penting seperti berikut:
Sementara itu, semakin ramai individu di seluruh negara bertindak mendaftarkan diri mereka untuk menjadi sebahagian daripada barisan hadapan negara menentang wabak COVID-19 ini.
Sejak pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka ruang untuk mana-mana individu menjadi sukarelawan kesihatan, 2,359 orang telahpun menawarkan diri mereka untuk sama-sama terlibat membantu negara.
Artikel berkaitan:
Berikut adalah kategori dan bilangan sukarelawan kesihatan yang telah mendaftar bersama KKM:
Artikel berkaitan:
Pihak KKM masih mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan kesihatan dan sesiapa sahaja yang ingin berkhidmat bersama KKM bagi melawan jangkitan COVID-19 ini.
Bagi anda yang ingin menyertai pasukan sukarelawan kesihatan ini, anda boleh mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan COVID seperti yang tertera di bawah ini:
Jika anda ingin berkhidmat di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, KLIA dan lain-lain, sila klik dan isi borang ini.
Manakala bagi mereka yang ingin berkhidmat di hospital-hospital KKM, anda boleh klik dan mengisi borang di pautan ini.
[mc4wp_form id=”115319″]
Walaupun perkembangan positif ini mungkin melegakan hati ramai pihak, tidak bermakna kita sudah boleh keluar rumah sesuka hati dan berfikir bahawa kita sudah bebas daripada ancaman jangkitan.
Kami menyeru agar anda semua kekal berada di rumah masing-masing dan patuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.
Anda boleh lakukan senaman seperti yang ditunjukkan melalui infografik di bawah ini.
Bagi mereka yang mungkin mempunyai lebih banyak masa yang terluang, anda boleh menyertai pasukan sukarelawan kesihatan dan berkhidmat sebagai antara barisan hadapan negara melawan kes COVID-19.
Inilah masanya untuk anda buktikan sumbangan dan pengorbanan anda kepada masyarakat dan negara.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen