backup og meta

Doktor Letih, Bekalan PPE Semakin Kurang: Ini Kesusahan Yang Dirasai Oleh Frontliner

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 20/04/2020

    Doktor Letih, Bekalan PPE Semakin Kurang: Ini Kesusahan Yang Dirasai Oleh Frontliner

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Isu doktor letih bukanlah satu perkara yang asing. Ia masalah yang tidak dapat dielakkan berikutan kekangan bajet kerajaan untuk mengambil sebilangan besar doktor pelatih dalam satu masa yang sama.

    Perkara ini kelihatan lebih parah sewaktu kemaraan wabak virus korona baharu (COVID-19).

    Pekerja kesihatan terpaksa mengambil tanggungjawab yang berat selain daripada bekerja lebih masa untuk memastikan kebajikan pesakit terjaga.

    Namun, tahukah anda, kelesuan ini bukan sahaja berbahaya kepada doktor tersebut, malah pesakit. Jumlah kes positif di seluruh dunia semakin meningkat hari demi hari.

    Di Malaysia, statistik adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Baca artikel ini jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Doktor letih berisiko tinggi untuk dapat jangkitan COVID-19

    doktor letih

    Pekerja kesihatan yang bekerja sebagai frontliner kebanyakannya berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus korona baharu.

    Wabak tersebut mempunyai kadar transmisi yang sangat tinggi dalam kalangan individu.

    Apa yang lebih menakutkan adalah kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) seperti topeng muka dan baju perlindungan semakin berkurangan.

    Jika masalah seperti ini tidak diselesaikan, pegawai perubatan terpaksa mencari alternatif lain.

    Pernah tular video yang menunjukkan pekerja kesihatan dipakaikan dengan plastik sampah yang telah diubahsuai. Ini bukanlah satu berita yang baik.

    Di Wuhan, sewaktu kes virus korona sedang memuncak dan PPE telahpun kehabisan, doktor terpaksa merawat pesakit tanpa menggunakan kelengkapan perlindungan. Tindakan memperjudikan nyawa itu kelak boleh membawa padah.

    Di Itali, jumlah pekerja kesihatan yang telah dijangkiti hampir mencecah 3,000 individu. Jumlah kematian meningkat hari demi hari. Ini merangkumi 9% daripada jumlah kes positif di negara tersebut, jauh lebih tinggi daripada jumlah yang direkodkan di China.

    Sudah berapa kali kita lihat gambar pekerja kesihatan yang tidur terbongkang di atas lantai kerana terlalu letih. Hakikatnya, masalah tidak cukup tidur dan kelesuan boleh mempengaruhi kekuatan sistem imun badan.

    Artikel berkaitan: 

    Apabila kita tidur, badan akan mengeluarkan protein yang mempunyai sifat perlindungan dikenali sebagai sitokin. Bagi individu yang tidak cukup tidur, penghasilan sitokin ini kurang menyebabkan fungsi pertahanan badan menjadi lemah.

    Sepanjang musim wabak, pekerja kesihatan terpaksa bersekang mata bagi membendung penularan virus. Tahap perlindungan mereka bergantung kepada tahap kesihatan, pemakaian PPE, kelesuan dan tahap stres ketika bekerja.

    Jika aspek penjagaan diri kurang diberi perhatian, tahap kesihatan individu akan merudum. 

    Dana tambahan dan penubuhan akaun khas sumbangan KKM untuk tambah PPE dan pekerja kesihatan

    covid

    Wabak COVID-19 tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berundur awal.

    Melihat kepada sumber yang semakin berkurangan, kerajaan menyalurkan sejumlah wang kepada kementerian bagi membeli kelengkapan penting seperti alat bantuan pernafasan, reagan, ubat-ubatan dan bahan pakai buang.

    Melalui pengumuman yang telah dibuat pada 24 Mac 2020 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin:

  • RM500 juta telah diperuntukkan untuk pembelian alat bantuan pernafasan, peralatan bagi Unit Penjagaan Intensif (ICU), peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan keperluan makmal.
  • RM100 juta telah diluluskan bagi melantik 2,000 kakitangan kesihatan seperti doktor, jururawat, pembantu makmal dan lain-lain secara kontrak.
  • Banyakkan? Namun, perlu kita ingat bahawa bajet tersebut boleh dianggap tidak mencukupi jika wabak COVID-19 berlarutan sehingga penghujung Disember 2020. Jumlah tersebut mungkin habis diguna pakai sebelum waktu itu lagi.

    Keadaan ekonomi dunia tidak baik berikutan wabak ini dan harga bagi kelengkapan penting semakin meningkat berikutan permintaan tinggi dalam sektor kesihatan. 

    Isu ketiadaan bahan mentah yang dihadapi oleh beberapa pengeluar merumitkan lagi proses pembekalan kelengkapan PPE. Oleh sebab harganya meningkat, maka jumlah yang diperuntukkan kerajaan itu hanya boleh bertahan sehingga satu jangka masa pendek.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan satu akaun baharu untuk tujuan pengumpulan dana bagi membeli kelengkapan tambahan. Jika anda ingin membuat sumbangan, ia boleh disalurkan ke akaun (2-66016-0002347-5 – Bank RHB) atas nama Sumbangan Perubatan KKM.

    Pertambahan jumlah pekerja kesihatan kontrak bagi atasi fenomena doktor letih

    doktor letih

    Berita yang disampaikan oleh Perdana Menteri berkenaan dengan peruntukan penambahan pekerja kesihatan secara kontrak menggembirakan banyak pihak. Bukan sahaja golongan frontliner malah mereka yang kini sedang menunggu kerja.

    Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan minggu lepas (18 Mac 2020) bertujuan untuk mengurangkan jumlah pesakit yang didiagnosis positif.

    Artikel berkaitan: 

    Ini bukan sahaja bagi membendung wabak, malah mengurangkan jumlah kes positif supaya ia dapat ditampung oleh fasiliti kesihatan yang ada.

    Malaysia tidak mempunyai kebolehan seperti China yang membina hospital dalam masa 1 minggu bagi menampung ribuan pesakit. Penambahan pekerja kesihatan melalui bajet yang telah diluluskan kerajaan diharap dapat mengatasi masalah doktor letih.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Konklusi

    Jika anda sedang berada di luar tanpa arah tujuan, pulanglah ke rumah. Apabila kita mematuhi perintah kawalan pergerakan, bukan sahaja kita berlaku adil kepada masyarakat dengan tidak menyebarkan wabak, kita juga membantu pekerja kesihatan yang sedang mengerah tenaga membendung wabak.

    Jika anda ingin membuat sumbangan bagi menampung kos pembelian kelengkapan untuk melawan COVID-19, boleh salurkan ke akaun (2-66016-0002347-5 – Bank RHB) atas nama Sumbangan Perubatan KKM. 

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 20/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan