backup og meta

Sah! COVID-19 Boleh Tersebar Melalui CIRIT-BIRIT, Bukan Hanya Batuk & Bersin?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/04/2020

    Sah! COVID-19 Boleh Tersebar Melalui CIRIT-BIRIT, Bukan Hanya Batuk & Bersin?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Wabak COVID-19 yang tengah hangat sekarang dikaitkan dengan masalah pernafasan. Antara ciri ciri COVID19 yang dikenalpasti adalah batuk dan sesak nafas

    Itu juga merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.

    Tapi di saat orang ramai sibuk menutup mulut, membeli topeng untuk melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus, kajian terbaru mengesahkan wabak coronavirus boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.

    Adakah ia salah satu ciri ciri COVID19 yang kita terlepas pandang?

    Di Malaysia, ini adalah statistik terkini penularan wabak COVID-19:

    [covid_19]

    Ciri ciri COVID19 sama dengan wabak coronavirus SARS

    ciri ciri covid19

    Walaupun cara penyebaran dari sisa perkumuhan ini satu maklumat baharu yang disahkan kajian, tapi saintis tak terkejut.

    Ini kerana virus novel korona (COVID-19) ini sering dikait dan dibandingkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).

    Persamaan kedua-dua virus ini dipersetujui ahli akademik sehingga ia pernah digelar SARS-CoV-2.

    10% jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.

    Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku.

    Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira. 

    Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.

    Titisan udara masih cara utama wabak coronavirus tersebar

    ciri ciri covid19

    Walaupun kajian di China itu menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama penyebaran masih melalui titisan udara

    Mereka yang mengalami simptom selesema perlu pakai topeng muka bagi mengelak virus dari tersebar. 

    Artikel berkaitan:

    Topeng betul-betul berkesan bagi menghindari penyebaran virus. Tapi, ia tak berapa berkesan dalam menghindarkan anda dari dijangkiti virus.

    Jadi, bagaimana untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air.

    Air dan sabun bukan saja mampu membasmi mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor.

    Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.

    wabak coronavirus

    Artikel berkaitan: Nak COVID-19 Cepat Hilang? BERHENTI Buat 2 Benda Yang Selalu Dibuat Ini!

    Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.

    Ciri ciri COVID19: Berapa lama tempoh jangka hayat virus dalam sisa perkumuhan?

    Virus korona boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek. 

    Kajian menggunakan tombol pintu dan barangan lain, namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi.

    Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjang jangka hayat virus dalam sampel yang tercemar.

    Berikut kesimpulan berapa lama virus COVID-19 boleh bertahan pada permukaan objek di rumah anda:

    Virus SARS-CoV boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.

    Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan. 

    Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Konklusi

    Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga.

    Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.

    Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.

    #HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    • Oh! Ini Rupanya Punca COVID-19 Merebak Dengan Cepat

    Boleh Ke Virus Corona Merebak Melalui Barang Import Order Online?

  • Kenapa Nama Virus Korona Baharu Ditukar Kepada COVID-19?

  • Betul Ke Sayur Kangkung Boleh Ubati Wabak Virus Korona Baharu?

  • Pakai Topeng Muka Dalam Kapal Terbang TINGKAT Risiko Jangkitan Virus Korona?

  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan