Antara tanda-tanda tulang rapuh atau mudah patah ialah:
- Tulang kerap dan mudah patah 2: Salah satu tanda paling jelas adalah kekerapan kejadian patah tulang, terutamanya disebabkan oleh terjatuh atau impak yang tidak terlalu kuat. Tulang yang rapuh boleh menyebabkan tulang terpatah dengan mudah, walaupun hanya disebabkan oleh aktiviti harian biasa. Antaranya seperti patah pergelangan tangan, pinggul atau tulang lain, disebabkan terjatuh atau tekanan ringan
- Selalu sakit belakang 2: Sakit belakang yang kerap juga boleh menjadi antara tanda biasa tulang rapuh. Ia disebabkan oleh tulang yang telah patah atau jatuh pada bahagian tulang belakang
- Postur badan berubah: Perubahan postur badan juga adalah antara tanda tulang rapuh. Ini boleh menyebabkan kejadian bongkok atau perubahan bentuk badan yang lain 2
- Ketinggian berkurangan 2: Individu yang mengalami osteoporosis juga mungkin mengalami penurunan ketinggian sebanyak 4cm atau lebih4. Ketinggian yang berkurangan ini menunjukkan pengurangan kepadatan tulang dan ia boleh dikesan melalui ujian seperti densitometri mineral tulang 5
Ambil susu cegah risiko tulang rapuh?
Mencegah kejadian tulang rapuh dan mudah patah memerlukan pendekatan yang komprehensif, terutamanya bagi golongan warga emas. Walaupun susu baik untuk tulang, ia tidak boleh dicapai dengan hanya mengambil susu tulang bersama diet seimbang.
Berikut adalah lima cara untuk mengurangkan risiko masalah ini yang perlu diamalkan oleh semua orang sejak usia muda:
#1. Amalkan diet seimbang
Pastikan diet anda mengandungi nutrien yang mencukupi, termasuk kalsium, vitamin D, protein dan mineral lain yang penting untuk kesihatan tulang 1.
Sumber kalsium termasuklah daripada susu seperti susu tulang tinggi kalsium, yogurt, keju, ikan bilis, ikan sardin dan sayuran berdaun hijau.
#2. Jalani rutin aktiviti fizikal
Bersenam secara teratur seperti berjalan, berlari dan melakukan senaman kekuatan dapat membantu meningkatkan kekuatan tulang dan otot 6.
Ini penting untuk mengurangkan risiko patah tulang atau terjatuh, terutamanya dalam kalangan warga emas.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen