backup og meta

Sudah Lama Menderita Sakit Belakang? Ini Masanya Untuk Ubah Posisi Tidur Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/09/2022

    Sudah Lama Menderita Sakit Belakang? Ini Masanya Untuk Ubah Posisi Tidur Anda!

    Sering diganggu sakit belakang? Jangan risau, anda tidak berseorangan! Sakit belakang merupakan antara punca orang ramai ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Salah satu punca sakit belakang yang utama ialah postur badan yang tidak betul.

    Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika ramai yang alami sakit belakang disebabkan salah tidur, terlalu banyak mengangkat barang yang berat atau tidak duduk dalam keadaan yang betul.

    Selain itu, mereka yang lebih banyak duduk juga didapati mengalami sakit belakang yang lebih kerap berbanding orang lain. 

    Tidak dinafikan, mereka yang mempunyai ‘desk job’ akan duduk dalam satu tempoh masa yang panjang dan lebih berisiko untuk mengalami sakit belakang.

    Jika anda ingin tahu tentang punca dan rawatan sakit belakang, mari ikuti penjelasan kami di dalam artikel di bawah.

    Apakah punca sakit belakang di bawah badan?

    rawatan sakit belakang

    Selalunya, sakit belakang jenis ini berlaku apabila anda mengangkat barang dengan postur badan yang salah. Namun, bukan itu sahaja. Sakit belakang juga boleh berlaku di atas sebab lain.

    Apabila usia kita kian bertambah, belakang badan kita akan mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. 

    Menurut doktor, keadaan ini dikenali dengan nama spondylosis, satu kondisi yang menyebabkan kawasan sendi dan tulang belakang menjadi haus.

    Kondisi ini juga boleh menyebabkan pelbagai masalah. Sebagai contoh:

    1. Otot regang. Kadangkala, otot boleh mengalami regangan yang keterlaluan hingga berlakunya koyakan. Perkara ini berlaku apabila anda mengangkat barang yang terlalu berat atau dengan postur badan yang tidak betul.
    2. Disk melejit (herniated disks). Cakera yang normal bersifat boleh lentur. Apabila ia ditekan, ada beberapa bahagian yang boleh terkeluar daripada tulang belakang anda.
    3. Sciatica. Apabila saraf mengalami inflamasi, anda mungkin rasa sakit dan pedih ketika duduk yang menjalar hingga ke kawasan kaki.

    Bukan itu sahaja, ada banyak lagi punca sakit belakang seperti jangkitan pada kawasan tulang belakang, penyakit batu karang, aneurisma dan juga tumor.

    Malah, ada juga risiko sebanyak 1% untuk mereka yang mengalami sakit belakang didiagnosis dengan masalah kesihatan seperti kanser.

    Rawatan untuk sakit belakang

    punca sakit belakang

    Setiap orang mempunyai solusi yang berbeza-beza mengenai sakit belakang yang dialami.

    Oleh sebab itu, anda bebas mencuba semua rawatan ini untuk mencari yang manakah sesuai untuk melegakan kesakitan yang anda alami.

    Di bawah kami akan memberikan beberapa cara yang mungkin berkesan sebagai rawatan sakit belakang:

    1. Pastikan postur tidur lebih baik

    Apabila anda mempunyai sakit belakang, aktiviti yang mudah seperti tidur pun boleh membuatkan anda rasa sakit. 

    Malah, kesakitan ini jugalah yang membuatkan anda sukar untuk tidur malam.

    Sebagai langkah penyelesaian, cuba tidur pada sisi badan anda. Letakkan bantal di antara dua kaki anda untuk memastikan tulang belakang berada di dalam posisi yang neutral. 

    2. Duduk dengan betul

    Jangan main-main, duduk dengan cara yang salah juga boleh membuatkan belakang anda sakit! 

    Lebih-lebih lagi jika anda suka duduk dengan belakang yang membengkok ketika menonton televisyen atau melakukan kerja.

    Cuba duduk dengan belakang yang tegak. Jika anda sukar untuk mengekalkan posisi ini dalam satu tempoh masa yang lama, cuba letakkan bantal kecil di belakang badan anda. 

    Selain itu, pastikan juga tapak kaki anda diletakkan rata pada lantai.

    3. Ambil ubat untuk merawat sakit belakang

    Kadangkala, sukar untuk kita meneruskan aktiviti harian jika sakit belakang kerap mengganggu.

    Tidak ada salahnya jika anda berhubung dengan ahli farmasi berdekatan dan membeli ubat tahan sakit secara over-the-counter.

    Namun, elakkan terlalu bergantung pada ubat-ubatan sebagai rawatan sakit belakang. Jika boleh, lakukan juga senaman untuk menyelesaikan masalah sakit belakang yang anda alami.

    4. Lakukan terapi fizikal

    rawatan sakit belakang

    Ahli terapi fizikal dapat membantu anda untuk membetulkan postur badan yang salah ketika duduk, berdiri dan bergerak. 

    Mereka juga boleh mencadangkan beberapa jenis senaman yang sesuai untuk membina ketahanan badan.

    Ketahanan badan yang kuat merupakan faktor yang penting untuk mengelakkan sakit belakang berulang semula pada masa hadapan.

    5. Berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut

    Jika anda mengalami sakit belakang yang kronik, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor boleh memberikan preskripsi ubat-ubatan yang sesuai dengan kondisi anda.

    Malah, doktor juga boleh melakukan pemeriksaan lain untuk mengesan sama ada sakit belakang yang anda alami berlaku disebabkan penyakit lain ataupun tidak.

    Kesimpulan

    Masalah sakit belakang merupakan sesuatu yang menjadi mimpi ngeri ramai orang.

    Tidak kiralah apa jua punca sakit belakang yang anda alami, penting untuk anda mendapatkan rawatan yang bersesuaian supaya kualiti hidup anda tidak terjejas.

    Berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Tidak ada gunanya jika anda melambat-lambatkan pemeriksaan. Takut nanti, makin teruk pula sakit belakang yang anda alami itu!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan