backup og meta

Mengapa Orang Merokok?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    Mengapa Orang Merokok?

    Merokok telah menjadi salah satu tabiat yang paling ketagih dalam masyarakat hari ini. Kita dapat melihat hampir semua peringkat umur merokok, dari remaja hingga dewasa. Tetapi, mengapa mereka merokok?

    Perokok muda dan sebab-sebabnya

    Terdapat banyak sebab mengapa seseorang merokok. Anak-anak muda merokok kerana mereka fikir ia adalah cool. Semasa remaja, anak-anak muda terdedah kepada filem dan video muzik yang menampilkan perokok. Ini membeihkan di dalam minda mereka idea bahawa merokok sebenarnya boleh membuat mereka kelihatan seperti idola mereka yang cool, dan cantik. Tambahan pula, mereka lebih cenderung untuk merokok jika mereka dikelilingi oleh ibu bapa atau orang dewasa lain yang merokok. Jika rakan-rakan mereka merokok, mereka boleh mengalami tekanan rakan sebaya yang menyebabkan mereka merokok. Oleh kerana mereka berada di alam remaja di mana melanggar apa yang dilarang adalah sesuatu yang menarik, mereka teruja untuk menyelinap keluar demi satu sedutan rokok semasa kelas.

    Dewasa dan merokok

    Bagi orang dewasa, ia lebih rumit daripada sekadar menunjuk-nunjuk. Apa yang membuat orang dari merokok adalah perasaan yang dirasai bagi setiap sedutan. Merokok memberikan nikotin ke dalam badan. Nikotin kemudian bertindak balas ke atas sistem saraf, menjana dopamin – bahan kimia yang dikeluarkan apabila kita rasa selesa. Dalam erti kata lain, merokok menjadikan perokok merasakan kenikmatan hanya selama beberapa minit. Selepas itu, mereka mungkin rasa tidak selesa dan jengkel, yang membawa kepada kecenderungan untuk menyalakan rokok lain. Jadi, mereka merokok lagi. Apabila badan sudah terbiasa dengan nikotin, ia menyebabkan toleransi. Perokok kini perlu meningkatkan jumlah pengambilan nikotin untuk mendapatkan perasaan menyenangkan itu kekal lebih lama. Pendedahan yang berpanjangan kepada nikotin kini menyebabkan penarikan nikotin apabila mahu berhenti merokok.

    Apakah kesan perkara ini terhadap orang dewasa? Mereka kini perlu berurusan dengan banyak lagi aspek kehidupan seperti keluarga, kerja, hubungan, masalah peribadi, dan lain-lain Mereka sangat memerlukan sesuatu untuk menenangkan fikiran mereka buat sementara waktu. Mereka memerlukan satu cara untuk bersantai. Ada yang memilih untuk minum alkohol, ada yang memilih untuk merokok, dan ada yang mengambil kedua-duanya. Sejak mereka menghisap rokok pertama, mereka menyedari bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk menghadapi kesan kekurangan rokok. Jadi mereka teruskan merokok.

    Terdapat juga jenis perokok yang menggunakan rokok elektronik. Mereka digelar “vaper”. Walaupun vaping dilihat sebagai tidak berbahaya kerana terdapat kurang nikotin dalam alat tersebut, ia boleh membantu menyediakan anak-anak muda sebelum merokok secara rasmi dengan meniru pergerakan menyedut dan penggunaan nikotin. Dan ini juga seolah-olah cool dalam kanak-kanak pada hari ini.

    Merokok adalah umumnya buruk. Merokok berpotensi menyebabkan penarikan nikotin yang memerlukan komitmen untuk berhenti merokok sepenuhnya. Walau bagaimanapun, mereka yang tidak merokok tidak sepatutnya memulakan atas apa jua sebab walaupun mereka mahu mendapatkan keseronokan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan