backup og meta

5 Tip Mudah Kalau Anda Nak Tambah Tinggi, Faktor Paling Penting, Jaga Pemakanan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/01/2024

    5 Tip Mudah Kalau Anda Nak Tambah Tinggi, Faktor Paling Penting, Jaga Pemakanan!

    Lahir dalam keluarga yang rendah atau pendek, jadi anda juga mungkin tidak akan begitu tinggi. Pun begitu, adakah wujud tips untuk tinggi yang individu boleh cuba? Jawapannya, ada! Jom baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa yang bakal mempengaruhi ketinggian?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah amat penting untuk kita semua tahu apa perkara yang bakal mempengaruhi ketinggian. Adakah ia ketetapan genetik yang ada di dalam keturunan?

    Menurut National Library of Medicine, genetik merupakan faktor utama yang akan menentukan tinggi individu. Jadi, anda perlu lihat kepada ibu, bapa atau adik-beradik anda terlebih dahulu.

    Jika kedua-dua ibu bapa anda memiliki tubuh badan yang tinggi, maka peluang anda untuk tinggi mungkin agak cerah.

    Sebaliknya pula kalau hanya salah satu pihak sahaja yang tinggi kerana anda akan mengikut genetik mana yang lebih kuat.

    tips untuk tinggi
    Penyebab tumbesaran anak terbantut.

    Dalam pada itu, wujud juga beberapa perkara lain yang bakal mempengaruhi ketinggian anda termasuk pengambilan nutrisi dari sumber makanan dan minuman terutama ketika awal fasa akil baligh.

    Buat anda yang sudah penat digelar dan diejek ‘ayam katik’, mungkin ada beberapa tips untuk tinggi yang boleh dicuba!

    Makanan untuk tinggi anda boleh cuba

    Anda tidak perlu fikir hingga mahu membuat pembedahan pemanjangan kaki atau lain-lain, makanan untuk tinggi mungkin boleh membantu anda mencapai ketinggian tubuh badan yang lama didambakan.

    Berikut beberapa contoh makanan berserta nutrien penting yang boleh membantu anda menjadi lebih tinggi:

    • Telur
    • Susu
    • Daging ayam
    • Ubi keledek
    • Kacang pis
    • Sayur bayam
    • Sayur brokoli
    • Sayur pak choy
    • Buah beri

    Kenapa makanan di atas termasuk di dalam tips untuk tinggi? Ia ekoran kandungan nutrisi terutama protein, fosforus, karotenoid, zink, kalsium, kalium, magnesium, zat besi serta banyak vitamin dan mineral lain.

    diet untuk tinggi
    Jenis makanan berkhasiat.

    Antara lain tips untuk tinggi yang mudah

    Selain daripada makanan-makanan di atas, ada lagi beberapa cara tambah tinggi 10 cm yang mungkin anda boleh cuba dan ia merangkumi perubahan dalam gaya hidup. Berikut adalah antara perkara berikut:

    #1. Ambil suplemen tambahan

    Pertama dan paling penting, anda kena tahu bahawa kadangkala makanan dan minuman di dalam diet mungkin tidak cukup nutrisi yang anda perlukan untuk jadi tinggi. Jadi, anda memerlukan suplemen tambahan untuk elak malnutrisi.

    Selain protein dan kalsium yang memang popular, dapatkan juga suplemen lain sesuai dengan saranan pakar diet anda.

    Senaman untuk tinggi #2. Aktiviti yoga

    Kedua, ramai yang percaya bahawa yoga mampu membantu meningkatkan ketinggian hasil daripada pergerakan yang dapat menguatkan otot, meluruskan tulang serta memperbaiki postur tubuh badan.

    Meskipun ada logiknya, namun sebenarnya ia kurang tepat kerana ia hanya dapat ‘mencantikkan’ namun tidak ‘meninggikan’ tubuh badan.

    Tips tinggi #3. Bola keranjang

    Ketiga, ramai juga percaya bahawa sukan bola keranjang boleh membantu meningkatkan ketinggian memandangkan majoriti pemain sukan ini yang tinggi belaka sedangkan ia mungkin tidak begitu tepat.

    Tetapi, memang benar ia akan membuat anda lebih sihat menurut kajian terbitan Journal of Sport and Health Science.

    tips untuk tinggi
    Postur tidur yang betul.

    #4. Memperbaiki postur tubuh, antara tips tinggi

    Kadangkala, anda mungkin nampak agak pendek atau rendah gara-gara postur tubuh badan anda yang membongkok.

    Dengan memperbaiki postur tubuh yakni meluruskan dan menegakkan tulang belakang, maka anda mampu mencapai ketinggian maksimum badan sekali gus bakal membuat kalian tampak lebih tinggi.

    #5. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup sebagai cara tambah tinggi 10 cm

    Akhir sekali, rehat dan tidur cukup juga adalah antara tips untuk tinggi yang agak efektif kerana ia mungkin akan membantu memperbetulkan jam biologi atau ritma sirkadian yang penting bagi kesihatan tulang.

    Supaya tulang anda lebih sihat, kuat dan tubuh badan tinggi, dapatkan rehat dan tidur yang cukup sekitar 7 ke 8 jam.

    Konklusinya, tip-tip di atas ini mungkin cuma sekadar petua yang masih perlu kajian lanjut agar kita benar-benar pasti tentangnya. Sebaiknya, fokus kepada makanan-makanan penambah tinggi tadi ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan