backup og meta

Selain Mudah Lupa, Warga Emas Sering Alami Masalah Kencing Tak Lawas, Ini 6 Puncanya!

Selain Mudah Lupa, Warga Emas Sering Alami Masalah Kencing Tak Lawas, Ini 6 Puncanya!

Masalah inkontinens urin atau kencing tak lawas sebenarnya kerap berlaku dalam kalangan warga emas.

Penjaga golongan warga emas ini pasti tertanya-tanya apakah punca keadaan ini dalam kalangan mereka yang berusia ini? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Masalah inkontinens urin

Secara umumnya, masalah kencing tak lawas merujuk kepada pengeluaran air kencing yang tidak disengajakan.

Sesetengah individu mungkin akan mengalami masalah seperti air kencing terkeluar dengan sendiri tanpa sengaja, atau keluarnya titisan air kencing selepas membuang air kecil.

Ada juga keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan secara keseluruhan ke atas pundi kencingnya sendiri.

Terdapat beberapa jenis keadaan kencing seperti masalah pundi kencing yang terlampau aktif. Ini amat kerap berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah demensia atau nyanyuk.

inkontinens urin

Apabila pundi kencingnya menjadi sangat aktif, ia akan membuatkan seseorang itu berasa ingin kencing secara tiba-tiba atau kerap kencing.

Wanita juga mempunyai risiko untuk mengalami beberapa jenis keadaan kencing yang tidak lawas yang disebut kencing tak lawas tekanan.

Ini berlaku apabila sesorang wanita itu batuk, bersin atau ketawa, ia akan membuatkan air kencing terkeluar sedikit dengan sendirinya.

Punca inkontinens urin dalam kalangan warga emas

Warga emas seperti datuk dan nenek kita merupakan antara golongan yang sangat berisiko untuk mengalami masalah ini.

Dalam kebanyakan kes yang berlaku, ia disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan yang sebenarnya boleh dirawat.

Antara punca masalah kesihatan yang menyebabkan kencing tak lawas dalam kalangan warga emas ialah:

inkontinens urin

  • Jangkitan salur kencing (UTI): Bakteria memasuki saluran air kencing lalu menjangkiti pundi kencing atau buah pinggang. Antara simptom-simptom jangkitan pada salur kencing ialah kerap berasa ingin kencing, rasa sakit sewaktu membuang air, atau rasa seperti terbakar semasa membuang air kecil. Anda juga mungkin akan mengalami demam dan inkontinens urin. Keadaan jangkitan pada salur kencing ini boleh dirawat melalui pengambilan ubat antibiotik
  • Mengalami sembelit: Keadaan sembelit Urinary incontinencesememangnya tidak membuatkan anda berasa selesa. Apabila sembelit terjadi, anda akan berasa sukar untuk membuang air kecil atau menahannya
  • Masalah pada kelenjar prostat: Keadaan ini hanya berlaku dalam kalangan lelaki sahaja seperti berlakunya pembesaran pada prostat. Namun ia boleh dirawat
  • Kesan sampingan ubat-ubatan: Terdapat juga beberapa kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kencing tak lawas
  • Masalah berkaitan usus yang lain seperti sindrom iritasi usus (IBS)

Masalah kencing tidak lawas dalam kalangan warga emas yang nyanyuk

Kencing yang tidak lawas adalah satu simptom yang akan berkembang pada peringkat akhir demensia.

Sekitar 60 hingga 70% penghidap Alzheimer akan mengalami masalah inkontinens urin. Namun, ia tidak bermakna kesemua penghidap demensia akan atau pasti mendapat masalah ini.

Apabila datuk dan nenek anda mengalami demensia atau nyanyuk, kemampuannya untuk bertindak dengan pantas atau mengingati sesuatu akan menjadi semakin berkurangan.

Mereka mungkin tidak lagi mengetahui bahawa mereka sedang merasakan sensasi hendak membuang air kecil atau membuang air besar.

Antara sebab berlakunya masalah kencing yang tidak lawas dalam kalangan warga emas ialah:

  • Tidak mengetahui di manakah lokasi tandas yang sepatutnya dituju
  • Masalah dalam berkomunikasi
  • Tidak mampu untuk pergi ke tandas tepat pada masanya
  • Tidak mampu untuk bergerak ke sana sini

Baca juga:

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar inkontinens urin di rumah dalam kalangan warga tua?

Bagi datuk dan nenek anda, terutamanya yang mempunyai masalah nyanyuk, sila ikuti beberapa langkah seperti di bawah ini:

  • Bantu mereka untuk mengenal pasti lokasi tandas di rumah. Letakkan petunjuk pada pintu tandas dalam bentuk perkataan dan juga gambar untuk membantu mereka memahaminya. Petunjuk tersebut mestilah jelas dan mudah untuk dilihat pada paras mata mereka. Anda juga perlu membantu mereka untuk mengetahui bahawa tandas berada dalam keadaan kosong tanpa pengguna lain. Buka pintu tandas jika ia tidak digunakan oleh sesiapa agar datuk dan nenek anda boleh melihatnya

inkontinens urin

  • Mudahkan laluan mereka untuk mencari lokasi tandas di rumah. Alihkan segala perabot dan bukakan sebarang pintu untuk mereka jika mereka sukar untuk melakukannya bersendirian. Laluan ke tandas dan tandas itu sendiri perlulan berada dalam keadaan yang cerah atau bercahaya untuk memudahkan mereka melihatnya
  • Sediakan segala kemudahan dalam tandas yang memudahkan mereka untuk menggunakan tandas. Pasangkan pemegang tangan atau bangku yang boleh memudahkan mereka menggunakan tandas. Pastikan juga lantai tidak berada dalam keadaan yang licin dengan memasang sebarang tikar getah khas untuk tandas atau bilik air

Kesimpulan

Warga emas yang mempunyai masalah kencing yang tidak lawas memerlukan bantuan ahli keluarga yang lain untuk menghadapinya. Apatah lagi jika warga emas ini menghidap demensia atau nyanyuk.

Keadaan ini pastinya akan menjadi lebih sukar di rumah. Namun, dengan beberapa langkah yang boleh diikuti, kita sememangnya dapat mengurangkan kadar berlakunya inkontinens urin di rumah dalam kalangan datuk dan nenek.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Alzheimer’s Disease And Incontinence. https://www.bladderandbowel.org/associated-illness/alzheimers-and-incontinence/, Accessed on Oct 18, 2020
  2. Toilet problems, continence and dementia. https://www.alzheimers.org.uk/get-support/daily-living/toilet-problems-continence#content-start, Accessed on Oct 18, 2020
  3. Urinary incontinence. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urinary-incontinence/symptoms-causes/syc-20352808, Accessed on May 8, 2023
  4. Urinary Incontinence in Older Adults. https://www.nia.nih.gov/health/urinary-incontinence-older-adults#, Accessed on May 8, 2023
  5. What is Urinary Incontinence? https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/u/urinary-incontinence, Accessed on May 8, 2023

Versi Terbaru

10/05/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Air Kencing Berbau Kuat? Ini PUNCA UTAMA & Cara Untuk Mengatasinya

Air Kencing Berdarah Petanda Hematuria! Ini Simptom, Punca Dan Rawatannya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan