Namun begitu, tidak semua kanak-kanak yang menghidapi ASD mempunyai masalah komunikasi. Walaupun skil komunikasi mereka agak terhad, mereka masih mampu bercakap dan memahami percakapan individu lain secara terhad. Ada kanak-kanak yang tidak mampu untuk bercakap atau mengujarkan kata. Ada juga yang tidak mampu untuk mengekspresikan perasaan mereka. Pun begitu, ada juga kanak-kanak yang mampu bertutur seakan seorang profesional dalam bidang yang digemari.
Berikut merupakan beberapa masalah komunikasi yang terdapat pada kanak-kanak yang menghidapi ASD yang anda perlu tahu:
- Menggunakan bahasa yang berulangan: kanak-kanak ini mungkin akan mengulang kata-kata yang mereka dengar di kaca televisyen atau kata-kata yang didengar secara berulangan daripada individu lain. Mereka akan mengujarkan perkataan atau ayat yang kadang-kadang tidak mempunyai maksud atau tidak kena-mengena di dalam perbualan. Mereka mungkin akan bertindak balas terhadap soalan anda dengan bertanya kembali soalan anda. Mereka juga mungkin akan menggunakan suara yang dibuat-buat dan cenderung memulakan perbualan dengan menggunakan nama mereka.
- Mempunyai keupayaan dalam sesuatu bidang: kanak-kanak ini mungkin akan mempunyai keupayaan dalam sesuatu bidang seperti mengira atau melukis. Mereka juga mampu untuk bercakap seorang diri sepanjang hari mengenai minat mereka. Tetapi mereka tidak mampu untuk berkomunikasi secara dua hala dengan individu lain.
- Perkembangan bahasa yang tidak normal: kanak-kanak ini masih mampu untuk mengembangkan skil bahasa mereka namun tidak seperti kanak-kanak lain. Ada kanak-kanak yang mampu untuk membaca buku atau surat khabar ketika berumur 5 tahun namun tidak memahaminya. Ada juga kanak-kanak ini yang tidak akan bertindak balas sekiranya anda memanggil nama mereka.
- Tidak mampu untuk berkomunikasi dengan gerak tubuh secara normal: kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran untuk mengekspresikan perasaan mereka melalui mimik muka. Mereka juga cenderung untuk mengelak eye contact apabila mereka berada dalam sebuah perbualan dan mereka juga tidak akan melihat sesuatu yang mereka tidak berminat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen