backup og meta

Suka Pasang Wallpaper? JANGAN Tampal Kertas Dinding Di Bilik Air! Ini Sebabnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 05/09/2022

    Suka Pasang Wallpaper? JANGAN Tampal Kertas Dinding Di Bilik Air! Ini Sebabnya

    Kertas dinding banyak digunakan bagi mencantikkan suasana di dalam rumah seperti ruang tamu dan bilik air, dengan pelbagai rekaan corak menarik.

    Bergantung pada ruangan, ia boleh jadi mudah atau sukar untuk dihiasi dengan objek serta tampalan kertas juga bergantung kepada saiz dan bentuknya.

    Dalam banyak-banyak ruang, bilik air sudah semestinya antara yang paling mudah untuk dihiasi memandangkan ia lazimnya bersaiz kecil.

    Ada yang mengecat dinding bilik air mereka dan ada juga yang menggunakan kertas tampalan bagi menampakkan corak yang unik pada ruangan tersebut.

    Apa yang anda semua mungkin tidak tahu adalah penggunaan kertas tampalan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan.

    Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Lembapan pada kertas dinding boleh sebabkan masalah kulat

    bilik air

    Bilik air adalah satu ruangan yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

    Jika ia tidak dibersihkan secara berkala, kulat boleh membiak dengan cepat dan menyebabkan simptom kepada mereka yang sensitif terhadapnya.

    Bagi mereka yang menggunakan kertas tampalan pada dinding bilik air, pertumbuhan kulat boleh berlaku di belakang kertas tersebut.

    Perkara ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya kertas dinding yang anda gunakan diperbuat daripada selulosa.

    Ia boleh menjadi sumber nutrien bagi membantu pembiakan kulat menyebabkan kadar pertumbuhannya jadi lebih cepat.

    Keadaan ini menyukarkan proses pembersihan dan jika tidak diatasi dengan segera, ia boleh melarat sehingga menyelubungi sebahagian besar dinding bilik air.

    Oleh itu, bagi mereka yang sudah menggunakan kertas dinding di kawasan bilik air, pemeriksaan perlu dilakukan secara kerap.

    Bukan mudah untuk mengesan kehadiran kulat terutamanya apabila ia berkumpul di sebalik kertas tampalan.

    Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang boleh berikan ‘klu’ kepada anda jika ada kulat di sebalik kertas dinding yang menyelubungi kawasan tertentu.

    Gelembung udara boleh terbentuk pada kawasan terkesan dan ada juga kertas dinding yang tertanggal apabila kulat sudah mendominasi.

    Bagi kertas dinding nipis atau berwarna cerah pula, perubahan warna pada kawasan tertentu merupakan tanda yang agak jelas terutamanya jika ia melibatkan kulat hitam.

    Kenali simptom alergi kulat

    kertas dinding

    Setiap individu mempunyai tindak balas berbeza apabila ia berkaitan dengan pertumbuhan kulat.

    Kebanyakan simptom melibatkan saluran pernafasan atas dan ia sama seperti mereka yang mengalami gejala alergi:

    1. Bersin
    2. Batuk
    3. Gatal mata, hidung dan tekak
    4. Hidung berair atau tersumbat
    5. Mata berair
    6. Kulit menjadi kering dan bersisik

    Bukan semua individu akan menunjukkan simptom yang sama seperti apa yang tersenarai di atas.

    Ada yang tidak mempunyai sebarang simptom walaupun dinding bilik air mereka atau di sebalik kertas tampalan penuh dengan kulat.

    Segelintir juga boleh mengalami simptom alergi dalam satu jangka masa panjang terutamanya jika mereka tidak sedar akan kehadiran kulat tersebut.

    Apa yang lebih teruk adalah jika anda mempunyai masalah asma.

    Simptom asma seperti sesak nafas dan sebagainya boleh tercetus apabila seseorang yang ada asma terdedah kepada spora yang dihasilkan oleh kulat.

    Dalam keadaan ini, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga dengan masalah asma, lebih elok jika anda tidak menggunakan kertas dinding.

    Jika anda memang ingin menggunakannya, pasangkan ia pada jarak yang jauh daripada sumber percikan air.

    Pastikan juga anda sentiasa memeriksa jika terdapat gelembung udara untuk mengelakkan pertumbuhan kulat tanpa disedari.

    Adakah penggunaan kertas tampalan di dalam bilik air perlu ditegah?

    kertas dinding

    Mungkin ada dalam kalangan anda yang suka akan nilai estetika yang dibawa oleh kertas tampalan terhadap persekitaran bilik air.

    Walaupun ia bukan satu keadaan yang ideal, anda masih boleh menggunakan kertas dinding di dalam bilik air.

    Namun sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan:

  • Gunakan kertas dinding yang diperbuat daripada vinil. Ia kalis lembapan dan boleh menghalang pertumbuhan kulat
  • Sebelum anda lekatkan kertas tampalan, lekatkan dulu kertas lapisan anti kulat
  • Gunakan gam yang mempunyai ciri-ciri anti kulat
  • Gunakan kipas bilik air semasa mandi untuk menghindarkan wap air meresap masuk ke dalam kertas tampalan
  • Buka tingkap semasa dan selepas mandi untuk memastikan wap air boleh keluar
  • Bersihkan habuk yang berkumpul pada kertas tampalan pada kekerapan seminggu sekali atau dua kali seminggu
  • Konklusi

    Jangkitan atau komplikasi yang disebabkan oleh pertumbuhan kulat pada kertas dinding tidak boleh dipandang ringan.

    Seelok-eloknya, usahlah gunakan hiasan sedemikian untuk menghiasi bilik air.

    Namun, jika anda ingin menggunakannya, pastikan anda melakukan sedikit pengubahsuaian seperti yang dinyatakan di atas. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 05/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan