Datuk Dan Nenek Akan Lebih Positif Jika Bersama Cucu Mereka, Betul Ke Kajian Ni?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pada musim cuti sekolah, pasti ramai ibu bapa yang menggunakan peluang ini dengan membawa anak-anak mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mungkin ada yang datang menziarahi ibu bapa mereka di kampung selama beberapa hari dan mungkin juga ada yang meninggalkan anak-anak mereka di kampung sepanjang cuti sekolah bagi menemani datuk dan nenek mereka yang kesunyian.

Apatah lagi jika orang tua di kampung itu tinggal bersendirian dan hanya mengharapkan kepulangan anak dan cucu mereka bagi mengembirakan hati mereka. 

Adakah anda tahu, hubungan yang wujud antara datuk atau nenek bersama-sama cucu mereka ini sebenarnya memberikan kesan yang amat positif bagi mereka.

Anda ingin tahu apakah rangsangan positif tersebut? Teruskan pembacaan anda ke bahagian yang selanjutnya!

Kembangkan lingkungan sosial datuk dan nenek

Berdasarkan kajian terbaharu yang dijalankan oleh para saintis, datuk dan nenek yang turut terlibat dalam penjagaan cucu mereka adalah kurang mengalami kesepian kerana ia memperluaskan lingkungan sosial mereka.

penjagaan warga emas

Ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap seramai lebih kurang 4,000 orang orang tua dengan bertanyakan kepada mereka beberapa soalan termasuklah soalan ‘berapa ramaikah jumlah individu yang rapat dengan anda?’.

Berdasarkan hasil kajian tersebut, kajian mendapati bahawa mereka yang mengambil berat atau menjaga cucu adalah lebih cenderung untuk kurang merasa kesepian selain mempunyai lebih ramai rakan.

Para penyelidik juga mendapati, dengan menjaga cucu akan membantu meningkatkan keyakinan dan harga diri seseorang individu tersebut selain membantu mereka agar berasa muda kembali.

Kaedah kajian yang dijalankan

Kajian ini telah dijalankan oleh penyelidik di Universitatsklinikum Hamburg-Eppendorf, Hamburg, Jerman dengan menggunakan data daripada tinjauan terhadap 3,849 orang datuk dan nenek.

Kesemua responden kajian ini telah mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut pada tahun 2014 yang lalu dan mereka mempunyai purata umur 66 tahun.

Dalam kalangan mereka, kurang daripada ⅓ daripada jumlah ini iaitu hanya seramai 1,125 individu menjaga cucu mereka secara aktif.

Daripada jumlah 1,125 individu tersebut, lebih separuh daripadanya adalah wanita dan 80% daripada mereka adalah pasangan yang telah berkahwin dan tinggal bersama dengan pasangan mereka. 

Kaedah tinjauan yang terlibat

Responden atau peserta kajian yang terdiri daripada datuk dan nenek ini telah diminta untuk memberikan rate atau penarafan berkenaan seberapa banyak mereka bersetuju dengan pernyataan-pernyataan yang diberikan kepada mereka.

penjagaan warga emas di rumah

Mereka diberikan dengan empat skala, dengan skala keempat adalah skala dengan nilai sangat tidak bersetuju. 

Antara pernyataan yang diberikan termasuklah, ‘saya rindu untuk orang-orang berada di sekitar saya yang membuatkan saya berasa selesa’, ‘saya sering berasa ditolak’, dan ‘saya berasa seperti saya disisihkan’.

Skor keseluruhan yang semakin tinggi menunjukkan tahap kesepian dan pengasingan sosial yang lebih tinggi.

Bagi datuk dan nenek yang menjaga cucu mereka, purata bagi skor kesepian adalah sebanyak 1.7, dan purata skor pengasingan sosial pula adalah sebanyak 1.6.

Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai peranan dalam menjaga cucu mereka secara aktif, mereka mempunyai purata skor kesepian yang lebih tinggi iaitu 1.8, manakala skor pengasingan sosial pula adalah sebanyak 1.6.

Datuk dan nenek yang mempunyai peranan penjagaan cucu juga mempunyai hubungan dengan lebih seorang individu berbanding daripada mereka yang tidak menjaga cucu mereka.

Margin antara kedua-dua hasil kajian ini adalah tipis.

Walau bagaimanapun, pakar menyatakan terdapat petunjuk yang menunjukkan bahawa mereka yang menjaga cucu mempunyai kesan positif terhadap diri mereka. 

Penjagaan cucu banyak manfaat

cucu kesayangan

Ketua penyelidik, Profesor Eleanor Quirke menyatakan bahawa, membantu keluarga mereka untuk menyeimbangkan pekerjaan dan keluarga dengan menyediakan penjagaan cucu tambahan boleh meningkatkan harga diri datuk dan nenek.

Selain itu, ia juga dapat memudahkan hubungan positif yang berterusan dengan anak-anak dan cucu mereka.

Profesor Eleanor turut menambah, menjaga cucu juga dapat mengembangkan lingkaran sosial datuk dan nenek selain membolehkan peluang yang lebih lanjut untuk menjalin hubungan dengan ibu bapa atau orang tua yang lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada 6 Masalah Gigi Kanak-kanak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada! Awas Dengan #4 Ya?

Terdapat banyak masalah gigi kanak kanak yang ibu bapa perlu waspada untuk mereka senyum cantik dewasa kelak. Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Kesihatan Anak, Kesihatan Anak Lain 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Selepas bersalin, perkara apa paling difikirkan oleh ibu? Sudah tentulah mengenai kerja rumah yang bertimbun, keadaan rumah bersepah dan sebagainya, kan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Kehamilan, Tips Hamil 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Bayi, Keibubapaan, Penjagaan Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

Aplikasi TikTok boleh dikatakan sebagai platform media sosial yang popular masa kini. Namun adakah ia selamat untuk kanak-kanak atau sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Perkembangan Remaja, Remaja 10/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sebab kencing tak lawas

Ibu Lepas Bersalin Lebih Berisiko Alami Kencing Tak Lawas! Apa Boleh Dibuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
batuk berdarah

Risaunya Jika Anak Batuk Keluar Darah, Cukupkah Sekadar Beri Air Kosong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 2 minit bacaan
contoh teladan

Mama Babah Kena Jaga Pertuturan Depan Anak, Kalau Anak Dah Terikut, Susah Nak Ubah Nanti!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
peranan ibu bapa

Si Kecil Nak Buat Semua Perkara Sendiri? Sebagai Parents Ini Cara Untuk Galakkan Anak Berdikari

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan