Anda pasti pernah berdepan situasi apabila membuang air kecil, kemudian timbul bau yang tidak menyenangkan. Tetapi kenapa ya boleh wujud masalah kencing berbau ini?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Anda pasti pernah berdepan situasi apabila membuang air kecil, kemudian timbul bau yang tidak menyenangkan. Tetapi kenapa ya boleh wujud masalah kencing berbau ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Air kencing berwarna jernih atau mungkin sedikit kekuningan, dengan sedikit bau adalah perkara normal. Tetapi apabila bau yang timbul terlalu kuat, ia mungkin didasari punca tertentu.
Terdapat beberapa faktor utama yang boleh menjadi punca berlaku masalah urin berbau, antara:
Wanita mengandung
Dikatakan sewaktu hamil, kandungan hormon chorionic gonadotrophin (HCG) akan meningkat di dalam darah dan akan disingkirkan melalui pembuangan air kecil. Keadaan ini sekali gus menjadi penyebab mengapa bau urin sedikit kuat.
Penyakit dan keadaan kesihatan
Terdapat beberapa keadaan penyakit serta keadaan yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku, seperti:
Pemakanan
Diet makanan tertentu juga boleh menyebabkan urin berbau. Ia disebabkan kandungan mineral atau nutrisi dalam makan yang dimakan.
Makanan seperti asparagus, makanan berempah, bawang putih, petai, dan jering merupakan antara makanan punca urin berbau kuat.
Ubat
Pengambilan ubatan tertentu seperti antibiotik, vitamin juga boleh menyebabkan seseorang individu mengalami masalah urin berbau.
Dehidrasi
Jika kuantiti urin anda sedikit dan pekat, ia menunjukkan bahawa badan anda kekurangan air. Keadaan ini biasanya berlaku pada waktu pagi dan menyebabkan urin lebih berbau.
Minuman
Selepas meminum minuman seperti kopi, perasan tak urin anda sedikit berbau?
Jika bau yang terhasil kuat, itu tandanya anda perlu mengurangkan pengambilan minuman berkafein ini.
Malahan minuman beralkohol juga dikatakan boleh menyebabkan urin berbau.
Masalah kencing bau kuat mungkin boleh dianggap sebagai satu isu yang biasa jika faktor yang mendasari keadaan itu adalah disebabkan pemakanan.
Walau bagaimanapun, jika keadaan ini semakin teruk, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada pakar perubatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen