backup og meta

5 Sebab Rumah Masih Berbau Walaupun Sudah Kemas Dan Cuci, Si Comel Jadi Puncanya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/10/2022

    5 Sebab Rumah Masih Berbau Walaupun Sudah Kemas Dan Cuci, Si Comel Jadi Puncanya?

    Rasanya, setiap sudut serta celah rumah telah anda bersihkan dengan teliti namun kenapa masih berbau lagi ya? Mungkin ada sebab yang anda masih belum tahu! Teruskan baca artikel ini untuk tahu apa dan bagaimana petua hilangkan bau busuk dalam rumah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

    Apa punca rumah anda masih berbau busuk?

    Mungkin ramai yang akan menyalahkan udara daripada luar sebagai punca sebenar rumah berbau tetapi tidak sedar jika bau kurang menyenangkan itu datang dari dalam kediaman sendiri.

    Untuk pengetahuan anda semua, beberapa aspek yang berikut boleh menjadi punca rumah berbau:

    • Sisa makanan atau minuman
    • Pakaian dan fabrik terpakai
    • Saluran air yang tersumbat
    • Sampah tidak dibuang dengan betul
    • Haiwan peliharaan

    Dalam pada itu, tentu sahaja tabiat atau rutin membersihkan rumah secara ‘ala kadar‘ boleh menyebabkan rumah berbau busuk. Jadi, semuanya mungkin berbalik kepada diri sendiri.

    petua hilangkan bau busuk dalam rumah

    Ini petua hilangkan bau busuk dalam rumah!

    Sebenarnya, tidak sukar untuk anda pastikan kediaman itu sentiasa kekal harum dan segar asalkan anda tahu, faham serta amalkan petua hilangkan bau busuk dalam rumah seperti yang berikut:

    #1. Sila makan dan minum dengan lebih cermat

    Pertama dan paling utama, rumah anda mungkin akan berbau terutama di dapur dan sinki adalah angkara sisa makanan atau minuman sendiri yang gagal dibuang serta dicuci dengan baik.

    Selain akan mendatangkan bau kurang menyenangkan, sisa makanan dan minuman yang bersepah di lantai, dapur atau sinki itu juga boleh menjadi ‘rumah’ kepada mikrob yang berbahaya.

    Apa yang anda boleh lakukan adalah sila makan dan minum dengan lebih cermat agar tiada sisa tertumpah ke lantai. Kemudian, segera cuci pinggan dan cawan sebelum ia mula menimbun.

    Petua hilangkan bau busuk dalam rumah #2. Kerap cuci baju

    Kadangkala, anda mungkin tidak berpeluang untuk mencuci pakaian dan fabrik yang telah dipakai dengan baik lalu menjadi punca ia berbau busuk atau hapak. Apabila ia tertimbun di dalam bakul dengan banyak dan lama, bau akan makin kuat.

    Jadi, sila cuci baju dengan kerap dan baik agar ia tidak akan mengganggu deria bau seisi rumah lagi. Jangan juga culas untuk lipat baju atau sangkut baju di almari.

    petua hilangkan bau busuk dalam rumah

    Petua hilangkan bau busuk dalam rumah #3. Selenggara paip rumah

    Bau busuk itu juga mungkin datangnya daripada tandas, sinki, atau mana-mana paip rumah yang telah tersumbat dan tidak diselenggara dengan baik. Akibat terperap dengan sangat lama, air yang terkumpul di dalam paip rosak itu akan membawa bau busuk.

    Sebaiknya, selenggara setiap paip di rumah anda sebulan sekali sebelum timbul sebarang masalah.

    #4. Buang semua sampah di rumah dengan baik

    Kebiasaannya, setiap rumah akan mempunyai banyak bakul sampah kecil dan satu tong besar bagi mengumpulkan sampah. Ini adalah suatu strategi pelupusan sampah yang efisien dan efektif.

    Apa yang akan menjadi masalah adalah apabila sampai di bakul dan tong tidak disusun atau diikat dengan baik sebelum dibuang sekali gus mengakibatkan satu rumah berbau busuk akibatnya.

    Dalam erti kata mudah, jangan simpan sampah lama-lama di dalam atau di luar rumah. Sebaiknya, sila buang semua sampah anda itu sekurang-kurangnya sekali sehari agar tiada lagi bau busuk.

    petua hilangkan bau busuk dalam rumah

    #5. Jika bela haiwan peliharaan, jaga dengan elok

    Memang seronok jika ada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing di dalam atau di luar rumah namun turut hadir dengan tanggungjawab besar lebih-lebih lagi jika mereka baka yang manja.

    Baka haiwan peliharaan yang khusus untuk dibela di dalam rumah itu memerlukan penjagaan rapi dari sudut pengurusan dan pembuangan najis kecuali ia telah dilatih ‘membuang’ dengan baik.

    Kami bukan kata salah untuk individu membela haiwan peliharaan asalkan mereka tidak membuat rumah anda berbau angkara najis yang gagal diuruskan dengan baik. Pilihan di tangan anda!

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Mengemas rumah itu adalah kunci utama

    Umumnya, petua hilangkan bau busuk dalam rumah adalah kita semua kena lebih rajin mengemas dan mengatur setiap benda yang ada. Persoalannya, berapa kerap individu perlu kemas rumah?

    Mungkin ini juga bergantung kepada individu itu sendiri yang sibuk dengan urusan harian masing-masing. Kalau anda tidak berkesempatan, boleh upah petugas kebersihan sekitar sehari sekali!

    Kesimpulannya, bagi memastikan rumah senantiasa wangi, anda boleh memasang alat pewangi automatik agar rumah terhindar daripada bau busuk. Pastikan juga anda ikuti 5 tip kami di atas.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan