backup og meta

8 Perkara Penting Tentang Kejadian Air Kencing Yang Perlu Kita Semua Tahu!

8 Perkara Penting Tentang Kejadian Air Kencing Yang Perlu Kita Semua Tahu!

Adakah anda mempunyai perasaan ingin tahu bagaimana urin terhasil atau bau serta warna air kencing? Apakah kandungan air kencing?

Jawapannya ada dalam perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana kandungan air kencing terhasil?

Apa yang mempengaruhi bau dan warna air kencing?

Sebahagian daripada kita akan menjawab ia terhasil dari cecair yang kita minum setiap hari.

Jawapan itu hampir betul. Tetapi air kencing adalah sisa cecair tubuh yang disingkirkan oleh buah pinggang yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing.

Buah pinggang menghasilkan air kencing apabila ia menapis semua toksin dan bahan-bahan yang tidak baik dari dari untuk mengekalkan cecair homeostasis.

Tubuh menyerap hampir 90 peratus daripada air kencing bersih dan selebihnya akan melalui saluran ureter ke pundi kencing, dan dikeluarkan dari tubuh melalui uretra.

Aktiviti fizikal, nutrisi/enzim dari makan yang diambil, air yang diminum, ubatan, dan penyakit yang dihidapi, akan mempengaruhi air kencing yang terhasil.

Kandungan air kencing

kandungan air kencing

Setiap individu menghasilkan antara 1-1.5 liter air kencing sehari.

Kandungan utama urin adalah 95 peratus air dan 5 peratus mineral dengan tahap yang berbeza; iaitu asid, ammonia, unsur organik, hormon, vitamin, enzim, dan lain-lain.

Urea atau asid urik menguasai bahan mineral. Dalam sehari, lebih kurang 30 gram urea akan disingkirkan dari tubuh badan.

Ia bergantung kepada apa yang anda makan dan minum. Individu yang mengambil banyak kafein dan alkohol mempunyai kadar kencing yang tinggi setiap hari.

Secara umum, setiap individu cenderung mengosongkan pundi kencing sehingga 8 kali sehari.

Tetapi jika merasakan anda kerap kencing daripada biasa, mungkin terdapat masalah pada kesihatan seperti diabetes.

Pundi kencing akan menjadi aktif apabila anda cuba menahan kencing.

Warna urin

Tidak semua individu memberi perhatian kepada air kencing yang dibuang. Sebenarnya, warna air kencing boleh memberitahu tahap kesihatan anda.

Sekiranya anda merasakan jumlah air yang anda minum adalah mencukupi, warna air kencing yang normal sepatutnya tidak berwarna atau berwarna kuning pucat kerana ia menunjukkan keseimbangan yang baik antara lebih atau kurang penghidratan.

Terlebih penghidratan boleh menyebabkan warna air kencing anda menjadi pekat dan menghasilkan warna yang lebih gelap.

kandungan air kencing

  • Jingga –  jika warna air kencing ini, ia bermakna, anda mengumpul beta-karotena, vitamin B2 yang tinggi yang disingkirkan dalam air kencing. Perhatikan apa yang anda makan, mungkin ia berlaku kerana pengambilan lobak yang terlalu banyak.
  • Hijau – semak jika menu anda mengandungi asparagus, apa sahaja sayuran atau tidak. Jika warna air kencing anda hijau tetapi anda tidak mengambil asparagus, ia mungkin petanda jangkitan yang boleh menyebabkan batu karang.
  • Biru – ia adalah warna yang sangat jarang. Walau bagaimanapun, keadaan ini dipanggil hypercalcemia, iaitu kandungan kalsium yang tinggi dalam darah yang boleh melemahkan tulang, menyebabkan batu karang, dan menganggu fungsi jantung dan otak.
  • Coklat gelap – warna ini menunjukkan kehadiran darah kerana disebabkan jangkitan pada buah pinggang, uretra, ureter, atau lain-lain. Diatebetes mellitus boleh dikenal pasti melalui tahap kemanisan kandungan air kencing, manakala phenylketonuria pada kanak-kanak boleh menyebabkan kencing berbau. Selain berkemungkinan masalah E.coli, jangkitan juga boleh menyebabkan kencing berbau ammonia yang kuat.

Kandungan air kencing pengaruhi bau

Bau air kencing biasanya bergantung kepada apa yang anda makan.

Jika ia berbau seperti sebatian sulfur, anda mungkin makan terlalu banyak aspragus.

Bau akan menjadi lebih kuat jika anda dehidrasi; ia mungkin berbau seperti ammonia kerana kencing anda menjadi sangat pekat.

Kencing malam?

Kencing malam atau enuresis adalah perkara yang berlaku sejak lahir.

Terbahagi kepada dua bahagian, untuk kanak-kanak yang mempunyai enuresis sebelum usia 6 bulan dipanggil enuresis utama dan untuk kanak-kanak usia lebih 6 bulan dipanggil enuresis sekunder.

Faktor yang menyebabkan enuresis adalah tekanan atau penyakit tulang belakang.

Kencing dikumpulkan dalam pundi kencing untuk menyeimbangkan jumlah hormon yang berkurangan.

Terapi kelakuan adalah cara untuk menyingkirkan tingkah laku psikologi ini, sebagai contoh menggunakan enuresis alarm noctural.

Baca juga:

Tubuh bergetar semasa buang air?

Apabila air kencing keluar dari pundi kencing, ia mengurangkan haba tubuh.

Semasa kandungan air kencing melalui uretra, tubuh akan bergetar kerana penggunaan kalori oleh otot.

Ketika berada dalam musim sejuk atau di tempat sejuk, tubuh akan sukar untuk mengeluarkan peluh sebagai proses mengurangkan haba tubuh. Ini menyebabkan banyak air kencing akan dikeluarkan.

Kerap buang air semasa musim sejuk?

kandungan air kencing

Semasa musim sejuk atau berada di tempat sejuk, kita memerlukan lebih banyak tenaga daripada biasa.

Untuk mendapatkan tenaga yang lebih, tubuh membakar lebih cepat, mengakibatkan pengeluaran karbon dioksida dan air di dalam tubuh.

Air yang disingkirkan dari tubuh sebagai peluh dan urin, iaitu air kencing, tetapi kerana berada dalam cuaca sejuk, peluh tidak akan keluar, jadi ia akan singkirkan sebagai kandungan air kencing sahaja.

Ini sekali gus menyebabkan seseorang individu akan lebih kerap kencing.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. True or False: It’s Safe to Drink Your Urine, https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=161688, Accessed Aug 13, 2021.
  2. Your Urinary System, https://kidshealth.org/en/kids/pee.html, Accessed Aug 13, 2021.
  3. Urine is not sterile, and neither is the rest of you, https://www.sciencenews.org/blog/gory-details/urine-not-sterile-and-neither-rest-you, Accessed Aug 13, 2021.
  4. Why Are Patients Asked for Urine Samples?, https://www.kidney.org/news/kidneyCare/spring10/UrineSamples, Accessed Aug 13, 2021.
  5. Urine and Urination, https://medlineplus.gov/urineandurination.html, Accessed Aug 13, 2021.

Versi Terbaru

18/12/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Jangan Ambil Ringan Jika Kencing Warna Pink & Berbau Busuk. Ini Adalah Tanda Batu Karang!

Info Lengkap Mengenai Inkontinen Urin: Punca, Jenis & Cara Mencegahnya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan